"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, April 13, 2011

Majlis yang tidak perlu saya hadiri...

Walaupun masa telah lama berlalu, mukim hati saya masih lagi mengingati bulat matanya teruja. Dia ajak saya ke majlis perkahwinan yang glamour dan meriah di Kuala Lumpur. Saya tahu ada majlis sangat glamour dan meriah, saya ada membaca dalam majalah. Majlis sebegini bukan semua orang dapat hadiri. Orang kaya, ternama dan berada (tetapi muka taklah handsome sangat) akan buat majlis secara besar-besaran. Mereka suka dan mampu.
Saya menolak untuk menemaninya sebab saya fikir... tidak layak saya ke majlis sebegitu. Saya tidak kenal tuan penganjur dan keluarganya, saya secara officalnya tidak dijemput. Dan tentulah majlis tersebut bukan majlis saya. Saya sedar...dia yang beria berkawan dengan orang kaya raya, bukan saya.
Namun saya sanggup pergi kalau ada duit lebih kalau itu mengembirakannya, beri bahagia. Sebab tentulah majlis sebegitu saya kena pakai baju mahal, kasut mahal dan pakai bow. Saya rela membelinya kalau saya ada duit saya, kalau dia akan bahagia. Kerana kebahagian dia, saya rela tercongok congok macam rusa masuk kampung di majlis tersebut, saya rela belaka. Kalau boleh saya mahu letak bahagia itu di atas tapak tangannya...
Tetapi kenyataan jauh dari mimpi, saya tak ada banyak duit. Saya sedih dan terkilan... Sedih dan terkilan sebab saya tahu dia hendak sangat-sangat ke majlis tersebut, hendak menyesuaikan diri dengan orang-orang kaya raya. Nak berbaik dengan keluarga orang kaya raya. Begitulah perangai dia, walaupun dia papa kedana dan tak punya apa-apa, dia suka kepada gaya dan kemewahan. 2 perkara yang saya tak miliki...
Itulah yang dia kejar...saya terlepas pandang sebab terlalu sayanginya...
Jan: akhirnya saya `hilang ' dia kepada keluarga kaya raya tersebut... dan bila jiwa hilang raga, hidup saya tak pernah tenteram...tidak akan pernah.

1 comment:

Vivacious O'light said...

mujur la..high maintenance nok pegho oghe gini...

.