"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, May 30, 2018

46Pembahagi jalan dan bulatan.


46Pembahagi jalan dan bulatan.



26 November 2011

“Selalu akan ada perkara-perkara baru dalam hidup kita. Termasuk perkara buruk yang tidak pernah kita jangkakkan. Dan perkara-perkara buruk itu boleh diminimakan jika kita berpengetahuan atau berhati-hati”


Saya dapati gabungan sikap berhati-hati dan bersifat penakut banyak menyelamatkan kehidupan saya. Saya tidak selalu memberanikan diri dalam keadaan yang tidak pasti. Saya takut risiko. Ya memang hidup saya tidak bijak pandai atau kaya raya tetapi setakat ini saya tidaklah terlalu bodoh dan miskin.

Sifat penakut mesti ada, dan mesti kena pada tempatnya. Tidaklah boleh takut untuk membuat kebaikan, tidaklah boleh berani membuat kejahatan.

Namun saya memang takut memandu, sedangkan memandu adalah perkara atau perbuatan asas pada kurun ini.

Jalanraya bukan suatu garis lurus yang memanjang sampai ke destinasinya. Ia tidak selalunya lurus, sma seperti kehidupan kita juga, sentiasa ada sesuatu di pertengahannya. contohnya ada gembira dan sedih, ketawa dan tangis. Ada riak dan syukur dan lain-lain sewaktu dengannya. 

Dan di sepanjang jalanraya tersebut ada juga jalanraya yang mempunya pembahagi jalan dan bulatan. Seperti juga kehidupan kita yang ada juga kita tempuhi alam persekolahan dan perkahwinan. Yang tidak kawin, ada juga cabaran dan ketentuannya. 

Saya takut `bulatan' tetapi ketakutan yang saya hadapi ini saya harus hadapi juga kerana untuk ke tempat kerja dan balik dari kerja saya harus lalui bulatan. Ada jalan lain tetapi ia terlalu jjauh dan membazir waktu. 

Pada mulanya ia memanglah menakutkan. saya takut kerana tiba-tiba saya harus masuk ke bulatan tersebut dan tiba-tiba harus memberi lampu isyarat ke arah mana saya mahu membelok.

Pagi tadi saya pergi ke komplek jabatan kerajaan. Bangunan besar itu mempunyai hampir semua pejabat yang penting. Di kawasan bangunan tersebut iaitu di hadapannya ada satu bulatan yang di tengah-tengahnya ada pokok-pokok hiasan. Ia tidak seperti bulatan yang biasa saya lalui setiap hari. Bulatan ini kecil dan menyusahkan dan di sekeliling bulatan ini ada pula kereta yang parking di tepi. Hasilnya sebahagian badan kereta saya termasuk dalam bulatan tersebut!

Saya berdebar dan malu. Berdebar kerana kereta saya senget kerana sebahagian kereta sudah naik ke atas bulatan tersebut. Saya rasa malu sebab ramai orang tengok. Tetapi buat seketika, mereka tengok sahaja...

Saya tidak pernah ceritakan kejadian ini kepada sesiapa. Biarlah menjadi rahsia. Nasib baik saya pandu perlahan, jika lagu, nescaya kereta saya akan berada di tengah-tengah. Keseluruhan kereta. He he he.

Memang saya harus selalu berhati-hati apabila menggunakan bulatan. Masalahnya saya tidak tahu kereta mana yang harus masuk dahulu ke bulatan tersebut, dan saya takut apabila mahu masuk bulatan. Saya bimbang kereta lain yang tiba-tiba masuk dahulu. 

Yang saya belajar dan ingati adalah, semasa menggunakan bulatan kita tidak boleh berhenti, kita harus kelilingi bulatan tersebut sehingga kita jumpa jalan yang kita mahu ikuti. Kereta yang mahu masuk bulatanlah kena berhenti dan tunggu masa yang sesuai untuk masuk bulatan. Dan saya gagal memilih masa yang sesuai. nasib baik semasa mengelak itu kereta saya tidak tergolek terus atau dilanggar.

Setahu saya dahulu, saya tidak pula diajar menggunakan bulatan. atau saya diajar tetapi saya lupa. Mungkin lupa koot. banyak perkara yang saya belajar saya lupa kerana saya berada dalam ketakutan 24 jam semasa belajar. Jadi kesimpulannya tidak banyak yang saya belajar pada masa belajar memandu. 

Pelik.

Berbalik kepada kemalangan tersebut, saya terus keluar kereta dan bercekik pinggang. Saya buat aksi muka terkejut, resah dan panik. Saya rasa saya tidak perlu buat sebab itulah riaksi saya apabila keluar dari kereta. saya tidak tahu apa yang harus saya buat. saya benar-benar tidak tahu.

dalam keadaan panik itu ada seorang pak cik yang tidak kenali meminta kunci kereta saya. Saya terus memberikan kunci kereta tersebut dan saya lihat beberapa orang lagi cuba angkat kereta saya supaya semua badan kereta saya berada di atas bulatan tersebut. dan kemudiannya barulah kereta itu diturunkan semula. Saya tidak tahu ia merupakan tindakan terbaik atau sebaliknya. Tetapi saya lega kereta saya sudah tidajk berada di atas bulatan.

Mereka dengan perlahan menurunkan balik kereta saya dari bulan tersebut. Saya ucap terima kasih.

Sebelum kejadian itu saya juga uga pernah menaiki pembahagi jalan di kawasan kampus. Kejadian di tempat parking itu hampir membuatkan kereta saya terbalik. Namun saya berjaya mengawalnya. Saya mahu cepat balik rumah kerana mahu lihat drama bersiri yang ditayangkan pada lewat petang.

Biasanya saya tidak suka melihat cerita ini namun ada pelakon yang saya suka. Terus saya tengok. walaupun ceritanya tidak sedap saya tetap tengok. 

Pelik.

Saya berpendapat semua orang harus mengambil pengajaran di mana mereka harus berhati-hati di tempat-tempat atau  kawasan-kawasan yang ada `gangguan', contonya di bulatan, di tempat banyak pembahagi jalan ataupun di jambatan. Kita memerlukan lebih sifat berhati-hati di sini. 

Pandu perlahan jiwa tenteram, kelajuan membunuh!





No comments:

.