Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 8, 2015

Apa kesenangan-kesenangan tersebut mengajar pelajar kita?



JIKA diberi pilihan ramai manusia yang mahu berjaya tanpa bersusah payah. Maksud saya jika diberi pilihan sama ada perlu bersusah payah untuk berjaya dan tidak bersusah payah untuk berjaya, Pasti ramai orang akan pilih untuk tidak perlu bersusah payah untuk berjaya.

Ada orang berpendapat jika kita mendapatkan sesuatu dengan bersusah payah, kita akan lebih menghargainya. Saya setuju sebab saya selalu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu. Malah jika saya dapati saya mencapai atau memiliki sesuatu itu dengan senang, maka saya akan berfikir tentu ada yang `tak kena'.

Fikiran tersebut mungkin fikiran lama, namun begitulah saya dan kawan-kawan sebaya saya...

Pada masa lalu payah untuk saya dan kawan-kawan untuk dapatkan segulung izajah. Apabila kami berkumpul, kami akan ceritakan kembali bagaimana payahnya kami mengejar ilmu pada masa tersebut. contohnya, kami membaca banyak buku tebal yang tidak bergambar. Dan sebab itulah saya merasa tentu ada yang tak kena di mana-mana apabila seorang pelajar saya secara terus terang memberitahu dia tidak suka baca buku yang tidak ada gambar. Dia memberi komen mengenai koleksi buku yang saya miliki. Boriing katanya...

Kehidupan lalu sukar untuk diceritakan kerana ia amat berbeza. Contohnya, kami menggunakan mesen taip dan perlu `pergi-mari' panjat tangga ke pejabat-pejabat  kerajaan dan swasta untuk mendapatkan maklumat. Siap menemuduga sekali dengan pegawai terlibat. Contohnya untuk mencari objektif dan fungsi MARA ia membawa kami ke bangunan MARA. 

Namun pelajar sekarang lebih senang dan beruntung kerana ada internate dan komputer. Selain dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan  mudah mendapatkan maklumat, ia menjimatkan kos dan kajian boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Kami pada masa dahulu naik teksi turun teksi dan ia melibatkan jumlah wang yang besar. Juga masa.

Dengan kemudahan yang ada (seolah di hujung jari) saya dapat simpulkan pelajar kita yang tidak membuahkan hasil kajian yang memuaskan merupakan golongan yang malas dan tidak memaksimakan kemudahan. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana pelajar-pelajar ini mahu berjaya jika mereka tidak memaksimakan kesenangan yang mereka perolehi. Pelajar sebegini bukan sahaja malas, malah bodoh.

saya teringat kata-kata mantan perdana menteri kita Tun Mahathir. Katanya semua orang di Malaysia boleh masuk universiti. Saya setuju benar, Dengan tiga kepujian di peringkat SPM mereka boleh ambil diploma dan  meneruskan pembelajaran di peringkat izajah. Jadi awas jika anak anda tidak dapat/layak masuk universiti...

Situasi pendidikan masa kini jauh sudah berubah berbanding dahulu.

Secara peribadi saya dapati pelajar sekarang tidak tekun berbanding  saya dan kawan-kawan saya 25 tahun dahulu. Semasa di Universiti Malaya, kami sangat tekun dan belajar setiap hari mencari ilmu baru. Mungkinkah bila segalanya senang generasi pelajar sekarang menjadi `manja' dan tidak tekun... Ini terjadi pada sebahagian besar pelajar kita.

Saya sangat kecewa.

Pada masa dahulu kami tahu kerja kami sebagai pelajar dan sebagai seorang anak. Datang kuliah, siapkan tutorial dan siapkan tugasan sebaik mungkin. Memahami apa yang kami tidak fahami dan tidak bergantung 100% kepada pensyarah. Kami juga menghargai apa yang kami dapat. Ya, kami hargai kami dapat masuk universiti...sambung pelajaran... mungkin pada masa tersebut hanya ada enam buah universiti sahaja...berbanding sekarang.

Saya rasa pelajar perlu juga diajar bersusah supaya ia menghargai kesenangan dan berusaha untuk mencipta kesenangan lain. Dengan teknologi yang canggih sepatutnya mereka melahirkan kerja yang berpuluh kali lebih mutu daripada kami sebagai pelajar pada masa lalu... Namun apa yang terjadi sebaliknya. 

Jika pelajar tidak tertarik untuk ke kuliah dan terdorong untuk siapkan tutorial dan tugasan maka di manakah nilai pelajar kita...?

Sedangkan pada masa dahulu mereka (pelajar sebegini) tidak berada dalam arus pendidikan, yang ada adalah pelajar yang benar-benar serius untuk belajar dan mengejar imu...

Kita panggil `mengejar' ilmu sebab kita kena agresif bangun dan buat tindakan. Bukan nganga mulut dan pensyarah suap... Kita tidak panggil menjemput ilmu!

Abang Jan: Bila kita pernah rasa pahit barulah kita dapat kagumi dan hargai sesuatu kemanisan...




No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home