Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 8, 2011

SSM (Stress Seribu Mawar)

Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
1.Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Tidak sampai pun setengah jam, dia sudah berada di dunia fantasinya. Slide-slide yang ditayangkan sudah tidak memberi makna kepadanya. Sesekali dia melihat jam tangan Montblancnya (yang tiruan), dia terasa sangat boring… Dia melemparkan pandangannya ke arah peserta lain, kelihatan peserta lain mengangguk ngangguk dan tekun menyalin sesuatu. Dia bertambah tension, mengapa peserta lain begitu tekun? Bukan menarik sangat pembentangan yang dilakukan oleh professor tersebut, dan semua nota sudah disediakan di dalam fail.

Sesekali dia melemparkan pandangannya ke arah Engku Nurain Suliatie, peserta yang paling cantik di seminar tersebut. Tetapi tiada kesegaran yang timbul di mindanya. Skit pendek Engku Nurain Suliatie tidak memberi impak seksual dalam dirinya. Wajah Engku Nurain Suliatie yang mirip Rozita Cik Wan juga tidak meninggalkan bekas di hatinya...
Dia terasa rugi membayar ratusan ringgit untuk seminar tetapi gagal member tumpuan dalam tempoh yang lama. Sengaja dia memilih tempat paling belakang di seminar tersebut. Dia ingin duduk diam bersendirian. Semenjak pagi tadi dia tidak bercakap sepatah pun...

Hari kedua seminar ini terasa bagi dirinya berada di hospital sakit jiwa. Dia terasa terasing dalam duka yang berlarutan, yang meragut harapan bahagia masa depannya. Hakikatnya bukan tiada orang yang menyapanya di seminar tersebut tetapi dia seolah ingin mengasingkan dirinya daripada kelompoknya. Dia merasa menyesal kerana hadiri seminar ini. Dia akui dia membuat keputusan yang salah. Dia sepatutnya memilih seminar lain yang lebih pendek memandangkan lusa dia harus bersiap sedia ke Paris.
"Menyampah betul aku...tetapi aku juga yang bersalah" Sepanjang ceramah tersebut itulah yang berlegar di kotak fikirannya. Semua percakapan negatif ada dalam mindanya. Dia turut menyampah dengan profesor botak yang berada dihadapannya, yang giat menayangkan slide-slide pembentangan entah apa.

Tiba-tiba dia teringat semalam dia tersalah masuk dewan pada sesi petang...dia terlupa. Terasa malas dan letih, rasa menyesal dan putus asa untuk meneruskan seminar ini. Esok aku blah je...." Detik hatinya walaupun seminar tersebut berlangsung selama 3 hari.


Majlis Peperiksaan 1 Malaysia, 2011,Novel Seribu Mawar tidak mungkin memekarkan, Bab Viii – Kelopak terlerai, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Balairaya.


a) Siapakah watak `dia' yang dimaksudkan dalam petikan di atas? [2 markah]
Watak `dia' yang dimaksudkan dalam petikan di atas ialah Mankisue.
b) Dengan berdasarkan petikan novel Seribu Mawar tidak mungkin memekarkan “ Bab VII” –Kelopak terleraidalam Mutiara Sastera Melayu Moden, jelaskan dengan terperinci 6 (ENAM) simptom stress yang dihadapi oleh watak `dia' dalam petikan di atas. [25 markah]
Stress bermaksud tekanan bertubi-tubi yang dihasilkan daripada keadaan yang tension. Begitulah keadaan yang dihadapi oleh watak utama iaitu Mankisue. Dalam petikan tersebut kita dapati Mankisue mengalami 5 tanda stress secara psikologi, antaranya:
Pertamanya, beliau tidak berupaya memberikan tumpuan terhadap seminar tersebut. Kita dapati Mankisu kerap kali melihat jam di tangannya, dan beliau juga tidak mengendahkan slide-slide pembentangan yang dilakukan oleh pembentang di seminar tersebut. Hilang daya tumpuan merupakan satu faktor penting akibat stress.
Kedua, rasa terpinggir dan perlakuan meminggirkan diri. Kita dapati Mankisue sengaja memilih tempat duduk paling belakang. Ini sebenarnya menandakan beliau ingin meminggirkan diri secara langsung. kita juga dapati beliau sendiri juga merasa dipinggirkan di seminar tersebut walaupun ada peserta lain yang meyapa beliau.
Ketiga, kita dapati orang yang stress kerap kali silap membuat keputusan atau tindakan. Daripada petikan di atas kita dapati Mankisue bukan sahaja tersilap masuk ke bilik seminar yang lain tetapi juga silap merangka jadual hariannya. Beliau memang tidak sepatutnya menghadirkan diri ke seminar tersebut kerana beliau sepatutnya bersiap untuk ke Paris.
Keempat, watak Mankisue yang bermonolog dalam diri secara negatif. Sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang stress berkencenderungan untuk melihat apa saja disekelilingnya sebagai suatu yang negatif. Contohnya dia tidak menyukai profesor, meragui keseksian Engku Nurain Suliatie, dan dia juga tidak senang hati dengan ketekunan peserta lain menghayati siri pembentangan tersebut.
Kelima, kita dapati ada rasa kecewa dan tak berdaya yang dalam, dalam diri Mankisue. Petikan tersebut tepat untuk menggambarkan bagaimana tanda-tanda seorang yang mengalami stress. Kita dapati akhirnya beliau mengambil keputusan untuk ponteng seminar tersebut kerana rasa kecewa dan tidak terdaya.
Kesimpulannya, amat jelas watak Mankisue mengalami 5 simtong stress iaitu tidak berdaya memberikan tumpuan, rasa terasing daripada kelompok,silap dalam membuat keputusan dan tindakan, berfikiran negatif dan putus asa untuk hidup.
Jan: no komen...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home