"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, February 5, 2013

Aku, Dia dan youtube



Coretan seterusnya diterima daripada Nurliana Mohammad Lazim yang bertugas di kawasan pendalaman Muar, Johor. Beliau menyatakan beliau amat meminati rancangan ADILA dan amat berharap coretannya akan ke udara. Kita hayati luahan hati beliau...(terus muzik sentimental dimainkan dan kedengaran suara hiba seorang pembaca perempuan ke udara).

Pertemuan kami memang tidak disangka-sangka. Aku amat bersyukur kepada Allah atas pertemuan tersebut. Aku hargainya walaupun kini ianya sudah menjadi sebuah kenangan yang memilukan. Walaupun ia hanyalah kebahgiaan sementara, setidak-tidaknya sebelum menutup mata aku boleh berbangga kerana kebahagian pernah singgah dalam hidupku.

Tanggal keramat 18hb Mei 2002 akan kuingati selamanya, sepanjang hayatku. Ketika itu aku baru ditugas sebagai kerani di sebuah daerah di pendalaman Johor. Dan sebenarnya ketika itu aku masih dalam keadaan berduka. Yusuf tidak mengotakan janji-jannjinya. Setelah aku gagal dalam permohonan KPLI (kursus perguruan lepasan Ijazah) kali yang ke tujuh, Yusuf sudah tidak memhubungi aku. Mungkin bersamaku tiada masa depan. Lelaki sekarang mungkin begitu, mahu menunpang kesenangan perempuan. Dan aku tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyedari aku telah dikecewakan. Cuma aku memerlukan masa yang panjang untuk bangkit semula...pandang dunia yang luas.

"Biar saya angkat beg akak ini" Kata seorang pemuda yang kacak, hitam manis. Aku terkejut lantas ku berpaling ke arahnya, melihat mukannya. Mukanya jernih, rambut ikal, kurus. Memakai Tshit putih dan berseluar jeans.

"Akak, naiklah dulu, biar saya angkat beng ini" Sekali lagi pemuda tersebut memandang ke arahku.

Memang kebiasaan aku untuk membawak banyak kain pasang dan keropok apabila pulang dari kampung di Kuala Terengganu. Barang-barang tersebut aku jualkan kepada kawan-kawanku. Selalunya banyak guru-guru membeli kain pasangku untuk dibuat baju kurung. Dan mereka ada menempahnya dari aku kerana kata mereka jahitanku halus. Bolehlah aku menambah pendapatanku. Kerja kerani seperti aku ini, gajinya hanya cukup makan. Selebih hasil jualan barang-barang aku hantarkan wang ke kampung.

Dan mungkin secara kebetulan kami duduk sebelah menyebelah di dalam bas. Dan aku tidak merasa kekok kerana bagi ku dia adalah pangkat adik kepadaku. Masih muda, sedangkan aku sudah berusia. Aku bukan remaja lagi, dan usikan andalusia sudah banyak kali kuterima. Namun apalah daya, aku hanya seorang perempuan.

Aku percaya pada takdir.Aku manusia kerdil. Walaupun payah dan hati aku selalu berperang, aku tetap pasrah kerana aku tidak berdaya. Bermula dengan pertukaran nombor telefon bimbit hubungan kami berpanjangan. Pada mulanya aku tidak menyesaki apa-apa kerana aku hanya anggap dia sebagai adik. Adik lelaki yang kacak dan pintar.  Namun beliau sering menalipon dan kami juga galak bersms. Mungkin kerana hati aku sunyi, aku menerimanya dengan redha.

Dan pada suatu hari aku hampir tergelak apabila dia memberitahu aku yang dia amat menyanyangi aku melebihi daripada segalanya. Dan sebenarnya aku juga begitu, aku rasa selamat dan dihargai apabila bersamanya. Dan orang yang seusia aku ini terus menduganya sehinggalah dia sah menyatakan dia hanya boleh hidup selama 3 hari sahaja jika dia kehilangan aku...

Aku menerimanya seadanya. Bukan kerana rupa atau harta, kerana kasih sayang aku yang semakin membara. Aku juga mabuk...aku berterima kasih kepada Allah kerana akhirnya aku disayangi dengan ikhlas. Hanya Allah yang tahu aku sangat gembira. Walaupun muka aku biasa-biasa sahaja, tidak berpelajaran tinggi dan tidak kaya tuhan mahal adil kerana memberi kebahagian kepada ku. Terima kasih tuhan...

Dan akhirnya aku meraung dalam hujan. Merana setiap hari atas janji-janji bersaksikan bulan mentari. Seolah rindu ini setiap saat diseru. Ah memang orang bercinta akan mengheret bulan dan bintang sebagai saksi dalam janji-janji mereka. Terbakar rasa dadaku, merana menanti janji setiap hari... Ungkapan sehati dan sejiwa bersama berdua tinggal kenangan...

Bila semuanya pergi aku sunyi... Akhirnya hanya luahan dan coretan ini dapat aku tulis. Aku terduduk dengan ketentuanNya. Beliau tetap akan menjadi pujaan hatiku di sepanjang hayat ini. 

Coretan ini kupaparkan dalam ruangan kegemaranku, aku abadikan coretan ini dalam ADILA (Aku Dia dan Lagu).


Terima kasih atas coretan Nurliana, semuga Nurliana akan mendapat kembali ketenangan hidup. Kehidupan ini adalah bagi manusia yang kuat dan tabah.

Sekarang kita kena la dengar lagu ini sendiri sebab sebenarnya bukan ADILA (Aku, Dia dan Lagu) tetapi ADIYOU (Aku Dia dan Youtube). Okey, dengarkanlah...






2 comments:

myfreeminded said...

Ni cerita betul ke rekaan En Sukiman, compius lah pulak....

sukiman said...

cerita rekaan jea, hari tu ada la saya dengar radio rancangan ADILA sambil bawak kereta ke kuantan. tu la timbulnya idea nak buat rancangan aku dia dan youtube, he he he.

Nak cuba menulis macam Nong Andy...he he he.

.