Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 20, 2016

80.1 kg kepada 77.2 kg

Saya berasa gembira kerana berat badan saya sudah 77.2 kg. Mengikut mesen penimbang tersebut lagi berat badan ideal saya adalah 68.7 kg. Memang jauh lagi la...he he.

Namun mengimbau berat badan saya pada bulan 11 tahun lepas adalah 89.8 kg, dapat 77.2 kg pun sudah memadai. Saya masih ingat setelah tiga bulan pertama tidak makan nasi, berat badan saya turun dengan lajunya. Cuma bila bulan ke empat dan bulan ke lima, berat badan saya tidak berubah. Sehingga saya hampir berputus asa.

Dan berat badan saya kembali turun apabila bulan puasa. Bulan puasa ini saya tidak berbuka dengan ais atau air manis. Saya berbuka dengan air mineral sahaja. Lepas agak malam baru saya minum air milo. Bulan puasa ini juga berlaianan sebab saya sudah mula makan kurma. biasanya saya tidak suka kurma.

Saya berbuka biasa-biasa sahaja. Kadang-kadang roti atau sebelah murtabak. Begitu juga dengan waktu bersahur, saya makan sedikit sahaja. Setakat ini saya masih tidak tinggalkan amalam bersahur. Juga puasa. He he he.

Saya berhajat benar apabila timbangan badan saya kembali normal, saya nak makan nasi seminggu sekali. Rindu juga kepada nasi, he he he.

Sudah lama benar saya tidak mempunyai berat badan dalam lingkungan 70 kg, dapat 77.2 sudah sangat suka. Saya dapati badan saya sudah semakin kecil cuma perut masih buncit...

Saya berharap menjelang hari raya berat badan saya turun kepada 75 kg. Saya nak pakai baju-baju kecil yang saya beli. Kesian tersangkut saja baju tersebut.

Saya tahu nasi sedap, tapi buat masa ini saya berpisah sekejap. sekejap sahaja...

Sebelum ini saya ada juga buat tak makan nasi langsung tetapi akhirnya saya gagal sebab bila sudah dapat berat badan yang ideal, saya mula semula makan nasi dengan banyak.

Kali ini bila berat badan saya sudah sampai timbangan yang ideal, saya mahu mula bersenam dengan giatnya untuk kecergasan...

Manalah tahu kalau dapat umur panjang...mestilah kita mahu sihat, kan?

Saya tahu diet menyeksakan tetapi ia penting untuk kesihatan...

Image result for diet



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home