"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 9, 2010

Gaji laki pegang?

Bila kita nampak kawan kita tak berapa bergaya, kerap pakai tudung, hengbek dan kasut yang sama, mulalah kita fikir gaji dia laki yang pegang. Kononnya bila duit gaji laki yang pegang maka dia tak boleh berbelanja la. Laki dia kontrol, tak boleh beli baju lawa dan sebagainya, dan tak bolehlah bergaya...

Silap tu, dia mungkin dah begitu orangnya. Dia mungkin suka begitu. Sejak sekolah rendah dia mungkin dah bersederhana begitu. Kenapa kita kena libatkan laki dia pulak? Ke kita kena libatkan? Susah ya kalau kita benar-benar fikir bagaimana masyarakat kita berfikir kan? Silap tu sayang...kita mungkin silap lagi...!

Memang ada kawan kita yang sederhana hidupnya (yang tak macam kita asyik beli kain pasang). Ada kawan kita tak macam kita, dia pakai dengan sesungguh hati bajunya. Tak tukar pun tak apa asal selesa dan tidak busuk.

Kita tak tahu, pakai sedap mulut je cakap dalam hati. Memang dia tak dengar tetapi tuhan dengar tau...(saya libatkan tuhan, unsur agama). Mungkin juga lakinya bergaji rendah, dan molek benarlah bila laki bergaji rendah bininya saling membantu, jangan demand. Dia kena berhati-hati berbelanja demi rumahtangganya juga. Anak pulak non-stop every year, produce... Kalau dia susah sapa nak tolong dia? Nak ke kita yang tolong? Oleh itu biarlah dia pakai baju yang sama pun, kasut yang sama pun, beg tangan yang sama pun. Lagipun biarlah kalau betul duit gaji dia memang ke laki dia pun, dia tak macam kita duit gaji beri ke Kamdar.

Biarlah muka dia tak bermakeup pun, biarlah nampak pucat lusuh macam mayat, biarlah persis zombi pun. Mungkin kulit muka dia alegik kena krim atau bedak. Atau mungkin dia perasan dia ada kecantikan semulajadi (he he he). Dia tak macam kita yang makeup setebal 2.5 cm, mengalahkan Kak Nita.


Banyak lagi isu lain yang kita boleh bincang atau pandang positif kan? kan?... Tak payahlah kita buat penghakiman yang bukan-bukan.

Jan: Selalu jugak salah tafsir...he he he.

4 comments:

Eja said...

betul tu sayang...jgn mudah bersangka bkn2 bila kite tgk sesuatu tanpa tau hal sebenar dulu...tp kite slalu buat gtu kn?

sukiman said...

ya, selalu jugak, he he he...

♥ sha ♥ said...

hem hem. tapi toksah la nampak cam kusut masai sgt kot. hiks

Abah Mui'zz said...

tang gaji sapa pegang tu, tak mo komen, sebab pasangan skrg ni dah bijak mengatur kehidupan rumahtangga. Selagi sefahaman, apa saja pun insyaAllah ok untuk rumahtangga tu.

Tang penampilan tu pun, bersederhana pun ok. Tak terlalu menyerlah, tak juga terlalu sempoi, yang sedang2 saja. Lagipun mekap, cantik, harum itu hanya untuk suami dan anak2, bukan untuk rakan sepejabat.

.