Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, August 13, 2011

Lelaki tunjuk badan...

Saya berpendapat akibat daripada perubahan gaya hidup yang bermula dengan perubahan cara berfikir, menyebabkan semakin ramai orang lelaki terutama golongan muda suka menunjuk-nunjuk akan badan mereka. Maksud saya bentuk badan mereka yang menarik akibat daripada penjagaan yang rapi dan berdisiplin.

Kalau saya lihat dalam majalah, semakin ramai golongan muda semakin `berani' menonjolkan bentuk badan mereka. Tertanya-tanya saya, adakah mereka tak makan nasi? Tentu mereka menahan lapar kan? Jimatlah duit. Namun tentu untuk mendapatkan badan seperti itu perlukan duit juga. Malah khabarnya mereka berbelanja besar untuk mendapatkan susuk tubuh badan seperti itu. Untuk membeli alat senaman dan pil-pil kesihatan.

Saya tertanya juga adakah perempuan sekarang sudah mementingkan bentuk badan lelaki juga? Adakah perempuan sekarang sudah seperti lelaki yang suka menyoroti/menikmati bentuk badan perempuan?

Semalam selepas saya berbuka, saya masuk bilik tutup pintu rapat-rapat (takut mak tengok). Saya berdiri telus lutsinar di depan cermin panjang. Saya mahu melihat bentuk badan saya, perubahan bentuk badan saya akibat berpuasa. Saya lihat tak ada perubahan besar kecuali perut saya nampak semakin buncit dan bulat!.

Jan: Mungkin saya kurus sedikit tetapi perut tak nak mengecut, he he he.






Friday, August 12, 2011

Pertama kali tayar pancit...

Sebelum berbuka puasa, memang kawan saya ada sms beritahu yang tayar kereta saya pancit, tetapi pada masa tersebut saya tak gelabah. Saya berada di Ulu Yam selangor rumah adik, saya sms balik beritahu yang nanti saya akan tukar dengan tayar spare yang ada dalam bonet belakang kereta (ada ke bonet depan kereta).


Namun bila saya balik rumah di Kuantan dan lihat dengan mata kepala saya sendiri tayar saya pancit. Saya rasa tergaman dan terus rasa kekuatan untuk saya tempohi hidup ini lenyap. Saya sangat sedih dan tak tahu apa yang saya patut buat. Saya terkedu dan terduduk di kerusi batu (yang saya beli daripada lori yang menjaja di kawasan perumahan).


" Tayar spare di belakang ada angin tak?" Ayah saya tanya.


" Tak tahu" saya jawab.


" Ada jek tayar tak?" Ayah saya tanya lagi.


"Tak tahu" Saya jawab lagi.


Ayah saya beritahu kena selalu ada barang-barang tersebut dalam kereta. Kalau ada kecemasan senang. Saya baru teringat yang barang-barang tersebut saya tinggalkan di rumah sewa saya di Muadzam. Saya ambil dari kereta sebab ia menyemakan kereta saya. Dan dalam pada tu saya sangat susah hati, saya rasa saya berdosa sebab itu tuhan hukum.


Namun kesusahan hati saya tersebut reda bila ayah saya menguruskan segalanya. Kira kerja saya susah hati sajalah, he heeh. Namun saya tak dapat bayangkan jika pada masa tersebut ayah saya tidak ada...


Ayah saya pam tayar tersebut dan bawa kereta tersebut ke kedai dekat cabang jalan besar. Bila ayah saya balik dari kedai pomen, ayah saya beritahu tayar saya ada paku, terus saya tanya:
"Ayah tukar tiub dah?"
" Mana ada pakai tiup tayar ni" Jawab ayah saya.
Laaa, saya ingatkan macam motor saya dulu. Bila bocor boleh tukar tiub. He he he.
Jan: Susahnya ada kereta dan susah juga tak ada kereta...

Dan di sini kita terus berpesta...

Dan di sini kita terus berpesta di bulan puasa...

Saya pernah dengar pengakuan seorang tok siak di serambi surau yang dia tidak letih, lapar dan dahaga dalam bulan puasa sebab dia dah biasa berpuasa sunat. Terus terang saya katakan saya letih, lapar dan dahaga di bulan puasa. Minggu kedua saya semakin letih mungkin badan dah mendapat kesan daripada berpuasa. Bagi saya letih itulah perjuangannya. Perjuangan orang berpuasa.
Saya kelihatan segar dan cergas sebab saya `berlakon'. Saya diberitahu oleh kawan saya supaya jangan menampakan keletihan sebab itu menandakan kelemahan. Saya beli kata-kata beliau. Janganlah kerana letih, lapar dan dahaga kita terus lakonkan kelesuan tersebut.
Semasa darjah 3 dahulu ustad Othman beritahu saya, kalau kita lapar kita TAHAN, kalau kita dahaga kita TAHAN dan kita kena TAHAN diri juga daripada perkera yang membatalkan puasa. Maknanya puasa menahan diri. Tahan-tahan-tahankan diri.
Saya mula terlibat dengan aktiviti puasa bermula pada darjah 3. Saya hanya berpuasa sebanyak tiga hari sahaja. Dan semasa darjah 4 saya sudah mulai berjaya puasa penuh. Dan begitulah seterusnya hingga ke universiti barulah partten itu berubah. Sebab di universiti atas sebab-sebab tertentu saya ada meninggalkan puasa saya.
Semasa darjah tiga saya masih lagi tidak berjaya menahan lapar dan dahaga. Sebenarnya lapar dapat saya tahan tapi dahaga saya tidak tahan menahannya, saya minum air di paip, di sekolah, he he he. Pun begitu saya ada makan selamba di kantin bersama kawan-kawan saya. He he he. Namun sekarang saya dapati budak darjah satu pun sudah mula berpuasa, baguslah diterapkan daripada awal...supaya biasa menahan lapar dan dahaga...
Saya ada baca suratkhabar dan internate, ratus ribu orang mati kelaparan di Somalia. Beras yang dihantar berlori-lori ke kem-kem perkhemahan hanya tahan seminggu sahaja... Kesian kan. Katalah kalau satu kem ada 30 ribu orang, kadang-kadang dalam sehari sampai 300 orang meninggal dunia kerana kelaparan dan tiada ubatan untuk sembuhkan penyakit. Dasyatkan? Sebenarnya menurut laporan UN's Food and Agriculture Organisation (FAO) ada sebilion manusia kebuluran di seluruh dunia!.
Kita tak kebuluran, kita menahan lapar untuk seketika sahaja. Kita biasanya bukan menahan lapar berpanjangan, sebab bila pukul 7 lebih kita berbuka sakan. Kita makan banyak. Tetapi orang di Somalia `berpuasa' sepanjang masa. Maksud saya sampai malam dan hingga esoknya mereka menahan lapar sepanjang masa. Sedangkan di sini kita masih berpesta. Kueh mueh berlebihan. Kita lupa di sana mereka kelaparan hingga ada yang lupakan tuhan... (baca dengan nada sedih dan insaf...)
Jan: Saya ada juga baca, nabi buka puasa dengan sebiji buah kurma. Yang dibelah dua!

Wednesday, August 10, 2011

Masjid bukan playgraung




Ketika saya menemani kawan saya beli akhbar, saya diberitahu olehnya yang beliau sudah mengubah lokasi masjid solat tarawihnya. Sebelumnya, dia ada beritahu suasana sangat bising, hingar bingar dan menganggu dia nak beribadat. Terutama di surau, suasana sangat keriangan dengan budak-budak seolah playgraung (taman permainan kanak-kanak).

Saya juga mengalami masalah yang sama, tetapi malas nak cerita kat blog nanti ada pulak kata saya nak menunjuk islamik. Atau terus saya dituduh tak faham sebab tak ada anak... Tapi oleh kerana kawan saya dah menimbulkan isu ini. Saya terus buat posting ini.

Kepada saya sebenarnya bukan sahaja masa solat tarawih tetapi juga masa solat tak bertarawih. Maksud saya juga pada hari jumaat dan hari kebiasaan. Waktu mayang jumaat dan tarawih mungkin waktu perdana keaktifannya.

Saya puji berganda (kuasa lima berserta isipadu) usaha mereka nak terapkan kecintaan kasih sayang pada masjid dari awal lagi (dalam diri jiwa anak-anak), namun perbuatan setakat bawa dan tiada pengawasan akan menimbulkan masalah kepada jemaah lain.

Mereka biasanya duduk yoyar-yoyar kat belakang. Bermain dengan rakan sebaya, menjerit, bergaduh dan ada yang menangis. Ada yang duduk di sebelah ayahnya sambil-sambil sembahyang, main poket ayahnya. Atau cuit sana-cuit sini. Dan kalau kita tak bernasib baik, mereka buat larian 100 meter di depan kita yang ala-ala fokus berzikir. Sebab itulah ada yang mengubah lokasi dan ada yang buat solo je di rumah.

Ada kawan saya berpendapat kalau tak reti nak ajar anak duduk diam, lebih baik budak-budak ni diajar sembahyang di rumah jealah. Kalau nak bawak jugak bawalah yang sudah mampu berdikari dan tak memerlukan pengawasan yang rapi.

Saya juga bersetuju namun untuk menghalang terus budak-budak ke masjid adalah suatu yang tidak harus dilakukan oleh kita...dulu nabi juga sembayang sambil di`ganggu' oleh cucu-cucunya tapi nabi cool jea. Tak ada nak marah-marah atau bagi penampar.

Dan kalau kita tidak jinak kan anak-anak dari kecil ke masjid, tentu mereka jauh dari masjid. Bila jauh dari masjid dekat dengan kalabulalami (kelab malam)? atau dekat jalan raya (nak merempit). duduk melonggok kat wakaf atau tempat hentian bas? Sapa nak jawab?

Pun begitu saya rasa nak cubit-cubit je budak-budak tu...

Jan: he he he.

seksibani.blogspot.com

Ramadhan ini saya tidak banyak menulis, saya banyak berangan (berangan jenis keagamaan) dan membaca blog kawan-kawan (yang ada di antaranya saya tak kenal pun). Tabik spring saya terhadap blog-blog yang tak henti-henti menulis. Tidak berhenti berkongsi cerita...
Sekarang boleh dikatakan setiap orang ada blog. Ramai sebenarnya boleh menulis. Masing-masing ada daya penariknya yang membezakan antara satu sama lain. Antara blog yang saya selalu singgah untuk tahu isu terkini ialah blog http://seksibani.blogspot.com/
Blog seksibani ini agak berlainan sikit daripada ribuan atau jutaan blog di muka bumi ini. Blog ini pada pendapat saya blog jenis tema berat sikit, namu tema berat itu ada sinis jenaka ringannya. Penulisannya nampak simple tetapi ada benda atau isi yang `tersirat' di dalamnya.
Penulisannya santai tetapi perlu dikupas dengan matang oleh minda kita sebab selalunya ada `sebaliknya' di sebaliknya....bukan sekadar baca. Kalau kita perhatikan, ada posting-posting yang penulis nak beritahu kita selain daripada paparan cerita tersebut.
Saya rasa blog ini temanya agak kritis dari segi pemikiran. Ia bukan blog remaja yang nak cari glamour atau jenis blog nak `market'kan diri supaya orang minat kat kita. Blog ini juga bukan blog dairi diri macam blog saya (yang macam `rojak', he he he).
Di blog ini tak ada tag `kami dah kahwin 2 tahun, 3 bulan, 4 hari dan dua saat", juga tak ada gambar buat peace dengan tangan, tak ada gambar karpet dan pokok (blog saya la tu, he he he), tak ada gambar anak atau suami/isteri. Blognya macam rencana minda gitu.
Saya pun tidak tahu siapa penulis misteri ini sebab blognya tak ada biodata lengkap. Saya buka blog ini selepas saya buka blog sahabat maya saya di blog http://adieachim.blogspot.com/
Namun apa yang penting penulisan beliau menggerakan minda saya. Saya harap suatu hari sebelum saya meninggalkan alam blog, saya mampu menulis dan berkritis seperti penulis blog ini.
Jan: Selamat menyambut ramadhan untuk seksibani.

Pemahaman dan ketidakfahaman kita...



Mak saya beritahu pada bulan ramadhan, syaitan-syaitan dikurung oleh tuhan di suatu tempat, maknanya kalau kita buat jahat juga, itu adalah kita yang sebenar yang gagal berbuat baik. Pendek kata mak saya percaya tuhan kurung syaitan-syaitan tersebut secara `fizikali'.
Saya? Saya mempunyai kefahaman berlainan (berbanding dengan mak saya), saya melihat syaitan-syaitan dibelenggu/dikurung dalam bentuk majaz (kiasan/simbolisme). Saya percaya syaitan terbelenggu dan terikat bagi orang yang benar-benar berpuasa dan menjaga adab dan syarat-syaratnya sahaja. Maksud saya bukan semata puasa perut tetapi juga telinga, mulut dan mata, dan segalanya. Contohnya, bukannya sekadar puasa tetapi masih galak menikmati batang tubuh remaja yang montok, gebu dan mengundang (mengundang rasa ghairah).
Namun saya tidak boleh menulis banyak pasal agama sebab pengetahuan saya sangat cetek dan biasa-biasa sahaja. Pembelajaran agama saya daripada aktiviti membaca, melihat jawapan orang yang ada kelulusan agama dalam bidangnya dan melalui forum agama di TV. Namun saya tahu ada ustad yang mengikuti blog saya, saya percaya beliau akan membetulkan jika pandangan saya salah sama sekali.
Saya suka membaca soal jawab agama, terutama mengenai pandangan yang berlainan. Bukan setakat hukum hakam sahaja. Namun saya selalu rasa takut, saya khuatir saya berfikir hanya menggunakan logik akal. Namun kaedah logik akal juga penting untuk kita tahu terutama apabila berhadapan dengan budak-budak yang tanya pasal agama, atau orang yang baru peluk agama islam.
Syaitan akan dibelenggu mungkin juga bermaksud, kekalahan atau keletihan syaitan tersebut (give-up) dan berjayanya kita terhindar daripada kejahatan dan hasutan mereka. Syaitan itu menjadi lemah untuk melakukan tipu daya/ tipu muslihat dan seangkatan dengannya. Hanya tuhan yang tahu.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah SAW bersabda,
" Apabila telah masuk bulan ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jan: Ada juga syaitan dari kalangan manusia...he he he.

Tuesday, August 9, 2011

Duit raya, baju mak dan salah kita

Contoh shopping kompleks yang digemari





Semalam sedang saya makan kek yang adik saya buat, saya terdengar berita yang pesara akan dapat duit raya RM500 seorang. Ini tentu mengembirakan mak saya. Sudah dua tiga hari dia sebut Najib (PM kita) akan beri duit raya. Saya berseloroh, bangkraplah negara kalau beri banyak, kalau sikit tak apa. Apa-apa pun kita kena syukur.



Sekarang tugas saya ialah menjauhkan emak saya dari kedai kain. Dengan duit RM500 tersebut mungkin mak saya masih nak beli kain pasang untuk dibuat baju raya. Mak saya ni selain dari hobi suka ambil tahu hal kisah rumahtangga orang (sama macam hobii saya), mak saya juga suka beli kain pasang.


Sebenarnya sebelum ramadhan saya dah beli 3 pasang kain untuk dibuat baju raya. Ada yang RM150 lebih sepasang.Tapi minggu lepas saya terkejut bila mak saya datang untuk berpuasa dengan saya, mak saya siap pakai baju yang kainnya saya beli! Baju raya dah jadi baju ramadhan. Pulak dah!



Tetapi posting ini bukan pasal baju ramadhan, ia pasal duit raya RM500 tersebut. Katanya penjawat awan akan dapat setengah gaji sebagai duit raya. Kalau nak kira memang la tak cukup untuk beraya tetapi tujuan pemberian tersebut khabarnya untuk meringankan perbelanjaan raya rakyat.


Saya rasa kita patut bersyukur sebab bolehlah beli sekor dua ayam dan buat nasi minyak. Kalau tak cukup tu kira salah kita juga kan sebab tak menabung daripada awal tahun...he he he.



Jan: Mengaku salah...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home