"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, February 4, 2013

Anak patung barbi, alat make-up dan kisah arbo yang tergadai



"Kejahatan itu boleh datang dalam banyak cara dan pelbagai corak... yang kita tidak nampak dengan mata tetapi nampak dengan minda. Kalau kita kaji..." Para pelajar saya sering diingatkan dengan ayat tersebut. Saya sengaja selitkan nasihat bak ulaman makanan apabila berkuliah. Nasihat yang ringkas, agar mereka berfikir. 

Dengan jumlah gaji yang tertera di slip gaji, mustahil kita dapat memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak kita. Kita yang beranak ibarat `non-stop' ini tentulah bertambah sukar apabila anak semakin membesar dan mula `meminta-minta'. Dan permintaan anak-anak kita semakin mengada-ngada dan di luar kemampuan slip gaji kita. Contohnya nak anak patung Barbi atau helikopter kontrol...

Kita kononnya tak nak bising berpanjangan, kita beli walaupun sebenarnya kita tidak mampu dan bukan barang keperluan. Kononnya kerana kasih sayang (saya rasa lawak derngan alasan ini). Kita tidak lihat atau serius akan kesan dalam jangka panjang... Haaa...

Saya tidak kata kita tidak boleh beli. Maksud saya mampu atau tidak mampu tertera hakikatnya kerana kita tahu pendapatan kita dan kesan berpanjangan...jom lihat kemungkinan masa depan.

Kalau kita sepoilkan anak perempuan kita, segala mak nika kehendak kita belikan. Ia adalah suatu jalan yang merosakan. Kitalah yang bersalah.

Bermula dengan anak patung akhirnya tergadai arbo (bagi kes anak perempuan kita). Kita akan berdepan dengan satu keadaan masa depan di mana kita memang tidak mampu. Sedangkan mereka dah semakin remaja dan mula berjinak-jinak dengan make-up dan bergaya barang perhiasan. Kita pulak sibuk keluar pagi balik petang dan tak ada masa nak terapkan nilai agama dan nilai moral, kita serahkan kepada guru di sekolah, NGO dan kerajaan Barisan Nasional. Kita harapkan mereka (dan kemudian kita salahkan mereka...perbuatan ini juga lawak).

Bila kita sudah tidak mampu, mereka mula berfikiran kita tidak sayangkan mereka (ini juga lawak). Dan jika ada lelaki-lelaki hidung belang yang mula dekati dan mengorat anak kita, boleh penuhi keperluan dan kehendak mereka, beri duit lagi, habislah....Selisih malaikat 44!.

Anak kita tidak sedar banyak lelaki banjingan di luar sana. Kita pula sepatah haram tidak pernah berbincang pasal aurat dan pergaulan bebas (sebab kita sibuk dengan KPI kat tempat kerja). Anak perempuan kita tidak sedar `pelaburan' teman lelakinya itu sebenarnya mungkin semata-mata kerana nafsu. Akhirnya arbo diserahkan... dan ditinggalkan...barulah menangis tak berlagu, berlakon tak berskrip.

Jan: Anak lelaki pula bermula dengan helikopter kontrol, kemudian motosikal kemudian...? Haaaa 

3 comments:

Adie Achim said...

Selalunya;
ibu bapa terdesak untuk membeli dek kebisingan anak merayu2/menangis2/menarik2 baju@seluar papa&mama.

Kadang2;
terbeli atas dasar rasa bersalah "sian anak aku dah lama dia teringin nak beli mainan nie.. tak pe beli sempena birhday"

Ada juga:
membeli kerana tak nak kalah "huh! camanapun anak aku kena juga merasa dapat seperti anak lain.. alah aku mampu ni.. bajet2.."

Yang kejinya: "huh! ingat dia saja mampu belikan untuk anak dia mainan mahal. Aku pun boleh.." (hati gelak syaitan)

gitulah..

sukiman said...

betul tu, banyak sebab

saya rasa sekali sekala tak mengapa. yang bimbangnya tak boleh tidak beli.

dengan tidak membeli juga sebenarnya membentuk mereka bersabar...

myfreeminded said...

Beli ikut kemampuan, tapi kalau mampu pun tak kan nak manjakan anak dengan semua benda tu, sekarang mungkin kita senang tapi akan datang kita tak tahu lagi, perancangan Allah itu sangat jauh tak tercapai dek akal kita so kena lah beringat. Pokok pangkalnya berbalik kepada tujuan untuk mempunyai zuriat. untuk di belai di manja kan aje ke, atau sebagai warisan yang mampu menolong kita di alam barzakh nanti. :)

.