Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 26, 2015

Majlis Makan Malam COBA 2014

Minggu lalu saya menghadiri Majlis Makan Malam COBA (College of Business Management and Accounting) di Hotel AnCasa, Pekan, Pahang. 
 
Makan malam kali ini berbeza kerana beberapa anugerah telah disampaikan kepada beberapa pensyarah dan kakitangan terpilih oleh dekan dan TNC. Penganugerahan ini bukanlah acara formal pihak pentadbiran COBA kerana pemilihan ini adalah undian yang dibuka kepada semua pensyarah dan kakitangan.
 
Saya merasa gembira mendapat tiga hadiah. Kawan-kawan saya beritahu malam itu adalah `malam' saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengundi saya. Sebenarnya pada pendapat saya, saya bukanlah ceria  sangat pun...  Namun saya berasa terharu apabila pengacara majlis di atas pentas membaca teks: 
 
 
“ Beliau merupakan rakan sekerja yang selalu tersenyum, kelihatan gembira dan selamba. Beliau suka bergurau dan berjenaka, (happy go lucky).

 Kehadirannya sering menceriakan suasana. Bila kita berada di sampingnya, kita akan rasa gembira, hilang tekanan dengan mendengar cerita-cerita dan gurauannya.   "
 
Saya mendapat anugerah Pensyarah Paling Ceria. Saya memang selalu tersenyum mungkin saya percaya pada senyuman terdapat tenaga untuk memurnikan dan mengembirakan hati orang. Kalau ada masalah pun saya cuba tersenyum. Dengan muka yang masam tidak menyelesaikan masalah.
 
Saya suka berjenaka dan bergurau mungkin kerana saya memang begitu.  Lagipun saya merasakan adalah penting dalam hidup hidup kita mengembirakan orang sama ada pasangan kita, ibubapa, anak-anak, adik beradik, sahabat dan rakan-rakan kita.
 
mungkin ini sifat semulajadi saya, semasa di asrama UM dulu, pernah pada tahun 1991 dahulu kawan saya beritahu saya "Awak ni Man asyik jaga hati kawan-kawan, hati awak, awak buang ke longkang".
 
Namun untuk mengambarkan 100% saya adalah ceria...tidaklah juga kerana saya juga insan biasa diuji dengan pelbagai perkara.
 
 
Tersengeh Ceria...
 
Abang Jan: Jika saya tiada nanti, saya tidak mahu diingati kerana kereta, rumah atau pencapaian akademik saya. Saya mahu apabila mereka ingat saya, di ingatan bayangan itu adalah saya sedang tersenyum...
 

1 comment:

Engku Artini said...

Tahniah en jan. Moga terus ceria & mbina kehidupan ceria unt diri sdr

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home