"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, November 8, 2010

Selepas 20 tahun!

Myanmar adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang dulunya dikenali sebagai Burma. Saya masih ingat lagi ketika Cikgu Abbas mengajar saya ilmu alam (kini Geografi) masa darjah 5, dia ada menyebut negara Burma. Dia menyuruh ala paksa semua pelajar menghafal negara-negara anggota Asia Tenggara. Melihat kepada misainya yang lentik dan renungan matanya yang tajam, saya dan kawan-kawan hafal siang malam negara-negara anggota Asia Tenggara tersebut...
Tidak seperti kita, negara Myanmar tidak mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Sekarang kerajaan Juntalah yang memerintah Myanmar (Burma). Dengan kata lain ianya dipimpin oleh seorang jeneral.
Kewujudan negara bernama Myanmar ini tidak diiktiraf oleh Amerika dan United Kingdom (kerena mereka tak mengiktiraf kerajaan Junta yang tak demokrasi tersebut). Namun Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu tetap mengiktiraf perubahan nama tersebut (daripada Burma ke Myanmar).
Buat pertama kalinya dalam tempoh masa 20 tahun, pilihan raya telah diadakan semula. Desakan untuk mengamalkan demokrasi begitu ketara memandangkan manusia beranggapan demokrasilah cara pimpinan terbaik di muka bumi ini... Betul ke?
Menyebut dunia politik Myanmar kita tak boleh lari daripada menyebut seorang wanita besi yang bernama Aung San Suu Kyi. Dia terkenal di dunia sebagai seorang aktivis pro demokrasi Myanmar. Beliau adalah pemimpin National League for Democracy (Persatuan Nasional untuk Demokrasi),( Ayah dia dulu giat jugak dalam usaha memerdekakan Burma).

Aung San Suu Kyi yang ayu...dan pertiwi

Saat ini, ketika kita sedap-sedap baca blog orang atau menulis di blog sendiri tentang betapa bahagianya/merananya kehidupan kita, beliau masih terkurung pasrah sambil memikirkan nasib bangsa dan arah tuju negaranya. Sedang perempuan lain yang ada di antaranya berusaha gigih ambik laki orang, dia berusaha gigih dalam memastikan nasib isirumah terbela...he he he.

Ketika tangan saya menaip posting ini dia masih ditahan di rumahnya, iaitu ketika pilihan raya diadakan. Sebenarnya pada pilihan raya tahun 1990 dulu parti dia menyapu bersih kerusi meja almari dunia politik Myamar tetapi beliau tidak diiktiraf oleh jeneral yang memerintah (pulak dah). Malah beliau ditahan dibebas-ditahan dibebas dan begitulah episod tahan-bebasnya sehingga akhirnya ditahan di rumahnya. Kesian kan taklah shopping dengan bebas...

Namun atas usaha kemanusiaan tersebut dia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel kerana dunia mengiktiraf perjuangannya yang mempromosikan demokrasi di negaranya, tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang kekuasaan ketenteraan dengan berhemah beristiadat, ala Ghandi kot...

Khabarnya pilihanraya yang diadakan semalam pun tak telus mananya...berdrama lebih. Dan beliau yang ditahan di rumahnya menyokong pemboikotan pilihan raya yang dikatakan tidak telus dan tidak adil kerana pengundian yang diadakan memihak kepada pihak tentera. Khabarnya...

Jan: Marilah mari pergi mengundi, tunaikan kewajipang anda...he he he, ingat tak lagu ni kat RTM dulu?

2 comments:

uNcLeJoE said...

bagaimana pula en jan selepas 20 tahun di arena ini... arena apa ekk?

sukiman said...

...i always have one more dream that has yet to come true. I am always looking forward to something...

...many times searching canot get, holding things left behind...(yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran...)

.