"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 22, 2008

Sesekali masak...

1. MEMANG jika kita sering makan di kedai ia akan membawa mudarat kepada batang tubuh kita. Makanan di kedai di`over'kan dengan garam, pengawet, pewarna, gula, ajinamoto dan lain-lain bahan.

2. Namun saya tetap makan di kedai. Saya akui dan tak pernah rasa nak nafikannya. Hubungan diri saya dengan kedai makan di Muadzam dah sehati sejiwa, tak boleh dipisahkan. Saya memang perlukan kedai makan sebagaimana kedai makan perlukan saya.

3. Semasa bekerja di Kolej Shahputra dulu saya lebih kerap memasak sebab kadang-kadang jadual membolehkan saya balik lebih awal. Kalau ada kelas pada pukul 8 pagi, maknanya bila dah cukup 6 jam saya dah boleh balik.

4. Di Muadzam, dengan turun kerja 7. 15 pagi dan punch 5. 30 petang (kalau tak ada kelas pukul 5 atau 6) saya jarang masak di rumah. Bila balik kerja saya dah separuh nyawa keletihan, tak kan nak masak.

5. Kadang-kadang balik kerja terus menuju kedai makan. Kalau ada bini surirumah tak apalah, dah terhidang semuanya... kalau bini jugak kerja? Tak kan nak gesa dia pulak kan? Sama-sama letih...

6. Cuma pada hujung minggu saya sesekali masak sendiri... (sebenarnya itu pun kadang-kadang je, kemalasan menebal sebab hujung minggu nak berehat, nak berkebun, nak membelai diri, nak membaca, nak membasuh, nonton DVD atau atau ke Kuantan?, he he he)

7. Kalau saya masak pun bukan beradom sangat macam `makan beradat' orang khawin. Taklah masak macam Chef Wan (yang bahan-bahannya sukar nak cari dan mak oiii mahal!). Saya masak simple-simple je seperti sayur air (sawi), goreng ayam atau ikan, dan telur dadar. Dan sekarang saya ada juga belajar buat sambal bilis, he he he.

Goreng banyak sekaligus, tapi separa masak. Kalau nak makan goreng semula.


Sambal bilis: Maaf pukulan gambar tak berapa terang.


8. Saya masak untuk diri saya sendiri je, untuk orang lain tak berani... kalau berani pun jemput Ja je datang makan.

9. Bila kita masak, untung sebab boleh makan banyak dan kita juga boleh kawal kesihatan. Contohnya bila masak nasi bila gelegak boleh kita buang air kanji tersebut dan ganti dengan air lain, barulah tak berkanji sangat (kes tak mampu beli beras mahal, he he he).

Bila nak goreng bubuh tomato dihiris halus...

Ni tak kanlah tak kenal, iaitu nasi. Anita Sarawak pun kenal nasi.

Sayur air (sawi) yang saya masak sekejap je supaya tak hilang zat.
10. Dan bila kita masak dapat nyah keluar tekanan hidup... Masak sambil mendengar lagu atau masak sambil menyanyi... Keakeng pintu dapur luas-luas biar angim masuk. Best masak ni kalu kita ikhlas dan ceria. Lepas tu boleh kita masak sambil belakon, contohnya:
`Dar (darling) tunggu jap ya.., Abang tengah masak ni, ari ni Abang masak special campur madu untuk Dar, ahhh..he he he jangan la kacau geli...he he he' Ni kalau kita pegang watak baru seminggu kahwin. Masa masak datang pulak isteri kita memeluk daripada belakang dengan manja sekali sambil meletakkan pipinya yang gebu ke bahu kita.
`Gi main jauh nu..., Ayoh nok masok, bowok adik main jauh. Masok ayah panggil' Ini dialog yang dilontarkan oleh seorang duda yang ditinggalkan isterinya. Dia tabah memelihara anaknya yang seramai 8 orang dan tidak pernah terniat untuk berkahwin lagi. Kerana dia tak mahu membahagikan kasih... (atau dah serik?)
Boleh cuba watak-watak lain yang bersesuaian... Boleh reka sendiri.

11. Yang penting pastikan masakan masak dengan sempurna. Nak menyannyi ke, berlakon ke melompat ke tak apa asal fokus juga kepada masakan kan.
12. Dan akhir sekali lepas masak tu pandai-pandailah kemas balik dapur, lainlah ada orang gaji...


Jan: Tak pernah makan makanan daripada air tangan isteri... (isteri orang lain ada la...he he he)

1 comment:

Anonymous said...

hahahha sgt la kelakar :p

.