Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 23, 2008

Awal remaja...zaman persekolahan.

Gambar-gambar lama dibuang jangan. Moleklah disimpan dengan elok. Semakin kita melalui masa ianya akan menjadi semakin bernilai, menjadi khazanah. Bukannya makna bernilai maka boleh dijual di pasaran (Sapalah yang nak beli gambar kita kan? he he he). Maksudnya merujuk kepada nilai `sentimental value'...
Sekeping gambar mewakili sebuah zaman, lebih daripada seribu perkataan, seribu cerita atau seribu luka di hati...(pulak dah) terutama kepada pemilik gambar tersebut. Gambar-gambar tersebut membawa kita mengimbau masa lampau... tahap mana dan `jauh'nya perjalanan yang telah kita lalui...ah syahdunya.




Menikmati gambar...





Terkadang bila free, setelah buat air nescafee panas, pasang CD slow-slow, saya buka album lama. Apabila membelek album-album usang, kita tersengeh sorang diri macam budak muda pertama kali jatuh bercinta... dan terkadang termenung kerana ada di antaranya mengusik perasaan...dendam tak sudah atau kasih tak kesampaian...



Gaya bersahaja sekitar awal 80an... akhir 70an



Gambar di atas adalah sekeping gambar yang dipukul daripada alam persekolahan saya di Sekolah Menengah Tengku Mahmud. Sekolah ni jenis lama, lihat saja bangunan setingkatnya itu dan ada pokok Rhu. Kalau cikgu marah kita loncat saja dari tingkap tu, dulu tak ada tingkat nako atau bangunan tinggi kat sekolah. Sekolah ini dulunya sekolah aliran Inggeris.

Dalam gambar tu saya bukannya sedang tersengeh tetapi memang gigi saya maju ke depan atau jongang.

Arnab...

Gigi saya macam arnab so tidak hairanlah ada kawan-kawan mengelarkan saya Mr Rabbit atau Mr Jhon semasa di sekolah dulu. Tapi saya tak kisah, saya tak berkecil hati asal glamour.

Syukur kepada tuhan walaupun gigi macam arnab saya taklah cacat rupa paras. Malah beruntung jugalah muka saya dapat dikatogerikan agak handsome jugak (maka dapatlah cover secara keseluruhan paras rupa). Contohnya ada la juga kawan yang `suka' ke saya kat sekolah dulu, he he he. Apa khabar dia sekarang? dah beranak pinak kot? atau dah bercerai berai?

Zaman persekolahan dulu-dulu...





Pada masa tersebut iaitu pada awal 80an keglamouran dan kegayaan tidaklah penting sangat di alam persekolahan. Kami ke sekolah untuk belajar dan jupa kawan-kawan dan cikgu, seronok sangat...
Tiada tution2 yang menganggu kami pada waktu petang atau di hujung minggu. Kalau ada pun time menjelang periksa besar macam SRP atau SPM sahaja. Itu pun dekat-dekat nak exam cikgu sekolah buat, free pulak tu.


Zaman persekolahan dulu aman...tak adalah kena buat latihan yang banyak, buku kerja ni satu perkataan asing bagi kita, kita salin apa yang cikgu ajar je dalam buku yang bergaris tu. Dan tidak kedapatan guru tution yang menyibuk yang tidak percaya pada sistem pendidikan Malaysia.



Pemain terbaik...

Saya juga ada terlibat dalam sukan kat sekolah dek dipaksa oleh cikgu senaman yang bengis, menyampah betul. Cuba bayangkan saya main hoki dan main bola! Huh! Namun siap dapat pemain bola terbaik bagi kelas saya. Ya lah kan saya memang baik dan tak pernah `peteh' kaki orang bila main bola. Dan bila bola menuju ke kiri saya lari ke kanan, bila bola ke kanan saya larikan diri ke kiri, bila bola menuju ke arah saya, saya lari lintang pukang...

Begitu juga saya masuk acara lari keliling padang sebanyak 8 kali. Semangat saya berkobar sebab saya fikir saya kurus dan langkah kaki saya panjang tentu saya menang. Dan memang saya dapat tempat ke dua dalam pertandingan itu (dua dari belakang). Pun begitu saya rasa kembang kerana depan guru-guru dan kawan2 lain saya dipuji oleh cikgu sukan yang bengis tadi kerana mampu habiskan larian, kerana ada beberapa orang yang berhenti bila separuh padang, tercungak-cungak.

Pun begitu pada hari tulah saya bersumpah tak akan melibatkan diri lagi dengan aktiviti berfizikal sukan, huh! menyampah. Bukan bidang saya...




Remaja normal





Gambar tersebut juga membuktikan kepada khalayak yang pada zaman awal remaja badan saya steady. Pada masa tersebut badan saya standard budak-budak sebaya saya. Cuma sekarang badan bagai dipam-pam.





Namun kini bila saya lihat budak lepasan sekolah agak berusia, bila mereka tamat SPM masuk ke diploma atau ijazah badan mereka sesetengahnya dah macam mak bapak orang...





Bangunan sekolah rendah-rendah je...



Gambar-gambar lama ni saya akan terus menyimpannya hingga ke anak sedara dan cucu sedara. Bila saya dah tak ada nanti tentu ada di antara mereka melihat legansi saya dan bertanya `Sapa eiman ya, dia tu bagaimana pemikirannya ya?' Saya dikenali dengan nama eiman oleh anak-anak sedara saya dan keturunan selepasnya...
So mereka bolehlah melihat gambar-gambar saya sementara saya pula sedang berehat dengan aman, insyallah.





Jankaulu:
Banyak pukul gambar masa sekolah dulu, tapi sayang tak beli bila kawan jual, menyesal pulak.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home