"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 21, 2013

Jordan University of Science and Technology




Semasa kami bercerita mengenai tanaman terung. Ayah saya juga menyelitkan  cerita mengenai kerjasama kerajaan negeri Terengganu dengan Universiti Jordan. Kata ayah satu cawangan universiti tersebut akan dibina berdekatan dengan kampung kami. Saya terus rasa gembira sebab saya suka akan perkembangan pendidikan yang akan berlaku di daerah saya, Besut.

Biasanya bila ada pembangunan dari segi infrastruktur pendidikan, kawasan sekitarnya akan berlaku pembangunan ekonomi. Contohnya UUM dan juga UNITEN di Muadzam.


XXXXXXX

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata Besut tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan sebaliknya satu masa ia akan muncul sebagai daerah pendidikan terkemuka di negeri ini.


Katanya, terbaru kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Sains dan Teknologi Jordan (USTJ), bersetuju untuk membuka kampus cawangannya di Besut yang akan beroperasi di Kompleks Imtiaz Besut, di Bukit Keluang, dekat Jertih.

Menurutnya, pengambilan kumpulan pertama pelajar USTJ yang akan menyediakan kursus kedoktoran dan kejuruteraan dijangka bermula tahun depan.

Beliau berkata, USTJ adalah antara universiti terbesar di Jordan dengan mempunyai kira-kira 22,000 pelajar dalam bidang berkenaan.


“Pembukaan kampus cawangan universiti berkenaan akan membuka era baru kepada penduduk daerah Besut dan ia juga akan dapat menjana ekonomi penduduk,” katanya selepas menyertai Majlis Korban Perdana anjuran Pemuda UMNO Bahagian Besut, hari ini.


Selain itu, katanya, Taman Ilmu yang dibina di Bukit Dendong, di kawasan DUN Kota Putera, satu lagi mercu tanda kepada pembangunan pendidikan daerah Besut dan apabila siap ia akan menempat pelbagai kolej universiti dari seluruh dunia.


Beliau berkata, bagi mempercepatkan kerja pembinaan komponen Taman Ilmu ia akan dilakukan oleh syarikat dari Korea dan berharap ia dapat disiap sepenuhnya pada akhir tahun 2013.

Sumber:teganukita


Saya juga telah membuka portal UiTM, dan memang sah sebuah kampus UiTM juga akan dibina di kawasan tempat tinggal kami.

Jan: Semuga Besut membangun dengan pesat, Allah peliharakanlah Besut. Amin. 

2 comments:

aima said...

uitm nak bukak kat ner, tembila gok?

sukiman said...

yup kat tu jugok, dekat dengan UNISZA jugok...Tembila akan maju seperti Sintok, mudah-mudahan...

.