Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 4, 2026

Anda takut beli rumah?


Keratan dari media

Mudahnya saya membuat keputusan membeli rumah: Masa muda


SEMASA muda dahulu, saya rasa membuat keputusan jauh lebih mudah. Tak ambil masa lama, tak fikir panjang, dan terus terang, ketika itu saya lebih banyak memikirkan diri sendiri. Kalau rasa betul, terus buat. Kalau rasa mampu, terus jalan.

Bila usia semakin meningkat, rupanya cara berfikir pun berubah. Sekarang, setiap keputusan datang bersama seribu pertimbangan itu ini serba maknika. Saya mula memikirkan keluarga, anak-anak, orang di sekeliling, malah kesan keputusan itu untuk beberapa tahun akan datang. Mungkin itulah lumrah kehidupan. Umur bertambah, pengalaman pun bertambah, begitu juga kerisauan...bertambah

Saya masih ingat ketika membeli rumah Teratak Manggis II di Kuantan. Kelakarnya, keputusan membeli rumah itu dibuat ketika saya sedang berjalan-jalan di Kuantan Parade dengan Adnan. Orang lain membeli baju, saya membeli baju dan rumah. Lagi pun jurujual itu mesra sangat.Kurus, tinggi lampai dan terbentuk. Terus saya bayar deposit. 

Saya tidak membuat kajian pasaran. Tidak membaca panduan membeli rumah. Tidak menonton video "10 Kesilapan Membeli Rumah" di media sosial. Saya cuma berfikir satu perkara, saya mampu, dan rumah itu murah, dan saya perlukan sebuah rumah di Kuantan. Sekurang-kurangnya kalau pergi menonton wayang, tak perlulah tergesa-gesa memandu pulang ke Muadzam Shah pada waktu malam.

Itu sahaja logiknya. Mudah. Ringkas. Tak ada pertimbangan besar dan kajian separa penggal tahun pembangunan Malaysia.

Hakikatnya, ketika itu saya langsung tidak tahu selok-belok membeli rumah. Saya cuma percaya membeli aset lebih baik daripada melihat duit habis sedikit demi sedikit. Duit ini pelik. Kalau disimpan dalam dompet, dia suka mencari jalan keluar. Sekejap makan, sekejap kopi, sekejap beli barang yang kita sendiri tak ingat kenapa beli. Akhirnya duit mengalir macam air paip yang terlupa ditutup. SK II lagi.

Kini anak saya saudara saya pula sudah membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur. Katanya rumah itu kecil sahaja. Saya tidak kisah besar atau kecil. Yang penting, dia sudah berani membuat satu keputusan yang saya rasa baik.

Betul atau tidak? Siapa yang tahu? Semua orang boleh memberi pendapat.

Kadang-kadang keputusan yang nampak bijak hari ini belum tentu memberikan hasil yang baik. nanmpak tak bijak 15 tahun kemudia. Dan keputusan yang orang kata kurang bijak pula boleh menjadi keputusan terbaik dalam hidup. Masa selalunya menjadi hakim yang paling adil. tengok bini kita, dulu lawa sekarang kelawar (baju).

Lagipun, ini cerita beli rumah.

Semakin berusia, saya juga belajar satu perkara. Kita tidak boleh hidup semata-mata mengikut apa jiran buat atau apa masyarakat anggap sebagai satu-satunya jalan yang betul. Ada orang bahagia tinggal di rumah besar. Ada yang cukup bahagia di rumah sederhana. Ada yang suka hidup di bandar, ada yang tenang di kampung.

Hidup ini sebenarnya tidak mempunyai satu sifir yang boleh dipakai oleh semua orang.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari formula kehidupan, sedangkan kehidupan sendiri tidak pernah berjanji akan mengikut formula.

Yang penting, buat keputusan dengan sebaik mungkin berdasarkan keadaan kita. Selepas itu, jalani hidup dengan reda, belajar daripada setiap pengalaman, dan teruskan melangkah.

Kerana akhirnya, hidup ini bukan tentang siapa yang paling banyak merancang, tetapi siapa yang paling tabah meneruskan perjalanan apabila rancangan tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Tapi itulah, semakin berusia dan banyak maklumat semakin payah nak buat keputusan hidup...Gituew.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home