Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 4, 2026

Sharifah Aini & Too Phat: Kolaborasi Mendahului Zaman

Setahu saya, termasuk album kompilasi, Kak Pah ada lebih dari 10 buah album inggeris. Termasuk juga dengan album yang belaiu muncul untuk album orang lain. Contohnya ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Sharifah Aini pernah berduet dengan kumpulan hip-hop Too Phat.

Kolaborasi mereka menerusi lagu "You" dimuatkan dalam album kedua Too Phat, Plan B yang diterbitkan pada tahun 2001.

Lagu ini menggabungkan rap berbahasa Inggeris oleh Malique dan Joe Flizzow dengan alunan vokal Datuk Sharifah Aini yang lunak, penuh emosi dan puitis pada bahagian korus. Hasilnya ialah sebuah karya yang unik, segar dan melangkaui kebiasaan muzik Malaysia pada ketika itu. Malah mereka pernah membuat persembahan bersama menyampaikan lagu ini. dengan mendapat tepukan yang gemuruh (saya tengok dalam tv).

Sehingga hari ini, "You" masih dianggap sebagai antara kolaborasi rentas genre yang menggabungkan hip-hop dan pop klasik yang paling ikonik serta mendahului zamannya dalam sejarah muzik tempatan.

Ia membuktikan bahawa muzik yang baik tidak mengenal sempadan genre, asalkan ada keberanian untuk bereksperimen dan saling menghormati seni masing-masing. Ini juga membuktikan Kak Pah sporting jea...biduanita yang relevan melalui masa, masa yang penuh perubahan cabang muzik. 











No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home