Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 1, 2010

Cikgu tak menghilang...

Wajah terbaru cikgu...
Salam untuk Big,
Terlebih dahulu cikgu ucapkan berbanyak terima kasih atas ingatan Big terhadap cikgu.
Cikgu tak menghilang. Setakat ini cikgu ada lagi, kita masih lagi bernafas dan injaki bumi yang sama. Alhamdulillah, cikgu berada di dalam keadaan sihat wal-afiat dan semoga Big jua berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.
Apabila cikgu guna FB dan miliki blog, ramai juga bekas pelajar cikgu daripada tahun 1996 hingga 2001 menghubungi cikgu. Bagus juga teknologi jaman sekarang kan? Dapat kita jumpa semula.
Kini kebanyakan pelajar cikgu sudah memulakan keluarga sendiri dan mempunyai kerja. Semoga mereka berjaya menjalani dunia nyata dengan tabah dan berani. Pesan cikgu macam dulu juga, dalam kehidupan ini kita kena rajin dan berusaha untuk mencapai cita-cita. Dan seperti selalu cikgu mahu pelajar cikgu menjadi orang yang berguna, jangan menipu atau hidup menyusahkan orang.
Setelah cikgu meninggalkan PPYIT, cikgu bawa diri dan juga selimut toto untuk bekerja di Kolej Shahputra Pekan, kemudiannya cikgu berpindah ke Kuantan apabila Kolej Shahputra beroperasi sepenuhnya di Kuantan. Dan kini cikgu menjadi pensyarah bagi matapelajaran ekonomi di UNITEN, Muadzam Shah. Esok lusa tulat tubing entah ke mana pula cikgu akan menghala,tak tahu. Tetapi tak mengapa, cikgu hidup sorang di rantauan. Senang nak pindah randah.
Setakat ini cikgu gembira hidup di Pahang, orang-orangnya baik-baik belaka macam orang di tempat kita juga. Mungkin rezeki cikgu lebih mahal di sini, he he he. Di dalam blog ini ada cikgu sisipkan sedikit sebanyak mengenai kehidupan yang cikgu lalui.
Big boleh membacanya jika ada masa.
Cikgu sekarang macam dulu juga, cuma semakin tua, gemuk dan mengada. Namun berbanding dulu, sekarang cikgu taklah selalu berleter, marah-marah atau denda pelajar. Mengajar pelajar di pusat pengajian tinggi berlainan, berbeza dengan alam persekolahan. Lagipun semasa cikgu mengajar Big dulu umur cikgu dalam 28 tahun, kini umur cikgu sudah melewati 40 an.
Antara perbezaanya lain bekerja di pusat pengajian tinggi ialah hubungan cikgu dengan pelajar tidaklah rapat berbanding dengan keadaan di sekolah. Juga cikgu banyak kerja lain selain daripada mengajar. Maksud cikgu di sekolah tugas cikgu mengajar Big dan kawan-kawan sahaja. Di universiti tanggungjawab cikgu juga meliputi pembangunan masyarakat secara lebih terorganisasi, pratikal, berskala yang besar dan menyeluruh.
Cikgu berhenti di sini dulu Big. Cikgu mintak maaf kerana setakat ini cikgu tak boleh sms atau kol Big lagi. Tapi nanti bila keadaan reda dan ok, cikgu akan hubungi Big. Cikgu janji.
Sekian dulu, sekali lagi terima kasih atas di atas ingatan Big terhadap cikgu... Jaga diri baik-baik.
Wasalam...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home