"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, April 5, 2011

Stress boleh membawa maut?




Kelihatan beberapa orang sedang resah menunggu di pintu luar bilik ICU, kelihatan juga beberapa orang jururawat lalu-lalang dihadapan pintu bilik ICU tersebut...pergi mari-pergi mari seolah tiada kerja nak dibuat. Tiba-tiba keluar seorang doktor, kelihatan sugul dan berkata:


“ Maaf mak cik… bersabarlah. Pihak kami telah berusaha sedaya upaya tetapi jantung Simon terlalu lemah, relakanlah ketentuan ilahi” Sambil doktor yang muka macam kartun tersebut tunduk sedikit.


(kemudiannya tiba-tiba jururawat entah datang dari mana, juga kelihatan sedih…tumpang sekaki).


Begitulah biasanya dialog yang kita jumpa dalam drama swasta Melayu. Tiada dialog yang berbunyi “ Maaf mak cik, Simon mati kerana stress, tak terpikul bebanan hidupnya...".


Tapi mungkinkah sakit jantung tersebut berpunca akibat stress? Haaa…


Dalam buku “Man Alive: Beating Stress tulisan Toni Battison” yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (boleh pinjam kalau nak pinjam), ada menyatakan stress akan member kesan kepada fizikal kita. Kita mungkin akan:


1. Sakit kepala


2. Tak bermaya walau bernyawa


3. Masalah dalam pernafasan


4. Mulut jadi kering (tetapi tak kering idea bila mengumpat, hehehe)


5. Ada jerawat kat leher


6. Ada masalah nak hadam makanan


7. Hilang selera makan


8. Kerap kencing


9. Berpeluh


10. Ada jerawat kat atas belakang kita


11. Sakit sendi


Saya pernah ada jerawat kat leher dan atas belakang, tetapi tak ingat masa tu stress atau tidak. Hilang selera makan? Mustahil. He he he.


Namun tanda tersebut bukannya bahaya sangat kan, tak kan membawa maut…TETAPI stress ni akan memburukan lagi kesihatan kita jika kita dah sedia ada penyakit:


1. Darah tinggi


2. Sakit belakang


3. Asma (lelah)


4. Migraine (sakit kepala)


Jan: Haaa...bolehkah stress membawa maut?

1 comment:

Adie Achim / Papa said...

Kesinambungan dari cerita doktor dan nurse. Di sebalik scene biasa tu sy plak slalu stress tiap kali call wife mesti dengar suara tengah meneran, suara nurse yang cemas dan suara bayi yang baru kuar (nyaring) maklum isteri kejanya di wad bersalin. Adoi stress!!

.