"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, March 5, 2010

Balik cuti pertama (2010)...


Saya tidak balik kampung pada hari Haya Haji lalu, saya beraya di Muadzam sahaja. Jadi selepas Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Cinalah baru saya balik ke kampung saya di Besut, Terengganu. Balik kampung gembira sebab dapat jumpa anak-anak saudara saya, pergi bandar Jerteh, berkaroeka, pergi pantai., kampung kita katakanlah...




Satu perubahan: Tepi rumah ayah tanan tebu, sebelah tu rumah jiran...

Saya tidak ada masalah pasal isteri tak nak ikut saya balik kampung atau bila balik kampung kita dia cetung mulut (juihkan mulut). Saya juga tidak ada masalah isteri nak balik cepat sebab tak selesa duduk di kampung saya, atau itu bukan kampung dia. Saya tak ada isteri... Kadang-kadang saya bersyukur juga (tak naklah bersedih sebab tak ada isteri). Kita sebagai hambanya kena bersyukur bukan saja atas apa yang ada, tetapi juga atas apa yang tiada...(unsur agama, he he he).





Bila balik kampung pastilah saya ke Pantai Bukit Keluang yang mengadap Laut China Selatan. Masa balik hari tu ombak besar sikit. Berhempas pulas ombak tersebut mahu menunjukan geloranya kepada saya. Namun saya tersenyum kecil, jauh benar hebatnya jika nak banding dengan gelora di hati Sukiman...(he he he, nak jugak).


Kelihatan anak saudara saya yang `darat', mandi kolam pun pakai baju...


Saya juga bawa anak-anak saudara ke resort yang berdekatan. Mandi kolam pulak. Mereka seharian menanyakan saya " bila kita nak gi mandi kolam". Terus saya buka dompet tengok duit sebab selepas mandi kolam tentu nak makan, saya pun selalu tak ada duit tunai (konon... he he he)


Huh! Saya tak mandi... Saya asyik main komputar sambil memerhatikan mereka mandi. Selepas mandi makan ramai-ramai... Gembira rasa...

Kalau datang Besut singgahlah rumah ayah saya. Boleh saya bawak pergi jalan-jalan kat pantai (kalau kebetulan saya ada). Kat pantai tu banyak cerita remuk hati saya...yang dah jadi sejarah pilu...(pulak dah).


Tak apa, ayah saya memang dah biasa sebab saya selalu bawak balik orang yang saya tak kenal ke rumah... he he he.

Jan: Semuanya pilu dan pahit tapi aku gagahi mengharunginya...

8 comments:

Eja said...

indah sggh kmpg laman awk..

sukiman said...

bila la awak nak sampai ke sana ya,,, di situlah tertumpahnya kasih saya di pasir pesisiran pantai...
bekas jejaknya dah hilang namun ingatannya kekal segar mekar...

Eja said...

dulu awk slalu cdg nk drive blk kg awk kn... dah berjaya lom. ke masih ada yg sudi menjemput blk ke kmpg mjelang cuti..

sukiman said...

masih tak berjaya, ada org marah...

Eja said...

org tu sayang ke awk...

sukiman said...

ayah saya kata kalau saya nak drive balik kg kena ada org teman di sebelah...

betul jugak, hari tu saya terpaksa berhenti sekejap bila nak balik muadzam bila g ktan. saya tak leh drive jauh,kdg2 sakit dada.

Eja said...

tu blom msk bab berangan smpi x ingat tgh memandu tu.... hasilnya tgn bersimen...

sukiman said...

he hehehe

.