Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 11, 2009

Kerinduan - Sheila Majid


Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jika ku mencinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku
Semua terwujud, saat kau singgah
Panasi cinta, untuk setia merindu
(Korus)
Kerinduan tak akan menghilang
Kan selalu ku rasa
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan, apa yang ku pinta
Kau mengingatku dalam cinta
Temaniku dalam…Setia (jalani hidup ini)

Aku tak pernah mengharapkan
Cinta lain datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku
Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau suluhkan api cinta diriku
(Ulang korus)

Jan:... aku tak pernah mengharapkan cinta lain datang membelaiku...

Friday, May 8, 2009

Abang Sri Siantan...


Walaikumusalam,

Terlebih dahulu Abang Sri Siantan amat bersimpati terhadap kebodohan yang adik alami. Apabila meneliti surat rintihan rasa adik, Abang teringat kata-kata daripada salah seorang kawan Abang ``apabila kita mula menyayangi seseorang mulalah kita kelihatan bodoh dan bangang ’’. Dan dia menambah lagi `` kebodohan tu sangat halus jarumnya, kita memang tidak akan menyedarinya. Orang lain je yang dapat lihat, he he he ’’.

CINTAILAH ORANG YANG LAYAK ORANG YANG BETUL
Berpandukan masalah Adik, pertamanya Abang mahu nasihatkan adik supaya selalulah memberikan kasih sayang kepada orang yang betul, yang layak. Maksudnya orang yang betul di sini bukannya orang yang tak gila tetapi orang betul-betul layak untuk kita sayangi. Dan rukun keduanya perhatikan cara dia menyanyangi kita, adakah dengan cara yang betul. Contohnya kalau dia rela tinggal mak bapaknya kerana kita, tu dah kira cinta bangang. Ketiga kenalah juga sedar kenapa dia menyanyangi kita. Adakah kerana `love or mani?'.

Perhubungan yang sihat, berkekalan dan suci bukannya senang untuk diwujudkan. Zaman sekarang susah hendak mencari gadis/pemuda yang tak galok. Bercinta bukan untuk huha-huha je, ke sana ke mari dok usung pasangan, tetapi ia melibatkan perasaan dan tindakan menjaga diri yang suci dan halus. Jika tidak betul adunannya dan bahan-bahannya jangan haraplah hubungan itu menjadi kek kebahagian yang enak.

BANGANG, BODOH, EGO!

Berbalik kepada masalah adik tersebut Abang rasa adik seperti juga lelaki lain yang bebal dan tak mahu menerima kenyataan, tidak cuba memahami erti kehidupan. Ego dan tak sedar diri, tak ingat mak bapak dan adik beradik di kampong yang bersusun paku.

Asas perhubungan secara semulajadi adalah mudah, kesetiaan dan saling percayai mempercayai. Sebagai lelaki muda abang tidak fikir adik menghadapi kesukaran untuk mencari ganti. Abang berpendapat zaman lelaki terhegeh-hegeh dah lama berlalu, biarlah Brat Pit saja yang mengikut Angelina Jolie ke sana ke sini...sambil mendukung anak...(tetapi berbaloi kot...no komen).

Namun situasi adik berlainan, adik pulak yang macam ayam berak kapur. Sebagai pemuda lanjut usia Abang rasa terhina kerana adik seolah dipermainkan dan tidak dapat menerima hakikat yang adik bukanlah pilihannya yang tiada galang ganti. Adik gagal menerima konsep kos lepas. Kalau dia sayangkan adik tentulah dia pilih adik kan, bukannya pemuda lain? (tak juga sebenarnya, he he he).

SITUASI BANGANG...
Bagaimana kita boleh sayang kepada seorang yang masih dalam dua iaitu sayang ke kita atau tidak? Tidakkah bangang situasi ini. Dan abang tahu lewat angin malam adik berdoa senyap-senyap kepada tuhan agar dia tinggalkan pemuda pilihannya itu dan berlari-lari anak menuju kepada adik (dilatari dengan lagu hindustan Mohabathain atau Titanic- My heart will go ong gitu). Dan menitislah air mata adik di malam sunyi KERANA seorang perempuan yang TIDAK sayangi diri adik... Huh!

Kalau beginilah jadinya maknanya sah dia tidak ada kasih sayang yang kukuh kepada kita. Dan apabila jadi pasangan nanti tidak mustahil akan pasangan yang jtak bersyukur dan berselingkoh (dan pada masa tersebut barulah kita tahu betapa panasnya tilam yang kita kongsi dengan pasangan kita, seolah ada bara di bawahnya. Padahal kepada pasangan yang bahagia katil tersebut seperti syurga kecil di dunia).

Memanglah kita bukan sahaja rasa sakit hati, marah dan geram, rasa terhina dan tidak adil apabila dipermainkan... Kalau tahap bodoh kita taraf mega, masa inilah kita akan salahkan dunia! Alahai...

BUKAN SEMUA ORANG LAYAK...
Abang Sri Siantan berpendapat bukan semua orang mampu menerima dan memberi cinta, kasih dan sayang. Bukan semua orang mampu dan layak walaupun semua orang mahu menerimanya, memberinya (mahu sangat-sangat sehingga kadang-kadang abang naik meluat melihatnya, berbulu, bercampur jelous? He he he.)

Tanda cinta, kasih dan sayang kita tidak betul adalah apabila kita terpaksa menipu orang di sekeliling kita, terutama orang yang sayang kepada kita. Kita juga akhirnya menyusahkan orang, kita heret keluarga kita pergi jumpa bomoh kerana kononnya kita terkena buatan orang (sedangkan kita biar perasaan iblis merasuk dalam hati kita, kita kalah dengan perasaan hati). Memanglah putus cinta amat memedihkan, kesakitannya berkali ganda daripada bersunat…. Kita je rindukan dia sangat-sangat, terkenang terbayang tetapi dia buat selamba sahaja (ini hukuman sebenarnya,tapi kita tak sedar! he he he).

Jangan kata Abang Sri Siantan tidak memahami situasai adik, jangan kata Abang tak ada pengalaman. Daripada pengalaman dan pengamatan Abang perkara sebegini tidak semua orang boleh laluinya dengan betul dan tenang. Abang telah melihat ke dalam diri Abang dan juga kawan-kawan Abang yang merana sekejap dek putus cinta. Sesetengahnya macam ayam berak kapur atau seperti terkeluar daripada AF.

MALAS NAK BERMANIS KATA
Ruangan kelolaan Abang ini banyak dihujani dengan surat-surat daripada insan yang putus cinta, insan yang tak ada orang nak ke dia, insan yang dicurangi dan sewaktu dengannya. Abang tiada ubat khusus untuk diberikan kepada mereka setakap nasihat streoatype seperti ``bersabarlah nanti tuhan akan beri yang lebih baik (kononnya, he he he)’’. Sebenarnya nasihat begitu pada waktu kita tengah betul-betul merana tidak dipakai ketika ini. Abang pun dulu masa terkena rasa nak tampar je kalau orang beri nasihat sebegitu, he he he…

ADA UBATNYA!
Setiap penyakit ada ubatnya. Abang percaya ubatnya adalah penampar 2 kali. Tampar pertama akan membuatkan si merana tersebut tertanya-tanya kenapa?. Iaitu kenapa pula dia di tampar patutnya dikasihani. Dan sebaik sahaja dia tanya `kenapa? Seseorang itu (penampar tadi) akan tampar kali kedua dan selepas itu menerangkan kepada si merana kenapa tamparan tu patut sangat patut dihadiahkan, dan kenapa ianya sangat berbaloi. Tetapi siapa yang nak tampar orang yang sedang putus cinta? Nanti dilawannya balik… Silap-silap kena bunuh, Hu hu hu...

MINTA SUSU PADA AYAM?

Ramai orang menyanyangi orang yang salah sebab dia percaya orang yang dia salah sayangi itu sayangkannya…. Ada manusia cenderung untuk pergi ke tempat di mana mereka sebenarnya tidak diterima, tak diperlukan, hu hu hu (Tapi cepat-cepatlah adik sedar diri dan memperbaikinya. Jangan jadi bebal. Bangkit! Pandang dunia yang luas! Huh!).

Nasihat Abang, jangan selalu pentingkan diri dan perasaan hati sahaja. Gunalah otak tersebut sebaik mungkin (bimbang tuhan tarik balik sebab bila beri pun tak digunakan dengan betul...he he he). Ingatlah mak bapak dan adik-adik yang berriok di kampung halaman. Abang nasihatkan adik ambillah pengajaran atas apa yang berlaku, Pelajaran penting tersebut terpaksa kita belajar daripada kehidupan. Dan orang yang membiarkan sahaja setiap peristiwa berlalu dalam hidupnya tanpa analisa dan analiss adalah orang yang tertinggal.
Adik bukannya tak ada rupa, tak ada pelajaran atau tak ada gaya! Perempuan kini berlambak-lambak. Kita boleh jumpa di mana-mana (walaupun di tepi jalan!). Pagi petang siang malam ada. Bukan seperti tahun 1940 dulu di mana kaum lelaki terpaksa panjat dinding atau skodeng semata-mata nak tengok betis perempuan (zaman sekarang nak tengok semuanya pun dapat!). Malahan... zaman sekarang kumbang lebih bernilai dan dikejari bunga-bungaan (hal ini rasanya semua orang dah tahu kan).

Walaupun begitu berhati-hati sebab bukan semua bunga harum. Ada yang macam tahi ayam baunya. Abang percaya adik akan dapat pengganti yang lebih seksi dan beriman (tolong jangan rasa nak tampar abang, he he he).

MINTA MAAF (PULAK DAH)
Akhir kata Abang minta maaf banyak-banyak jika penulisan abang ni ada terkasar bahasa. Kak Sri Siantan deman campak (atau kot-kot selsema babi?), so buat sementara waktu abanglah terpaksa kelolei dan menjawab surat-surat di ruangan ini.

Abang ucapkan selamat hidup sengsara buat sementara waktu, dan insyallah lepas tu lama-lama adik sedarlah tu. Dan adik akan buat lagi dan lagi dan bebal dan bebal lagi. Dan lagi…he he he Tahniah!

Jankaulu: 7 kali meraung...!

Selamat datang...

Dulu semasa saya injak kaki di Muadzam, saya lebih banyak menyendiri dan lebih akrab dengan alam berbanding dengan manusia. Sesekali terserempak juga dengan babi dan anjing di tepi jalan, menegaskan lagi tema kehidupan di Muadazam adalah bukan metropolitan.
Kehadiran teman sejenis iaitu Ja, memeriahkan suasana hidup saya. Adalah berteman ke sana ke sini sokmo. Ada je rancangan nak ke Kuantan pada hujung minggu....( sebelum ja berpunya dan mempunyai), kehadiran Fuzah lebih lagi memeriahkan suasana dengan kevokalannya tersebut. Fuzah suka masak, jangan tak tau supnya hingga menjilat tulang!
Rasa gembira di dalam hati, walaupun kami bukan selalu bersama dan bertemu 24 jam tetapi hati rasa lega bila melihat muka mereka, muka orang yang kita kenal.
Dan jika tiada aral melintang liuk beberapa kawan lain lagi akan menyusul nanti. Biarlah saya orang pertama mengucapkan selamat datang.
Perubahan tetap berlaku, tiada yang kekal hidup di dunia ini. Semoga kawan-kawan dapat menyesuaikan diri. Tidak sukar rasanya kerana di sini suadah ada beberapa orang kawan yang boleh memberi pandangan dengan galaknya jika diperlukan.
Jankaulu: Yang mana lebih menyakitkan? ditinggalkan atau meninggalkan?

Fitnah merata-rata...

Bila cuti seminggu, bila balik buka email, banyak yang mesti dibaca, didelete...


Kebanyakan email yang saya terima tidaklah penting sangat banyak cerita pasal keburukan peribadi ahli politik, cerita-cerita agama yang diekploitasikan berlebihan dengan pandangan yang cetek dan sedap hati je depa letak hukum, dan gambar-gambar atau cerita berbau seks (yang ni best jugak baca atau tengok...he he he malas nak hipokrit).


Khabarnya, di akhir zaman ni banyak fitnah dan sebaran keburukan orang merata-rata. Saya pun hairan melihat sikap teman-teman saya yang mengesend sahaja apa yang mereka terima tanpa mengambil kira adakah itu fitnah atau kita sebenarnya dah jadi tukang sebar keburukan orang.


Pada hemat saya setiap orang kalu kita gali-gali-gali kita jumpa juga `karat-karat' dalam hidupnya kan? alah macam kita sendiri la ya...he he he.


Pada pendapat saya, kalau kita tak pasti...tak payahlah serbarkannya kalau hanya semata kerana pegangan politik atau agama kita. Benar ke tidak perkara tu?, hadis sahih ke tak sahih ke ni?, kita send je akibat kata-kata yang sedap didengar dan logik. Tulah orang yang tak ada ilmu 24 jam akan buat salah kan...? Orang yang macam kita ni yang malas membaca dan tak tengok berita mampu ke nak menganalisa, analisis? he he he.


Jan: kudelete, kudelete, kudelete...

Wednesday, May 6, 2009

Grill oh grill

Akhir-akhir ini persoalan grill rumah menjadi isu nasional kepada otak saya. Perangai manusia yang tidak elok menambahkan kos dalam hidup kita... Mungkin kerana saya tiada duit maka saya berfikiran begitu, atau memang pemikiran saya itu boleh diambil kira...?
Tujuan saya buat grill demi keselamatan sahaja, bukan nak cantik atau nak menunjuk-nunjuk. Saya rasa ramai yang buat grill rumah mereka demi keselamatan (walapun hakikatnya taklah selamat mana kan? hehehe. kalau dia nak masuk boleh je...). Dan yang ada duit lebih sedikit akan buat yang elok dan cantik, sehinggalah mencuri tumpuan orang apabila melihatnya...
Saya berhajat nak buat yang simple-simple sahaja, sebab tak ada duit lebih. Walaupun simple harap dapatlah buat yang agak kukuh... Kalau ada duit pun grill kenalah sama dengan standard rumah, jangan nanti orang kata `mahal tali pada beruk'...
Masyarakat kita ada yang terdiri daripada pencuri, perompak dan perogol. Dan dalam isu ini jangan pula menunding kepada warga asing, warga kita pun 2 kali 5 sahaja. Demi keselamatan kita perlu grill. Dan harga grill bukannya seribu dua kan...?
Itulah yang saya maksudkan iaitu sikap manusia yang tak elok/jahat menambahkan kos kepada kita. Tak semena-mena kita kena pasang grill... Padahal duit seribu dua tu boleh kita beli keperluan lain untuk naik rumah kan?
Jankaulu: Hatiku ini telah lama ku grillkan...

Sunday, May 3, 2009

Peningkatan pemikiran...

Pernah tak tertanya-tanya adakah kita ni seorang yang matang dalam membuat keputusan? Atau pernah tak membayangkan kononya tahun demi tahun kita ni bertambah matang dalam hidup, bertambah matang dalam pemikiran dan perbuatan? atau tak kisah langsung?
Saya rasa umur saya meningkat tidak selari dengan pemikiran saya. Maksud saya umur saya tetap meningkat cuma kadang-kadang peningkatan pemikiran tidak selari dengan peningkatan umur. Saya rasa pemikiran saya masih terlalu rendah. Tahun depan umur dah 40 tahun tetapi pemikiran masih lagi tidak matang...
Tetapi matang tu juga satu konsep yang subjektif. Saya kira saya tidak matang bila saya lakukan sesuatu keputusan tetapi akhirnya saya menyesal. Contohnya? He he he, malu nak tulis tetapi saya ambil contoh yang berlaku pada tahun 2001 dahulu. Huh dah lama... Saya ada menyepak seorang insan yang tidak sayang kat saya, he he he. Kini saya menyesal sebab bila orang tak sayang kat kita, kita tak boleh paksa, kita berlalulah senyap-senyap selepas tengok kiri kanan kan, he he he.
Saya tidak matang pada masa tersebut, tetapi mengambil masa yang lama juga untuk mengetahuinya dan lebih lama lagi untuk mengaku, he he he. Dan tentulah ada perkara yang kita buat pada masa ini lama-kelamaannya barulah ia mengambarkan sama ada kita matang atau tidak. Tok gitu?
Biasanya yang tak matang ni kita juruskan kepada para remaja. Sedap benar kita yang berumur lebih sedikit ni menjuehkan bibir mencemuh kata mereka tak matang, tindakan tak fikir panjang dan berbagai lagi. Kita lupa yang umur kita meningkat tak semestinya kita automatik jadi matang, he he he, kita lupa!
Kita tak sedar yang kita tidak matang, kita juga bertambah usia je tetapi pemikiran ditakuk lama, jumud tak terbuka. Kadang-kadang mewarisi pemikiran moyang kita, he he he. Contoh tak matang kita ialah kita terlalu sangat melihat kebendaan ataupun luaran. Kita dah buta untuk melihat akal budi insan, sifatamanah dan sifat kebijaksanaan orang. Bila orang lebih sedikit kita kata nak menunjuk. Bila orang kurang kita pula tukang merendahkan orang tersebut...
Bila kita tidak matang kita tidak ada pemikiran yang elok. Kita mudah mengikut atau pun senang dipengaruhi. Kita tidak ada pendapat kita sendiri dalam sesuatu hal. Bila majoriti kata begitu kita pun mengikutinya membuta tuli...he he he. Kita tidak bebas.
Kalaulah kematangan tu ada dijual di kedai-kedai, ramailah orang miskin yang akan jadi bodoh kan? Yalah tentu kematangan itu dibungkus dengan cantik, mungkin kotaknya ada reben lagi. Dijual pun di gedung terkemuka. Orang kaya saja yang boleh beli...he he he.
Jankaulu: Bila la aku nak matang?

Berbudi pada tanah...








Jankaulu: Berbudi pada manusia...? (no komen, hehehe)


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home