"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 3, 2008

Kalaulah saya jadi penyanyi...4

JADI PELAKON PULAK?

Kepada peminat saya, jangan terkejut jika saya muncul dalam filem nanti....

Sebenarnya bidang lakonan dan nyanyian sangat jauh bezanya, ibarat langit dengan tanah liat. Macam nak banding guru besar sekolah dengan tukang kebun sekolah. Namun begitu kerapkali kita dapati di Malaysia, penyanyi akan jadi pelakon kemudiannya...

Sebagai penyanyi saya juga bergaul dengan orang filem dan juga orang drama. Ramai juga kawan-kawan saya yang terkenal sebagai seleberiti dalam dunia lakonan. Banyak yang kita boleh belajar tentang dunia seni kita. Contohnya, bila sudah bergelar insan seni barulah saya tahu dengan lebih mendalam pasal perangai artis di Malaysia. Apa yang media gambarkan sebelum ini amat bertentangan sekali. Contohnya ada kumpulan nasyid yang menyombong bagai nak gila sedangkan dalam media macam tok iman lagak baiknya. Dan kalau saya beritahu seorang penyanyi terkenal merokok, pasti mati hidup balik peminatnya tidak percaya!. Kadang-kadang betul juga sesetengah orang berpendapat dunia artis kita penuh hipokrit. Tapi sudah tentulah tidak semuanya...

Ya memang saya menolak tawaran berlakon daripada KRU Procuction, M Nasir dan terbaru Shuhaimi Baba. Saya bukannya jual mahal, jauh sekali nak berlagak. Saya ada sebab-sebab yang tersendiri kerana menolaknya. Kalau bakat setakat suam-suam kuku, tak ada ilmu, janganlah duga lautan yang luas nanti lakonan keras macam pembaris kayu.
Dan baru-baru ini Yasmin Ahmad ada menalipon bertanya sama ada saya berminat untuk berlakon dalam filem terbarunya, `Mesen basuh Toshiba'. Saya rasa serba salah sebab dulu saya ada menolak tawaran beliau untuk membintangi filem `Sepet'nya.

Filem yang sarat dengan mesej

Sesungguhnya saya simpati juga kepada beliau, tiada penaja hendak menaja filemnya sebab bukannya tema cinta biasa seperti anak-anak muda kita tu yang bercinta hu ha- hu ha bagai nak rak. Filem ini bukan pasal cinta terhalang pas tu berjaya, happy ending. Tidak ramai penerbit berminat untuk menaja filem yang sarat dengan mesej.
Untuk filem terbarunya Min (panggilan saya untuk Yasmin) menghadapi masalah yang sama. Namun agak bernasib baik apabila kompeni Toshiba sanggup biayainya, tulah tajuk jadi `Mesen Basuh Toshiba". Mulanya tajuknya ialah `mesen basuh di flat 15' sahaja. Filem ini mengisahkan bagaimana sebuah mesen basuh yang digunakan selama 15 tahun di sebuah flat berfungsi sebagai alat perpaduan, sebab mesen basuh tu digunakan secara bergilir-gilir di antara penghuni flat tersebut (penghuni flat aras 15). Sehinggalah ada yang mendapat jodoh dan beranak pinak akibat bertemu semasa nak membasuh baju. Begitu juga perpaduan antara kaum yang menghuni flat 15 tersebut.

So saya bersetuju untuk muncul sebagai cameo saja. Watak sebabak ini dalam 3 minit sahaja. Saya jadi tukang baiki mesen basuh tulah. Tapi saya di make up selama 3 jam untuk dijadikan agak berusia, sekali tengok saya sendiri tidak mengenali diri saya dalam cerita tu. Saya sendiri tak kenal wajah saya. Syabas kepada juru soleknya. Kepada peminat saya, jika mahu melihat saya jangan lupa ke pawagan berdekatan.
Peminat setia `Abang Nor ' kita.

Rosyam Noor juga ditawarkan berlakon dalam filem mesen basuh ni (tentu Mek Zue gembira). Bercakap pasal Rosyam Nor, saya ada berjumpa beliau secara peribadi, selain nak melihat cara dia berlakon, saya juga nak minta tip kerana kami akan belakon dalam filem yang sama. Walaupun watak saya 3 minit saya dah hafal dialog. Saya hafal tiap hari, saya bawak dialog dan skrip tersebut ke hulu-ke hilir. Saya hormati skrip. Tak macam sesetengah artis yang letak skrip di belakang but kereta! dan tak hafal pulak!. Sampai di lokasi tergagap-gagap.
Pada masa tersebut saya sedang menunggu Rosyam di set pengembaraan drama `Gelora di Hati Sara'. Masa tu juga saya nampak Jee sedang berehat sambil minum sirap bandung. Jee ada melambai ke arah saya, namun saya segan untuk menghampirinya sebab...? sebab saya malu, he he he. Sebab dulu masa saya study kat UM saya ada minat kat dia sikit masa tu dia belum kawin dengan Tengku Budriz.

JEE

Semasa berjumpa Rosyam, saya ada juga menceritakan perihal peminat nombor satu dia (Mek Zue). Dia sangat berbesar hati dan beliau mengucapkan salam dan berterima kasih pada Mek Zue. Ada dia kirim hadiah berupa biskut (setelah saya beritahu kegemaran Mek Zue adalah antaranya menguyah kerepek), Namun saya telah memakan sebahagian besar biskut tersebut semasa dalam perjalanan ke Kuantan tempohari. Nasib baik Mek Zue maafkan…(setelah saya berikan sekeping gambar Rosyam Noor yang ditandatanganinya, gambar dia sedang makan nasik lemak).



Isteri Rosyam, syahdu mata memandang...

TAK GELAP MATA

Sebenarnya berebut produser filem dan pengarah filem hendak mengambil saya membintangi filem mereka. Ada yang nak pasangkan saya dengan Maya Karim la, dengan Karim Pin la. Namun saya tidak akan membuat kesilapan, saya akan menolak dengan baik. Saya beritahu mereka buat masa ini saya memang tidak minat berlakon dan tidak boleh berlakonmana. Lagipun saya bukan jenis yang tamak, saya tahu dunia lakonan bukan dunia kecintaan dan kepandaian saya.

Namun jika saya ada masa terluang saya mungkin akan melibatkan diri dalam dunia perfileman, tetapi bukan untuk berlakon, hanya mahu mencari pengetahuan dan pengalaman. Saya pernah bercita-cita untuk menerbitkan filem... (bila saya sakit hati melihat mutu filem Melayu…).


Jan: Kalau saja jadi pengarah filem...?

5 comments:

KOYAN said...

aduhhhhh!!!!renti2 le berangan abang kimang oooo...tp best gak baca..lawak...

jankaulu said...

he he he

Mc Zue said...

SUKI...SUKI... TAK SANGKA SANGKA YA ROSYAM ADA BAGI HADIAH UNTUK AKU WALAUPUN BISKUT TETAP DIHARGAI... TQ SUKI..

jankaulu said...

he he he, aku tak lupa kawan walaupun aku seleberiti zue

anis said...

adoi...tnsen betul baca...tp best gak sesekali berangan popular nih...he..he..he.. tewngok tau gelora di hati sara.....best..

.