Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, March 11, 2010

Saya dah mendaftar...

Oleh kerana komputer saya tidak boleh berFB, saya pada mulanya tidak tahu menahu langsung kewujudan KBPKS (Kumpulan Bekas Pekerja Kolej Shahputra). Sehinggalah kawan-kawan saya yang bekerja di Kolej Shahputra sendiri bertanyakan saya mengenai KBPKS, saya tak boleh menjawabnya dengan tepat, he he he.
Selepas saya mendaftar, saya rasa bangga sebab jadi ahli yang ke 17, angka 17 tu angka saya mula bercinta dan angka 18 (setahun kemudiannya) saya mula kenal erti menderita... Saya dapati ahlinya terus meningkat menjadi 27, 32 dan lepas tu terakhir saya tengok tadi dah jadi 41. saya percaya angkanya akan meningkat, meningkat dan meningkat.
Terima kasih kepada Encik Adnan bin Abdul Hamid kerana mengambil inisiatif besar untuk merialisasikan usaha pengumpulkan BEKAS pekerja Kolej Shahputra. Sebagai BEKAS pekerja Kolej Shahputra, saya sangat berbesar hati menjadi ahlinya. Bagus juga dengan adanya KBPKS ni, tidak rugi memanjangkan dan menguatkan ikatan silaturahim antara kita, itulah yang dituntut sebenarnya.
Pengalam saya bekerja di Kolej Shahputra amat menyenangkan saya, banyak membantu saya dalam menjalankan kerja saya di tempat kerja terkini. Banyak yang saya belajar dari Kolej Shahputra. Banyak kenangan manis yang payah nak hurai terutama apabila berkaitan kawan-kawan rapat.
Bak kata Puan Akmar Nordin sudah 7 tahun dia berkerja di tempat UTM tetapi sangat rindu kepada kenangan lalu di KSP. Saya percaya BEKAS pekerja kolej Shahputra yang lain pun terasa begitu...
Perasaan itu kita dapat apabila meninggalkan KSP...
Jan: Selamat mendaftar kepada bekas pekerja KSP ...

7 comments:

LilYLiZ@ said...

Sukiman ni hensem jg orgnya...hehehe nampak baik jer.

Eja said...

'sy dah mendaftar..anda bila lagi?'.. mcm penah ku dgr, tp di mana ya... hehehe

Jankaulu said...

kawan saya kata dalam gambar je nampak handsum, kat luar tak, he he he...

uj said...

camne nak dftr kbpKsp

Abah Mui'zz said...

Bestnya ada kelab. Tapi sayang takleh nak daftar, sebab bukan bekas kakitangan. Cuma kakitangan tempelan sementara je dulu.

Anonymous said...

selamat mendaftar..walaupun betapa ramai pergi dr ksp utk mencari rezeki yg lebih itu adalah rezeki masing2..kami senantiasa mengingati sahabat2 yg pergi meninggalkan ksp..syukur mr.sukiman masih ingat tempat mencari rezeki & cungkil pengalaman anda disini..semoga allah memberi rezeki yg berlipat ganda lagi utk anda...he3x..

M said...

bukan je bekas perkeja kolej shahputra....bekas pelajar ksp pun rindu sangat dgn ksp....malangnya kitorang takde pun kumpulan untuk didaftarkan heheh...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home