"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, April 6, 2011

Stress: Peluklah dahku...




Orang kita taboo kalau berpeluk. Peluk selalu dihubungkaitkan dengan keinginan seks yang membuak. Maksud saya melakukan hubungan seks. Seolah peluk tu seks sahaja tujuannya, huh!


Namun pelukan juga mewakili kemesraan sesama makhluk hidup. Pelukan mesra suami isteri, adik beradik, kawan baik, jiran dan kucing mahupun anjing. Kepada pembaca budiman, minggu ni berapa kali kau orang peluk pasangan masing-masing? (yang atas katil tak kira)... Tidak perlu jawab di entry ini, jawab sahaja dalam hati...(yang tak berkahwin tu peluklah sapa-sapa, he he he. Atau baca je lah).


Apakah perasaan yang dirasai oleh pasangan kita bila dipeluk? Cuba balik kerja petang nanti bila sampai rumah terus peluk suami/isteri masing-masing (jangan suami/isteri orang!). Sambil peluk katakan ianya tanda sayang dan tidak berniat apa-apa kecuali sayang dan penghargaan, dan beritahu lagi kena ada sebab yang kukuh ke jika mahu peluk? Tak perlukan...?, tanya dia balik jika dia hairan. Mungkin pasangan kita rasa buang tabiat atau kita dah mereng, tetapi cuba amalkan selalu...kita memberikan syurga dunia kepadanya...


Pelukan dikatakan dapat mengurangkan stress kehidupan. Pelukan seolah ubat mujarab dan ajaib untuk menurunkan gemuruh akibat stress menenpuhi kehiduapn ini. Dan semasa dalam pelukan tersebut bukan sahaja perasaan tenteram dan syahdu tetapi juga tubuh badan kita menyesuaikan diri secara positif, iaitu meredakan tekanan.


Tentulah bahagia kalau ada orang peluk kita pagi petang, siang malam terasa dunia ini ana yang punya. Kepada yang berkahwin adakah wajar kita berpelukan depan anak-anak? Maksud saya pelukan mesra. Mungkin itulah salah satu cara untuk kita melahirkan kemesraan depan anak-anak. Tetapi pelukan tersebut bukanlah berpanjangan dan ghairah, berakhir di atas tilam...


Tentu kita jawab banyak cara lain lagi untuk pamirkan kasih sayang kan? Padahal kita tak pandai pamir pun, kita malu! He he he. Tidak mengapalah pemikiran masing-masing sebab posting ini hanya mahu menyatakan bisanya kesan pelukan terhadap diri yang stress.


Malah kalau selalu dipeluk, mungkin dapat hindari stress.


Jan: Peluk bantal golek...tiada hangat dalam dakapan...

5 comments:

Sarah Amanda said...

saya sekali peluk 2 orang sekaligus.iman & aman.kalau tak, memasing jeles each other.huhuhu...

Adie Achim / Papa said...

Saya memang orang 'pemeluk' bukan penyeluk ya.. dibesarkan dalam keadaan begitu. Kalau ada masalah cuba peluk orang tersayang terutamanya anak hati jadi tenteram dan tenang! Itulah yang saya praktikan :)

sukiman said...

bagus sungguh you all, bila peluk budak-budak ni kita juga rasa bahagia. Orang kata kita rasa nyaman peluk mereka sebab mereka tak ada dosa, budak-budak...

saya kalau jumpa anak-anak saudara selalu jugak peluk walaupun mereka dah sekolah menengah. Orang arab, orang barat pun amal budaya peluk memeluk...tambah laga pipi lagi.

Abah Mui'zz said...

Mang, ada orang pernah kata kat aku - "tiap2 pagi sebelum pergi kerja, peluklah isteri dan anak2 tu. Peluk seolah2 kita nak tinggal mereka lama, walaupun kita cuma nak gi kerja."

Aku rasa ada betul juga kata dia, cuma tak pernah cuba! Hehe.

sukiman said...

cubalah...kasih sayang kena pamir... takut tak sempat...

.