"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, June 21, 2010

Gaji laki pegang?: Bahagian 2

Kalau kita letak gaji suami isteri setopok (setempat/satukan) ia akan nampak besar. Dapat lihat sejumlah pendapatan bulanan yang besar berbanding dengan konsep `gaji laki asing-gaji bini asing'. Bila disatukan barulah senang si suami merancang untuk membayar rumah, kereta, keluarga mak ayah, insurans anak-anak, belanja anak, makan minum, simpanan dan bil-bil lain. Yang tinggal berbaki itulah yang perlu diuruskan berhati-hati. Tidaklah terjadi nanti masing-masing masih mengandaikan pasangan masing-masing masih ada duit baki gaji... Bila terjadi apa-apa masing-masing panik.
Tapi setiap perkara ada pro dan kontranya dan hanya boleh diguna mengikut kesesuaian pasangan. Tidak semestinya `gaji laki pegang' atau `gaji bini pegang' boleh diaplikasikan dengan jayanya dalam konteks masyarakat Malaysia. Cuma tertanya juga di negara Malaysia ini adakah mereka setopokan gaji untuk menguruskan rumah tangga atau mereka awal-awal lagi dah bahagikan siapa yang akan bayar apa?... dan duit lebih tersebut boleh dibelanjakan untuk kepentingan diri masing-masing?
Gaji suami dan isteri tidak sama banyak. Ada sang isteri yang jauh lebih banyak. Tetapi ketidaksamaan gaji tersebut bukanlah persoalan apabila sudah duduk sebumbung tidur sekatil, kalau masih pentingkan diri tak payahlah berumahtangga (atau kawin dengan tupai je...he he he). Pihak mana yang bergaji besar atau kecil tidak lagi penting memandangkan sudah tinggal sebumbung dan sejiwa (konon, he he he). Yang penting menguruskan ekonomi rumahtangga.
Kalau situasi sesuai bolehlah gaji isteri laki pegang dengan andaian dan bersebabkan dia adalah ketua keluarga. Tetapi jika si suami kaki joli, selisih malaikat 44... eloklah diasingkan. Tetapi bergantunglah pada pasangan masing-masing sebab mereka yang memahami perangai pasangan masing-masing apabila berhadapan dengan duit.
Seorang kawan saya beritahu dia berikan isterinya RM600 sebulan untuk belanja dapur. Iaitu belanja makan minum. Dan isterinya yang tidak bekerja menguruskannya untuk hal ehwal kedapuran tersebut. Kalau lebih isterinya akan simpan, dan dia tetap akan beri RM600 juga bulan selepasnya. Tetapi kata kawan saya biasanya tak cukup, he he he.
Ada seorang kawan saya (kawan yang lain pula) merungut sebab semuanya dia yang bayar!. Semuanya atah kepala dia! Sebab itulah katanya malas dia nak berikan hadiah kepada isterinya walaupun sepasang kain pasang... Isterinya seorang guru MRSM.
" Laa, itukan tanggungjawab suami..." Kata saya kepadanya bila dia merungut terpaksa bayar semua perbelanjaan daripada kereta, rumah, bil-bil dan segalanya. Mungkin dia rasa tidak adil sebab isterinya langsung tak menyumbangkan apa-apa ke arah ekonomi rumahtangga.
Kita kembali kepada tajuk, walaupun gaji isteri suami pegang, itu tidak bermakna senang-senang ia jadi duit sang suami. Duit itu kira duit bersama. Seolah harta sepencarian kan?. Ke tak sama? Tak apalah buat-buat sama, he he he.


" En Sukiman kawinlah, nanti ada dua pendapatan". Itulah kata yang dilafazkan oleh seorang kawan saya empat tahun lalu. Mungkinkah dia menggunakan konsep duit laki pegang?. Pada masa tersebut saya merungut sikit sebab baru 15hb duit gaji dah habis (saya terbeli pasu berukir, cantik...ada kaki).
Sebenarnya tiada masalah jika duit laki pegang kalau dia bukan jenis joli. Si isteri pula jangan lepas tangan, dia haruslah ingatkan si suami tentang apa-apa pembayaran yang perlu dilunaskan mengikut tarikh. Cuma mungkin timbul sedikit masalah apabila pasangan mahu membeli sesuatu yang mereka sukai di mana pasangannya tidak `merestui'nya... Si isteri mungkin mahu membeli sesuatu yang pada fikiran suaminya tak berapa berguna sangat...atau situasi di mana si suami mahu membeli sesuatu yang isterinya rasa tak berguna langsung!



Jan: Gajiku, kupegang...




No comments:

.