Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 25, 2010

Wau...

Melihat sekumpulan budak bermain wau (layang-layang), terus teringat sudah lama benar saya tidak menikmati nikmat bermain wau. Semenjak dewasa banyak hambatan lain yang lebih perlu...semua menjadi semakin serius dan bukan main-main. Paling akhir saya bermain wau kalau tak silap masa tingkatan 4... itupun bukannya wau saya punya.




Wau-wau...


Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis layang-layang dipanggil wau. Main wau popular di pantai timur, mungkin sebab cara hidup dan tiupan anginnya molek berbahasa. Dalam phasa kehidupan kami terutama zaman kanak-kanak, kami bermain wau. Namun begitu adakalanya wau juga merupakan hobi yang serius kepada sekelompok golongan yang dewasa.



Saya belajar membuat wau yang ringkas semasa di sekolah rendah. Dulu taklah macam sekarang, tuisyen petang sampai malam...he he he, kami tahu berseronok. Masih ingat lagi betapa terujanya saya dan kawan-kawan sebab cikgu janji nak ajar buat wau dalam kelas. Apabila sampai ke rumah terus saya beritahu ayah yang 'cikgu nok buluh peleting". Sejenis buluh yang kecil untuk dibuat rangka wau tersebut. Saya dan kawan-kawan pakat beli kertas nipis berwarna, beli benang dan gam.



Bersama cikgu kami buat ramai-ramai. Selepas itu kami berlari ke padang sekolah main wau. Saya ulangi kami berlari, dan cikgu juga berlari dari belakang sambil bertempik marah. Alangkah indahnya. Wau yang kami buat ringkas sahaja tetapi terbang tinggi juga...



Main wau best, best bila kita dapat kawal wau tersebut. Best kerana kita seolah dapat `capai' wau tersebut di awam. Bila pegang tali rasa bangga benda yang jauh di atas itu adalah wau kita. Saya tidak tahu adakah kehidupan budak-budak terkini masih ada phasa bermain wau dalam hidup mereka. Anak saudara saya ada yang asyik main playstation, ada yang bela arnab dan ada yang suka baiki basikal.



Wau yang paling famous adalah wau bulan...sebab bentuknya macam sabit pada bahagian hadapan dan separa bulat pada bahagian ekor. Nampak macam bulan di angkasaraya. Namun ada juga wau lain seperti wau kucing, wau merak, wau burung, wau puyuh dan macam-macam lagi.



Permainan wau ini sudah lama entah bila mulanya. Dikatakan dikatakan semenjak wujudnya kerajaan Serivijaya, sudah ada permainan ini. Kalau tak silap saya dalam buku Sejarah Melayu pun ada disebut hal main wau ini. Cara permianan pada masa itu sangat serius dengan unsur magis dan patang larangnya...



Dua orang pakcik sedang bergaya dengan wau bulan besarnya...


Orang yang lebih dewasa suka main wau bulan, saiznya wau bulan lebih besar berbanding wau lain. Lebar ada yang sepanjang 2.5 meter dan tinggi 3.5 meter. Bila besar senanglah kita nak lihat coraknya. Mereka pilih warna terang dan corak yang cantik berawan larat. Dan ada diletakan busur supaya berbunyi.


Wau Merak


Kadang-kadang diadakan pertandingan main wau di pantai timur. Namun saya tidak tahulah kini masih ada lagi ke pertandingan sebegitu. Kalau ada pun mungkin tak selalu sebab orang zaman sekarang tak suka main-main, mereka suka serius-serius, he he he.


Jan: bagai wau putus talinya...

4 comments:

uj said...

kat psr gudang ada pertandingan wau antarabangsa kat bkit layang2 pasir gudang... tp ni bukan musim nya...

esok template warna pe plak en suki?

Jankaulu said...

entah, tak plan lagi...bila nak turun ktn?

Unknown said...

blog kamu nie kemas nye..x mcm blog2 lain yg saye ronda2.saye x berape suke blog yg semak2 nie..saye baru je belaja buat blog.sampai sekarang x reti cemane nak letak iklan nufnang tu..:(

Jankaulu said...

salam diana,

blog saya kdg pun bercelaru jugak sbb suka tukar templates,

saya pun tak reti jugak letak iklan nufnang, kawan yang tolong letakan...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home