Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, April 14, 2014

DPL: Kanvas hidup saya...(kita)

 
 
 
"Semuanya mungkin sudah tersurat bermula daripada saya (kita) dilahirkan..."
 
Apabila dihempap musibah, bukan semua orang boleh terus berfikiran positif. Tetapi tentulah usaha ke arah itu perlu. Pemikiran di atas (yang saya merahkan)  adalah permulaan yang baik, sedikit sebanyak dapat mendamaikan jiwa. Dan kata orang dalam damailah kita boleh mencapai kebahagiaan.
 
Memanglah menulis atau bercakap jauh lebih senang daripada mengambil tindakan. Kecualilah menulis buku atau bercakap di hadapan terlalu ramai orang, he he he.
 
Banyak sangat perkara-perkara dan cita-cita saya berkubur begitu sahaja. Antaranya saya mahu berkawin pada usia 27 tahun (kerana ayah saya pun kawin pada usia tersebut). Satu kemahuan yang pelik, kan? kamu semua juga tentu ada cita-cita dan kemahuan rahsia.
 
Tentu ada di antara cita-cita dan kemahuan kita itu sudah tidak penting sama sekali dah. Malu nak sebut pun ada. Pulak dah.
 
Nampaknya apa yang paling penting bukannya takdir tetapi bagaimana mengawal takdir tersebut supaya terbitnya rasa seronok. Rasa bahagia. Saya suka membayangkan secara positif takdir adalah lukisan-lukisan yang tidak bercat. Alaaa...yang budak-budak suka warnakannya itu.
 
Kita mungkin tak mampu untuk melukis lukisan tersebut tetapi seperti juga budak-budak, mereka amat gembira mewarnainya. Haa...
 
 
 
Dalam mewarna kita, kta boleh pilih warna apa yang paling kita suka! sebab kita jugan perlu rasa seronok.
 

Kalau kita perasan, kita dapati kebahagian itu juga datang dalam bentuk-bentuk yang kecil. Maksud saya, kta bahagia tersenyum melihat pasu yang cantik atau bahagia kerana melihat anak jiran kena pukul. Tapi bukannya pukul macam pasangan di Sweden tu.

Ramai orang terkejar-kejar untuk memiliki kebahagian yang besar-besar. Rumah besar, kereta besar, pasu besar (sayalah tu). Hingga mereka ini terlupa bahawa senyuman anak yang kecil juga kebahagian. Haaa...

Bahagia yang kecil-kecil inilah yang menghias kanvas hidup kita. Kata kawan saya tuhan tidak kejam (unsur agama, agar kita tidaklah sesat dalam pemikiran yang bebas), tuhan tetap beri kebahagian di sekeliling kita, cuma kita gagal melihatnya sebab sibuk kerja balik pukul 6 petang!.

Kawan baik saya mengambil masa 8 tahun untuk berkawin semula selepas diceraikan. Dia mengambil masa 8 tahun untuk terima yang `semenjak dia dilahirkan sudah tertulis pada sekian-kian hari dia diceraikan...". Haaa...

Sekarang dia cuba mewarnai kanvas hidup baru dia. Saya rasa bangga kerana dia lebih positif. Untuk bangkit semula dia memerlukan masa yang lama, namun dia tidak pernah menyerah kalah. Kita pun gitulah juga mesti jangan menyerah kalah.

Jangan biarkan orang lain warnakan kanvas hidup kita warna kelabu tahi anjing...


 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home