Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, August 15, 2016

Scary Holiday: 11.12.13




Akhir-akhir ini saya sudah menjadi kurang cerewet dalam memilih filem yang mahu saya tontoni. Hujung minggu lalu saya ke panggung lagi menonton cerita Thailand.

Melihat kepada poster, saya fikir ia tentu cerita yang berkisarkan sekumpulan remaja yang pergi bercuti dan bertemu hantu, tetapi itu hanyalah poster. Sebenarnya ada tiga cerita yang saling berkaitan dalam filem ini.

Untuk poster filem ini saya beri C- sebab gagal mewakili cerita. Kurang impaknya. Huh!.

Namun cerita ini sangat menarik kerana ia gabungan unsur seram, lucu dan sedih. Pada akhir cerita saya rasa sangat sayu dan sedih. Sehingga malamnya saya tertanya-tanya siapakah sahabat saya yang paling rapat di sekeliling saya... Jika dia menjadi hantu (kalau hantu itu wujud), adakah dia akan bertandang jumpa saya nanti (kalau dia jadi hantu). He he he.

Sudah tentulah saya tidak percaya kewujudan hantu. Rasionalnya mudah. Jika ada hantu-hantu, dunia akan huru-haralah. He he he.

Dalam filem ini ada tiga cerita yang saling berkait. Oleh kerana saya tidak baca sinopsis filem (saya tak suka baca sebelum tengok filem sebab ia musnahkan mood saya), saya terkejut apabila melihat ada tiga cerita sebenarnya yang saling berkait.

Cerita pertama tentang perhubungan cinta. Cerita cinta seorang gadis kepada lelaki playboy. Kira tersalah pilihlah ni. Tapi tulah kan kita tidak nampak rupa sebenar orang yang kita cintai kerana kita dalam `percintaan'. Dan bila kita mahu ditinggalkan barulah gelabah giler. Jadi gadis ini ugut kekasihnya mahu bunuh diri jika dia ditinggalkan. 

Sebab itulah nanti kita dapati roh gadis itu mengikuti pemuda playboy tadi ke mana-mana. Ngeri.




Saya akan bunuh diri jika awak tinggalkan saya...

"Saya dah bosan dengan ugutan awak untuk bunuh diri..." Kata pemuda playboy itu. Tulah yang menyebabkan si gadis akhirnya nekad membunuh diri.

Menyingkap dunia percintaan saya yang tidak pernah berjaya, ada juga di antaranya ugut saya untuk bunuh diri jika saya meninggalkan mereka. Namun demi allah apa yang terjadi kemudiannya sayalah yang dipermainkan. Sayalah akhirnya meraung.He hehe.

Cerita kedua mengenai empat sahabat yang menyewa sebuah rumah. Di antaranya ada yang menyintai seorang gadis. Dan selepas kemalangan, kawan-kawan nampak pemuda itu masih balik ke rumah. Mereka dalam ketakutan dan percaya roh balik sebab ada hajat yang tak sampai...

Best cerita kedua ni. kalau saya mati jadi hantu, saya tahu siapa yang saya nak cekik!.



tiga sahabat dalam ketakutan kerana `roh' kawannya selalu balik ke rumah sewa...
Cerita ketiga pula mengenai seorang gadis yang pergi melancong ditemani oleh kawannya. Gadis itu pada mulanya tidak tahu sebenarnya kawannya itu telah mati, cuma rohnya sahaja tidak sedar akan kematian dia... cerita ini berakhir dengan kesedihan...apabila gadis itu tahu kawannya itu sudah mati...gadis itu rasa sedih untuk beritahu kawannya yang bahawasanya kawannya itu sudah mati...



Cerita ini menghiburkan kerana ia memang dibuat untuk menghiburkan, bukannya untuk menangi hadiah perfileman.

Tapi perlu saya ingatkan menonton wayang tidak sama dengan menonton di TV. Impaknya lebih besar dan berbeza... Maksud saya jika lihat di Tv ia mungkin kurang menyeramkan...

Sekian...

No comments:

   

.

.

.