"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, June 22, 2010

Perubahan kos sara hidup dan gaya hidup...

50 tahun dahulu kehidupan masyarakat yang tinggal di Tanah Melayu masih lagi ringkas dan tidaklah sekompleks sekarang. Pada masa tersebut duit susah nak dapat. Dengan kata ekonominya peredaran wang dalam negara adalah terhad. Proses penciptaan kredit (duit beranak) juga terhad. Sinonimnya apabila duit terhad, sukar untuk ekonomi berkembang pesat.


Pada zaman dahulu, upah menebas rumput di sebuah rumah mungkin hanya RM1 sahaja (jika kita bernasib baik memesen rumput di rumah orang kaya yang tidak kedekut). Harga suratkhabar puluhan sen sahaja, begitu juga dengan harga gandum gula. Majalah-majalah hanya berharga RM1.20. Pada masa tersebut sebahagian ramai daripada kita masih tak ada lagi di atas muka bumi ini, belum dilahirkan. Mungkin pada masa tersebut ayah kita baru galak nak mengorat mak kita (mengorat cara lama...) atau ayah kita baru lepas bersunat?


Tiada bayaran untuk ASTRO (sebab tak ada stesyen televisen sehingga tahun 1963), tiada bayaran untuk rumah, grill rumah, kereta, bil air, tiada insurans untuk dibeli, tiada bil hangpong, bayar brokben, dan maha hebat ialah tiada kad kredit! Bersesuaianlah dengan masa tersebut oleh kerana duit susah nak dapat, barang-barang pun harganya murah. Ia jadi seimbang.


Kini duit banyak beredar di dalam pasaran, ratusan bilion dibelanjawankan oleh kerajaan tahun lalu (RM208bilion kalau tak silap). Secara puratanya duit senang nak dapat kerana perubahan teknologi membantu pemprosesan sumber yang belum digunakan secara maksima, peluang pekerjaan masih banyak boleh dicipta. Gaji kakitangan awam juga lebih tinggi kerana mahu diseimbangi dengan cara hidup.

Kita dapati di mana-mana sahaja rumah batu dibina dengan banyaknya dengan rekabentuk yang pelik-pelik. Besar dan indah. Kalau dulu rumah robek-rohek, kini ramai mampu beli rumah (hutang rumah) dan kalau rumahnya tak berapa cantik atau besar pun, cuba tengok pintu pagarnya. Vouge!.


Pun begitu apabila duit banyak beredar di pasaran harga barangan akan meningkatlah. Sefahaman saya yang tak berapa pakar dalam ekonomi ni, memang pembangunan ekonomi dituruti akrab oleh inflasi, saling sayang menyayangi. Bila pensyarah Puan Khadijah Khalid (kini Dr) menerangkan hai ini hampir 20 tahun lalu, saya agak bingung dan berfikir kalau begitu tok sah membangun la, kesian ke orang miskin!. Rupanya saya terlalu naif masa tu (tapi tak pula bermakna sekarang saya tak naif, he he he).


Walaupun barangan mahal kerana duit beredar dengan banyak di pasaran wang, saya dapati taraf hidup telah meningkat di mana pembangunan ekonomi berlaku dengan pesat. Contohnya berbanding dahulu kita sudah agak maju ke depan dalam bidang pertanian, perindustrian juga perkhidmatan. Taraf pelajaran pun meningkat, ramai yang mula celek dan mampu untuk belajar dan tidak lagi menunggol (tunggul kayu). Malaysia memiliki 20 IPTA, sistem pengankutan yang baik (agak baik sebenarnya, he he he, tapi jauh lebih baik daripada dahulu). Dulu kalau duduk di Kelantan nak ke Kuala Lumpur, berapa hari?).


Maka tak bolehlah kita terus laju kata `Buat apa ada pembangunan ekonomi kalau barang dan perkhidmatan jadi mahal?''. Kita kena lihat pembangunan ekonomi dari sudut peningkatan taraf dan gaya hidup. Gaya hidup yang kita pilih sebenarnya, he he he.


Kalau saya hidup di zaman dahulu bila bangun pagi kena pergi ke dapur buka pintu dapur dan pergi turun ke perigi untuk mandi, nak berak pula kena berjalan jauh sikit daripada perigi. Kini bila saya bangun nak mandi semuanya ada dalam bilik saya! Termasuk mangkut tandas. Sekarang tandas bukan sahaja ada di dalam rumah tetapi di dalam bilik kita, buka pintu terus ada di situ, tak payah guna timba untuk karai air, kita ada paip yang jenis hujan. Boleh pulak pilih nak air sejuk ke air panas...


Dari sudut ekonomi pastilah barangan naik harga kerana sumber semakin berkurangan dan kos pengeluaran (contohnya petrolium) semakin meningkat. Kehendak kita pulak tidak ada limit. Kalau boleh semua benda kita nak, segala benda yang terbaik. Yang segala orang ada....he he he.


Lihatlah diri kita, kita juga yang mengekoskan diri kita. Lihat baju yang kita pakai, rumah yang kita duduk dan kereta yang kita bawa. Jauh daripada zuhud atau beserderhana kan?. Malah jangan malu nak mengaku kita buat penampilan `terlebih' sikit daripada `penampilan' gaji di hujung bulan. Jangan terasa, saya pun 2 kali lima. Hanya saling mengingati diri sendiri dan para pembaca (macam ustad pulak...)


Maka dalam diam-diam saya buat kesimpulan bagi diri saya, saya tak naklah buat kesimpulan bagi orang lain macam berita di RTM. Untuk saya, saya bersyukur sangat dengan apa yang ada dan apa yang saya tak ada. Malah kadang-kadang rasa terlebih ada pulak bila banding dengan orang lain. Perubahan-perubahan pembangunan ekonomi yang berlaku memerlukan saya menyesuaikan diri dengan keadaannya. Kita kena sesuaikannya.



Jan: Ada sesuatu yang tak pernah berubah dan tak akan berubah. Daripada dulu, kini dan selamanya... oh...

No comments:

.