"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, April 5, 2011

Stress: Pengaruh Personaliti







Adakah anda jenis gelabah atau jenis tenang? `Cara’ kita pandang/bertindakbalas dengan persekitaran juga boleh menyumbangkan ke arah peningkatan stress dalam kehidupan kita…


Ada orang kelihatan tenang dan redha apabila dia dilanda masalah. Kita mungkin cop dia manusia jenis tidak berperasaan atau jenis selamba badak. Hati batu. Namun dalam hati kita kaguminya. Dalam hati kita kata `eee kalu kena kat aku tak tahulah…eee’. Sambil kita gerakan badan kita seperti kita tertengok ulat bulu. Tetapi malangnya gerakan badan kita sudah tidak kemas dan seimbang. Maklumlah pagi makan nasi, tengahari makan nasi dan malam makan nasi. Bersenam haram!


Bila dia ditinggal dek kekasih hati dia tetap redha. Kekasih dia hina akan kekurangan diri dia (setelah dapat yang baru lebih handsum dan kaya) dia terima. Kita tahu kekasih dia sebenarnya main kayu tiga dengan kawan baiknya sendiri. Kita rasa kesian ke dia tapi dia terima. Dia kata dah takdir, sudah suratan. Kita kagum sangat ketabahan dia. Tetapi bila dia hadiri majlis perkahwinan kekasih dan kawan baiknya tersebut (siap bawa hadiah sedozen gelas kaca), kita rasa kita tidak boleh terima. Kita pula yang stress!


Bila markah kuiz 1 dicampur dengan markah kuiz 2 jumlahnya tak sampai bilangan jari tangan, dia selamba sahaja. Bila dia tak boleh jawab soalan mid term dia tak stress… Bila dia dibar oleh pensyarahnya, dia terus bercadang akan ubah sikap di semester depan. Dia percaya orang yang luarbisa dan berjaya semuanya mengalami jalan yang berliku. Dia perasan…(he he he).


Ada orang nampak ganas tetapi hobinya mengumpul stem dan bermain piano. Manco sangat tapi rupanya jenis gelabah giler. Jenis cepat berdebar. Bila terpijak siput babi terus rasa sangat bersalah. Tidak boleh duduk diam… Malamnya bermimpi dimakan oleh siput babi yang dipijaknya petang tadi cuma saiz siput babi tersebut besarnya sebesar kereta. Siput babi tersebut memakannya hidup-hidup. Mula-mula kaki, betis lutut dan seterusnya… Setiap malam dia terbangun dari mimpi tersebut pada pukul dua pagi, berpeluh-peloh. Dua tiga hari darah gemuruh. Terpaksa la maknya jumpa tok iman mintak air semayang hajat (penenang hati).


Ada orang berpersonaliti jenis agresif dan gelabah, kalau tak dapat apa dia hajat, dia sangat tertekan dan risau,cemburu. Dia akan kejar jugak dan tanamkan dalam diri kalau tak dapat sesuatu yang dihajat, tidak lengkap kehidupan dia (kononnya). Ada orang bila sudah berusaha gigih tetapi gagal, dia redha jea...dia sejuk dan pandang dunia yang luas.


Kita jenis mana yea? Untuk menangani stress pertamanya kita kena tahu kita jenis manusia macam mana.


Jan: terkadang damai, terkadang resah… itulah aku.

No comments:

.