Sepanjang hidup saya yang sudah melebihi 50
tahun, saya dapati banyak perkara pelik biasanya terjadi apabila ia berkaitan
dengan hati.
Semakin kita dewasa, walaupun kita mahu hidup
tenang tenang sahaja, peperangan antara otak dan hati rupanya tidak akan pernah
tamat. Ia berterusan.
Kadang kadang kita fikir kita sudah faham diri
sendiri. Sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut ditinggalkan.
Tetapi apabila hati mula bersuara, semua yang kita fikirkan tadi boleh berubah.
Hati ini pelik. Ia tidak semestinya mahu mengikut apa yang otak kata.
Saya tahu ada banyak cerita orang yang mereka
mahu bawa sampai mati.
Bukan kerana tidak mahu bercerita, tetapi
kerana malu. Atau mungkin mereka bimbang, kalau cerita itu diluahkan, ada insan
yang mereka sayangi akan terluka..
Ada perkara yang lebih mudah disimpan daripada
diluahkan.
Dunia ini pelik, tetapi dalam banyak perkara hanya
hati yang memahami. Otak pula hanya mahu sesuatu yang rasional. Mungkin sebab
ia berada di atas. Terletak lebih tinggi daripada hati. Jadi otak selalu rasa
dia lebih tahu.
Entahlah. Mungkin hati memang begitu. Ia boleh
tahu seseorang itu sudah pergi, tetapi masih menyimpan sedikit ruang untuk dia
kembali..
Mungkin sebab itu kot ada pepatah, mengharap
bulan jatuh ke riba.
Gituew.
No comments:
Post a Comment