"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 22, 2013

Zoo Melaka (2013) dan hati yang tersangkar...(pulak dah)

Posing khas untuk blog jankaulu

Saya ini kalau hendak harapkan pergi bercuti seorang diri, alamatnya tak bercutilah saya. Biasanya kawan-kawan yang ajak. Kawan-kawan sebujangan...(tapi ada yang sebenarnya dah kawin tapi bercerai berai). Tetapi posting ini bukannya pasal kawan saya yang bercerai. Ianya pasal bercuti bersama keluarga kakak.

Soalan 1) Binatang apakah paling seksi?



Selepas ke taman buaya kami ke Zoo Melaka. Yang letaknya seciput di hadapan taman itu juga. Kami lalu ikut terowong bawah jalan raya.

Soalan 2) Binatang apakah paling kedekut?

King Jullian pun ada


Ini lawatan ke zoo yang kedua dalam hidup saya. Yang pertama saya lawat Zoo Negara pada tahun 1991 lama dahulu. Sekarang entah binatang yang saya lihat itu masih hidup ke tidak... teringin pulak nak ke Zoo negara semula. Bagaimana keadaannya sekarang. Mungkin haiwan-haiwan di sana sudah maju? 

Soalan 3) Binatang apakah yang kurang ajar?


Soalan 4) Binatang apakah ada kaki tapi malas pulak berjalan?

Tahun hadapan adalah tahun Tahun Melawat Malaysia. Adakah kita sebagai warganegara sudah menjelajahi negara kita? Sebenarnya saya berhajat juga nak ke luar negara lawat negara orang tetapi buat masa ini duit tidak mengizinkan. Maka aktiviti adalah dalam negara. Percutian ini juga sebenarnya ditaja sepenuhnya oleh abang ipar dan kakak saya, he he he.



Tak sah lawatan ke Zoo kalau tak lihat pak/mak belang. Pak belang kekenyangan. Mereka sedang berehat semasa saya melihatnya. Mereka juga melihat saya. saya buat kesimpulan, harimau adalah binatang yang cantik...(walaupun ganas dan kelihatan sombong)

Soalan 5) Binatang apakah pakai tudung?


Soalan 6) Binatang apakah bertelur dan beranak?


Pengalaman ke Zoo tambah menyeronokan kerana saya berjalan kaki. Lenguh juga kerana saya bukannya muda lagi (walaupun nampak muda. Tapi dalam gambar jea muda, kat luar tua dah). 

Melihat binatang di hadapan mata berlainan dengan melihat dalam gambar atau tv, susah saya hendaks aya terangkan. Bila lihat binatang-binatang di hadapan mata, deria kita akan bertindakbalas secara langsung dengan lebih nyata.

Hati saya terdetik sayu pabila melihat ada binatang-binatang yang tersangkar seorang diri (seekor diri sebenarnya). Tentu dia (binatang itu) sepi. Saya terkenangkan saya... saya juga terpenjara (tapi dalam hati...yang tersangkar indah). Namun kalau kita duduk dalam istana indah, ada pasu cantik dan ada 10 kad kredit pun kita akan tinggalkan istana dan kad-kad kredit kita...demi...

Tetapi berbaloikah?...

Soalan 7) Binatang apakah yang paling besar?

3 comments:

Nong Andy said...

Mana jawapan?

Adie Achim said...

Ya saya juga tercari2. Mana jawapannya sir?

najib sany said...

Plg seksi zebra(zip'bra)..plg bsar.. Ikn paus celup tepung(tmbh 1lapsan)...plg ke'dkut ..kuda..pkai tdung..singa

.