"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 22, 2018

Ramadhan terakhir saya...


3 Ramadhan 2018

" Kematian bukanlah kerugian terbesar dalam sebuah kehidupan. Kerugian yang paling teruk adalah apabila kita sudah mati  semasa kita hidup". 


"Bilakah jalan ni nak siap?"

                 Setiap hujung minggu saya akan bermyvi Kuantan untuk berehat di rumah saya. suasan arumah sendiri menenangkan fikiran. Saya boleh bercakap seorang diri sambil menyiran pokok, baca buku-buku dan masak.  Kalau rajij. Dan kadang-kadang saya meremajakan diri di bandar Kuantan. Ini antara rutin hujung minggu saya.

            Namun minggu ini saya bermyvi  ke rumah kakak Kuantan. Kakak saya beritahu Amar (anak sedara saya) sudah bertanya kenapa saya tidak datang? Kenapa lama tidak datang? 

             Biasanya sekali sekala saya akan ke rumah kakak bawa Amar jalan-jalan ke bandar Kuantan. Dulu saya bawa abangnya Amar, Azlan. Kini Azlan sudah remaja dan belajar di university. Dia sudah ada dunia tersendiri. Saya sudah menjadi sampingan. He he he.

          hari ini saya ambil cuti setengahari. Saya tiada kuliah. Jadi selepas tengahari saya bersama Sisijay terus menuju Kuantan. 

         Sekarang lebuh raya Tun Abdul Razak sedang giat dibaiki. Rasanya sudah masuk tahun ke tiga. Sudah lama rupanya. Saya dapati beberapa jalan di sepanjang perjalanan yang hampir 100 kilometer itu ditutup untuk dijadikan satu laluan sahaja. 

           Dan ada beberapa jalan memang kereta harus diperlahankan. Dan ada juga pada beberapa jalan kereta harus berhenti terus untuk memberi laluan kepada kereta di sebelahnya. 

             Saya tidak menyangka hari ini merupakan hari yang mencemaskan semenjak saya bermyvi. selama 9 tahun bermyvi, hari inilah hari yang paling menakutkan.

Saya berkereta seperti biasa, sehinggalah sampai di suatu jalan, saya harus perlahankan kereta kerana pemandu kereta di hadapan saya, juga sedang memperlahankan keretanya. Saya dapati, pemandu kereta di belakang saya juga memperlahankan keretanya. Dan sampai satu masa, kereta kami semua berhenti di jalan tersebut untuk memberi laluan kepada kereta dari arah hadapan.

Saya memandang ke hadapan menunggu kereta yang akan menggunakan laluan sehala tersebut. Sekoyang-koyang saya nampak sebuah kereta Myvi hijau gelap dari arah hadapan dengan lalu berpusing-pusing, seolah tidak dapat dikawal. Kereta itu laju dan menuju ke arah kereta saya. 

Saya tidak dapat buat apa kerana di hadapan saya ada kereta dan di belakang saya ada kereta. saya tidak dapat lari. 

“Matilah aku kali ni” Itulah yang ada di minda saya dan dalam keadaan berdebar-debar itu saya teringatkan Amar. Tidak berjumpalah saya dengannya kerena saya mati pada hari ini.

Dan saya lihat kereta itu kini terus meluru laju ke arah saya. Dalam jarak beberapa meter tiba-tiba dalam saya tergaman pasrah ia membelok ke kiri lalu terkeluar dari jalan dan terbalik merempuh pokok-pokok. Kereta itu mengelak dari melanggar saya.

Saya pada masa itu hanya dapat berserah dan teringatkan kematian saya. Saya pasti mati dan meninggalkan dunia ini. Kejadian itu sangat pantas tetapi saya sempat fikir banyak perkara. dan dengan muka yang pucat dan mengigil. saya menangis...

Saya tergaman, panik dan terketar-ketar. Saya dapat rasakan apa yang terjadi jika kereta itu terus menghentam kereta dengan kuat. Nasib baik masih ada ruang waktu saya bernafas di bumi ini. Kereta itu mengelak dan terbabas ke sebelah jalan tersebut.

Dan buat seketika saya masih lagi panik. saya kesat air mata. Saya cuba tidak menangis tetapi saya menangis juga. Tetapi bukanlah menangis seperti budak mahu mainan atau ais krim.

Saya melihat dari cermin hadapan dan sisi kereta, saya dapati sudah ramai pemandu kereta di belakang saya keluar dan menuju kepada kereta yang terbalik itu. Saya harap pemandu tersebut tidak parah dan jika parah ada orang ramai menolongnya kerana saya mahu berdiri pun tak mampu. Lutut saya lembik. bak mati hidup semula.

Saya lihat semakin ramai orang mengerumuni kerata itu. Jadi saya berfikiran tidak mengapalah saya tidak pergi kerana sudah ada orang yang menolong kereta tersebut. Lagipun ia akan menimbulkan kesesakan lalu lintas. Namun sebenarnya saya juga takut.

Jadi saya duduk sahaja dalam kereta sama seperi pemandu di hadapan saya. Selepas beberapa minit barulah saya berani memandu. Saya lihat beberapa kereta di hadapan saya masih tidak bergerak, mereka parking di tepi jalanraya. 

Mungkin juga mereka panik dan perlukan masa untuk memandu semula.

Saya terus memandu dengan keadaan perlahan dan resah gelisah. 

Saya sedar kehidupan ini, keselamatan diri kita tidaklah 100% berada di dalam tangan kita. Pada bila-bila masa, pada mana-mana tempat  kita boleh mat begitu sahaja. Mati akibat bukan dari kecuaian kita, kecuaian orang lain. Tetapi itulah nama kehidupan.

Bukan sahaja di jalan raya tetapi di mana-mana juga kita boleh tiba-tiba mati.  Cuma di jalanraya kemungkinanya lebih tinggi.

Sepanjang perjalanan saya insaf. Saya fikir banyak perkara. Apa yang akan terjadi jika saya tiba-tiba mati di usia muda. Sebab sebelum ini saya selalu membayangkan saya akan hidup lama dan mati pada umur yang lanjut...dalam keadaan mewah (he he he).

Peristiwa ini membuatkan saya malas nak oder kek Tupperware dan sebagainya. Peristiwa ini mengajar saya untuk berserderhana apabila menjelang raya nanti. Peristiwa ini juga mengingatkan saya tidak perlu miliki banyak benda dan perkara kerana itu semua akan saya tinggalkan. Apabila saya mati.

Namun peristiwa hampir mati ini  tidak pula meninggalkan trauma. sebabnya saya pandukan pemikiran saya bahawa `saya tidak boleh trauma kerana saya hidup seorang diri, jauh dari keluarga' 

Trauma dalam kehidupan bukanlah satu pilihan yang positif... Kita kena kuat! Emmm saya berfikir seolah trauma adalah benda atau perkara yang boleh kita pilih atau tidak mahu pilih. 

Katakanlah kereta Myvi hijau itu terus dengan lajunya menghentam kereta saya. Ramadhan 2018 ini mungkin Ramadhan terakhir bagi saya.


2 comments:

engku artini said...

Berdebar saya membaca coretan tuan kali ni.. Alhamdulillah tuan masih sihat dan masih dipanjangkan umur

Salam Ramadan

Sukiman Ishak said...

Salam Ramadhan untuk engku artini juga.

Jaga diri baik2 seboleh mungkin. jaga keselamatan dan kesihatan

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas.

Bye...

.