Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 22, 2016

Pokok Manggis dan harapan saya...

Abaikan gambar saya, tumpukan pada pokok manggis...

POKOK MANGGIS  yang ditanam oleh ayah saya sudah bertambah besar. Beberapa tahun lagi saya andaikan pokok-pokok manggis ini akan `menutup' sebahagian rumah saya. 

Dengan dahan-dahan dan daun-daunnya, kawasan rumah saya akan bertambah redup. rumah saya akan bersuasana kampung.

Ada lima pokok manggis. Tetapi mereka tidak tumbuh sama besar walaupun ditanam pada masa yang hampir sama.

Buah manggis lebih sedap daripada buah pauh atau buah rambutan, namun tumbesarannya sangat perlahan. Mungkin atas faktor tersebutlah, ramai yang tidak menanamnya. Mereka mahu pokok yang cepat berbuah, jadi pokok pauh dan rambutan menjadi pilihan. Kita tidak boleh salahkan mereka...

Saya tidak suka pokok pauh dan rambutan sebab daunnya cepat gugur dan pokoknya tiada nilai langskap. pokok manggis cantik, tegak dan hijau daunnya menarik hati.

Lagipun apabila daun-daun kering berguguran ditiup angin lalu, ia akan membuatkan hati saya sedih...(pulak dah).

Minggu lepas saya ke pasar tani di Pekan, saya ada beli buah manggis. Saya beli sebagai pembuka puasa saya. Saya suka makan manggis. Seingat saya semenjak kecil saya sudah tertarik dengan pokok manggis yang tumbuh di rumah pengasuh saya di Kampung Lama.

Saya juga berharap ayah saya sempat rasa buah manggis ini kerana dialah yang menanamnya... saya cuma menjaganya...

No comments:

   

.

.

.