Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 11, 2014

DPL: Siapa doktor sebenarnya?

Sudah beberapa hari saya berasa tidak selesa dengan tapak kaki kanan saya. Hari ini bahagian tapak kaki kanan saya bertambah sakit, maka saya pergi berjumpa doktor atau orang putih kata pergi `melihat' doktor.
 
Sementara menunggu doktor saya duduk membaca majalah, selepas puas membaca majalah, saya melarakan diri. Saya rasa kalau zaman dahulu kalau kita sakit tapak kaki tentu kita dituduh terpijak pusu atau makhluk halus. Pasti saya kena jumpa dukun...
 
Sudah dua tiga hari saya hanya berselipar ke tempat kerja. Saya rasa selesa berselipar kerana pelajar saya tiada. Mereka sedang menjalani peperiksaan akhir di bangunan dan kawasan lain. kalau pelajar ada saya kena kelihatan kemas kerana pernah seorang pelajar menyangka saya seorang tukang kebun.
 
Saya tidak selesa turun naik tangga, maka pagi-pagi hari saya sudah beli sarapan pagi dan makan di opis sahaja. Bila kawan ajak makan saya beritahu saya sakit kaki.

Saya khuatir sudah sampai masanya saya mendapat gout. Kata ayah saya, tok key saya ada gout. Ayah saya dan adik beradiknya ada gout. Ayah saya kata kemungkinan besar bila saya 40an saya juga kena penyakit gout.

Sebab itulah saya sudah mendapatkan serba sedikit info mengenai sakit gout. Umumnya penyakit ini akibat peningkatan asid urik dalam darah. Dan sebahagian asid urik itulah yang membentuk macam Kristal kat sendi-sendi kita menyebabkan rasa sakit, payah bergerak dan bengkak. Dan ia biasanya menyerang sendi ibu jari kaki kita. Haaa...
 
 
 
Bila berjumpa doctor saya beritahu tapak kaki saya sakit. Saya beria-ia beritahu saya mungkin sakit gout. Saya beritahu ayah saya pun ada penyakit gout. Terus saya beritahu salah silah keturuanan saya yang bergout. Saya beritahu panjang lebar walaupub doktor tersebut tidaklah pula bertanya. He he he
 
Doktor memeriksa kaki saya dan dia beritahu tidak pasti lagi ianya gout. Katanya kalu gout tentu saya akan rasa sangat sakit di bahagian sendi. saya pula tidak mahu mengalah dengan bersungguh-sungguh mengatakan saya mungkin sudah dapat `pusaka' gout tersebut dari ayah saya.

Setelah melihat gelagat saya doctor meminta supaya datang keesokan harinya untuk memeriksa kadar asid uric  dalam darah saya...
 
 
Dalam perjalanan pulang saya tersenyum sendirian kerana saya sudah ada penyakit darah tinggi dan berkemungkinan pula gout. Tambah satu penyakit lagi. Biasanya sara rasa sedih tetapi kali ini tidak. Saya harus positif. Walaupn saya harap ujian nanti adalah negative namun kalau sebaliknya, saya berjanji akan terus bersikap positif. Saya rasa tindakan saya ini betul...berpositif diri.

Saya juga tersenyum kerana gelagat saya di bilik doktor tadi seolah sayalah doctor, he he he. Doktor itu juga sebenarnya tersenyum melihat gelagat saya.

Menjadi doctor kerjanya berhadapan dengan penyakit. Tentu doktor itu bosan kerana setiap hari mengadap pesakit yang masam dan serius. Saya rasa bangga kerana dapat membuat doktor itu tersenyum...
 
Saya doakan doktor itu selalu sihat dan bahagia...amin.

3 comments:

Lan LoloQ said...

DULU SAYA PUN PERNAH KENA SAKIT TUMIT LEBIH KURANG 2 TAHUN....TAPI BUKAN GOUT...SEBALIKNYA PLANTAR FACSIITIS..TERJADI DISEBABKAN KAKI TAK MAMPU NAK MENANGGUNG BERAT BADAN YG KIAN MENCANAK2....LEPAS DIET DAN AMALKAN GAYA HIDUP YG LEBIH SIHAT ALHAMDULILLAH..KESAKITANKAT BAHAGIAN TAPAK KAKI YG NGILU2 TU DAH TAK ADA LAGI...

Jankaulu said...

Lan,

eh, saya pun tengah mencanak naik berat badan..mungkin sebab tu jugak.

saya tak sempat gi jumpa doctor lagi ni, sibuk konon ni...

Vivacious O'light said...

Mungkin perlu kawal diet?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home