"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 9, 2010

Lagenda Hit Datuk Sharifah Aini

'' Nanti slot yang ke empat aku tak nak masuk la Ja, aku nak cari CD Sharifah Aini di Mahkota Perade". Saya beritahu sahabat karib saya Khairul Surbaini. Saya tak naklah libatkan dia dalam upacara ponteng seminar ni. Aturcara pagi-petang, siang-malam padat sangat, tiada cang saya nak keluar gi jalan-jalan beli CD tu, nak cari cincalok lagi.



Seminar yang saya hadiri ini pagi-petang siang -malam ada pembentangan kertas kerja. Mula seawal 8. 30 pagi dan pukul 10 malam, dan pukul 10 malam tentulah pusat membeli belah tutup rapat dah. Saya tahu, kalau saya terlepas satu slot memang rugi. saya tak nafi sebab penceramah hebat-hebat belaka... tetapi saya terpaksa korbankan satu slot demi biduanita negara nan satu ni...
Memang saya dah cari di Giant Kuantan, terketar-ketar nak cari parking tetapi bila sampai kedai jual CD, ``tak ada, tak sampai lagi" kata jurujual yang sibuk mengekor saya dari mula saya masuk...
Kebetulan pula Mahkota Perade ni berdekatan dengan Hotel Mahkota Melaka, saya pun apa lagi...




Ni cover CD tersebut...



Ada gambar Kak Pah pakai bunga kat telinga.

Saya teruja sangat hendak dapatkan CD ini sebab ianya bukan calang-calang CD. Ada banyak lagu lama yang saya tak pernah dengar pun. Ada lagu `Ayam den lapeh' (ayam saya terlepas kot maknanya, he he he). Dan banyak lagu yang tidak pernah pun diCDkan lagi. Kalau nak dengar daripada bentuk kaset, tentu tak ada kaset player dah, ada CD player dah sekarang.



Album LAGENDA HITS ini ada 2 CD dalamnya

Untuk mendapatkan album asal Sharifah Aini yang diterbitkan semula dalam format CD mungkin adalah sesuatu yang sukar, kalau kat luar negeri ada dia edarkan semula. Tetapi untuk situasi di Malaysia agak tidak boleh diharapkan sangat. Album LAGENDA HIT ini mengandungi 42 buah lagu. 20 daripadanya tidak pernah diterbitkan dalam format CD.

Ada lirik disertakan kalau nak nyanyi...(kalau tak malu)

Antara lagu yang dimuatkan ialah - Ayam Den Lapeh, Selimut Putih, Jangan Tinggalkan Daku, Perwira, Cahaya Keinsafan, Beban Asmara, Jangan Berduka Hati, Impianku Bersamamu, Pra, Malam Dendangan Ria, Jangan Biarkan, Siapa Yang Sudi Padaku, Mengapa, Semoga Ku Tak Kecewa Lagi, Hati Seorang Kawan Baru, Yang Sangat Ku Sayang, November, Tiga Malam, Sinar Cinta Kita, Masa dan Biar Masa Menentukan.

Sekarang pagi-petang saya putarkan lagu bertajuk `Janji'. Terhiris kalbu bila mendengarnya. Pecah juga kesunyian hati bila terhibur dengan lagu sedih ala tradisional ni.

Selepas saya dapatkan Cd tersebut, syukur saya berjaya harung seminar tersebut dengan aman, tenteram dan damai...

Jan: Sungguh kau tak pandai menimbang rasa....

1 comment:

no ra said...

peminat setia ye..skrg hanya tggl kenangan.bnyk info yg sy dpt ttg arwah..al fateha

.