"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 1, 2010

Bab 5: cerita II ( Seperti kucing kurap...)

" Sus-suh, suh-suuuuh ". Mankisue menghalau kucing kurap yang galak melilit kakinya. Daripada tadi semasa dia masuk ke kedai kucing hitam itu terus menghampirinya, seolah mahu bermanja. Asyik mengelilingi meja makannya dan kakinya, mengganggu makan petangnya...
"Sus-suh, suuuuh!". Tidak juga kucing hitam berkurap itu mahu meninggalkan kaki Mankisue. Mankisue menggerakan kakinya beberapa kali tetapi masih gagal menghalau kucing tersebut... Kucing itu suka melilit sahaja. Mankisue geli…
'' Nah ambik ikang ni '', Mankisue yang seolah-olah memahami bahasa binatang terus capai ikan daripada pinggangnya dan pandu kucing tersebut sehingga ke tepi longkang sisi kedai. Dia letakan ikan goring tersebut di tepi longkang. Terus sahaja kucing hitam tersebut makan ikan goring yang sudah tinggal sekerat itu. Mankisue lalu mendongak melihat ke tengah padang bola, memang kedai sederet ini membelakangkan sebuah padang. Kelihatan di tengah padang beberapa orang bermain bola…yalah tak kan main bowling pulak. Namanya padang bola, bukan padang bowling.
Redup petang-petang begini, sengaja Mankisue mahu menyendiri. Makan seorang diri. Sejak akhir-akhir ini dia sering mengelak pelawaan makan kawan-kawannya. Dia kini lebih selesa bersendirian. Dia menemui keindahan dunianya sendiri apabila dia bersendirian. Entah kenapa jika makan bersama kawan-kawannya dia terasa mahu cepat balik ke bilik di bangunan pejabatnya… Dia mahu menyendiri.
Mankisue kembali semula ke mejanya dan terus menyelak Harian Metro yang ada di mejanya, tetapi ada sesuatu persoalan berserabut di fikrannya:
“…jika manusia belajar untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki dan tuhan bui, aku percaya tidak banyaklah orang yang patah hati, sakit hati dan makan hati hidup merana di atas muka bumi ini...seperti aku."
“ …tetapi manusia…ahhh. Manusia itu korap sifatnya...” Keluhan hiba Mankisue. Mankisue mengelamun lagi…
“…tetapi sifat manusia itu busuk hatinya, alpa dirinya dan terlalu mementingkan diri... rela berdiri atas kekecewaan orang lain. Malah tergamak hidup bahagia atas kehancuran hidup orang lain. Selamat datang ke bumi...inilah manusia..."
Sesekali Mankisue menjeling berita tentang seorang seleberiti ustad rock yang bercerai-berai dan berkahwin lain… Dia benci, lalu dia terus ke halaman intisari rancangan, iaitu halaman yang biasanya dia tidak pernah jengok… Pelik.
Mankisue terus terbawa ke alam lain. Sejak dua menjak ini memang hatinya suka berbicara. Hatinya tak pernah mahu tenteram. Bukan dia tidak cuba bangkit, sudah banyak kali dia melawan perasaan dan cuba bangkit. Tetapi setiap kali mahu bangkit, dia kembali terduduk dengan lebih payah nak bangun kembali…
Kesyahduan bermunajat pada tuhan sudah lama tidak dirasainya. Dia rasa sesuatu kekosongan yang amat dalam. Kekosongan yang menjadikannya bertambah bimbang... Walaupun dipanjatnya doa beriring harapan, dia tetap rasa kosng. Rasa kosong dan hening sekali, seolah masa berhenti dan hanyalah dia merentasinya, melalui kehidupan ini..
“ Manusia ni pelik sifatnya, mudah lupa… dan hanya sayangi dirinya … Tetapi aku tidak mementingkan diri, dan hanya tuhan yang tahu sayang aku pada aras yang paling tinggi pada jumlah yang paling banyak…"
Kasih sayang yang berjumlah banyak tersebut ternyata tidak berguna kerana apabila berjauhan, kesetian adalah hampir mustahil. Mankisue tahu apabila hatinya resah, dan rasa tidak sedap pada masa itulah kasih sayangnya diselingkoh... dan dia dipermainkan. Perasaan dendam yang membakar dirinya bernyala semula. Redup petang yang syahdu tidak dapat meredupkan relung hatinya yang panas. Mengapa manusia begitu? Mengapa aku terlalu bodoh dan naif?
Mengapa? Memang kehidupan ini aneh dan manusia itu kejam…
'' La kenapa tak bawak motor, Man?'' Tiba-tiba Encik Roslan menyapa Mankisu daripada depan. Terkejut beruk jadinya, monolog hati Mankisue terhenti. Kedatangan Encik Roslan memang tidak disedari Mankiue, dia sememangnya hanyut dengan monolognya, dia lemas dalam lamunang.
Encik Roslan terus mengheret kerusi dan duduk di hadapan Mankisue (tanpa dipelawa…).
" Tak apalah sekali sekaler, motor ni kena bowok jugok, nati payoh start”. Mankisue memandang ke arah motornya yang banyak berjasa.
Motor tersebut dibelinya sebaik sahaja dia bertukar kerja di daerah pendalaman ini. Motor itu banyak berjasa dalam diam. Walaupun tiada ungkapan kata-kata manis dan janji bersulam harapan…motor itu tetap setia.
Mankisue dibawa semula pada kenangan silam…Masih teringat lagi seolah seperti baru semalam terasa....di atas motor tulah air mata rindu Mankisu mengalir… mengalir daripada jiwa yang dipasung rindu. Rindu yang terabai pilu dan kaku. Seolah baru semalam terasa.... Mankisue menangis bagai budak nak ais krem (tapi mak dia tak bagi sebab takut rosak gigi). Dia menangis pada setiap hari kerana dek penangan rindu yang tiada berpelabuhan. Dan pernah suatu ketika ketika bawak motor airmatanya menitis laju bersama air hujan…
" Demi allah aku akan balas dendam…"
" Sus-suh, suh-suuuuh ". Mankisue sekali lagi menghalau kucing kurap yang kembali galak melilit kakinya. Rupanya makanan yang diberinya sudah habis. Kucing itu masih terus menghampirinya, seolah mahu bermanja-manja. Mankisue geli, dia menolak kucing kurap itu ke tepi...menepis-nepisnya mengunakan kaki...
Jan: Sudah kurap lagi hina...?

No comments:

.