Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, September 4, 2015

Melihat bangsa yang menjadi

Bila perjalanan melebihi separuh...
Ramai menoleh kebelakang mahu menilai-nilai
Walau tiada siapa yang menyuruh manusia memang begitu...penilai tegar.

Sedangkan lahir tercampak merata
Sangat berbeza sangat ketara
Beza rupa bangsa
Beza rupa agama
Beza rupa budaya
Beza rupa sossial
Beza rupa politik

Yang tak sama dibenci
yang sama konon adalah betul...
Kita lupa orang atas yang ketawa...
Konon kita membersih sana sini...

Melihat kita yang menjadi pada orang,
membolehkan rasa bengkak di hati
bila kita perhatikan sebenarnya
episodnya berlainan, cerita terasing...

Manusia memang suka berpecah, bertanding dan iri
Mestikah sama untuk sekata?
Adakah mereka yang berbeza pada kita adalah salah?
Adakah kita sahaja yang betul?

Berapa lamakah lagi kita mahu menjadi...





1 comment:

Mr Topan said...

Menjadi tak semestinya menjadi
kadangkala menjadi kerna kejadian

manusia memang berbeza
kerna berbeza itu makna usia
kadangkala kerna alpa
atau kerna ketamakan dunia

dunia dulu tak sana sekarang
dunia dulu penuh keazaman
dunia sekarang penuh kecurangan
dunia kita menanti hari pembalasan

Semoga En Sukiman tetap menjadi En Sukiman yang ceria diluar bak pelangi dan semoga kehujanan hati dan kemarau berakhir sepi.. (Biarkan dia menjadi sepi dalam kenangan hati.. Usah bermimpi yg menyakitkan hati.. Risau En Sukiman sakit lagi...)

Salam Hormat


   

.

.

.