"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 13, 2013

Sesi pembentangan telah bermula...

Ada yang membentang pasal GST

Semester sudah di minggu ke enam. Saya telah mulai menilai pembentangan yang dilakukan oleh para pelajar. Dan bagi saya yang paling penting adalah mereka mendapat ilmu daripada pembentangan tersebut, sama ada pelajar yang mendengar dan membentang kertas kerja. 

Melihat pembentangan pelajar menyeronokan sebab ada saja perkara-perkara yang di luar jangkaan. Contohnya, ada pelajar pendiam sahaja tetapi bila mereka melakukan pembentangan, ianya sangat berkesan. Di sini kita boleh tengok keupayaan pelajar dengan lebih jelas.

Ahmad Shukrin dan nor Amira Akma bentang pasal "APEC summit in Bali:Needs to move beyond Bogor goals?

Sesi pembentangan juga memberi peluang pelajar melihat isu dengan lebih dekat dan memberikan pendapat mereka. Saya berharap benar mereka mendapat sesuatu yang berguna. Biasanya saya memberi tajuk yang ringkas sahaja, kemudiannya mereka kembangkan tajuk dan nyatakan isu.

Untuk kali ini ada juga pelajar yang tidak memenuhi kehendak saya. Saya KIV dahulu agar dapat saya menolong mereka melakukan ubahsuai. Saya percaya mereka masih boleh ditolong dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Kesimpulan kena jaga
Bukan mudah untuk mengendalikan pembentangan. Kelas perlu dibimbing. Kadang-kadang ada pelajar yang kurang memberi tumpuan kepada pembentangan. Namun saya cuba alihkan mereka kepada pembentangan dengan menyoal secara tiba-tiba atau buat lawak. He he he.

Tajuk pun kira tajuk akademik, kalau tersilap gaya kami semua tertidor...heheeh.



Tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita juga akan mendapat ilmu daripada pembentangan pelajar. Yalah bukan semua ilmu dan pengetahuan kita cukup. Kadang-kadang pelajar lebih peka kepada dunia internate.

Saya tak naklah... bila orang tanya pelajar saya pasal ASEAN tak tahu, APEC tak tahu, GST tak tahu, New Economy Model tak tahu, Bank merger tak tahu...Saya mahu mereka tahu serba sedikit kalau tak banyak pun.

Ada yang bentang 'House Price and affordability in Housing in Malaysia'.
Ada yang membentang mengenai pasaran harga rumah di Malaysia. Saya tercerita pulak pasal rumah saya kat Kuantan. Nasib baik tak cerita juga pasal taman, he he he.

Ada yang membentang mengenai kesan upah minima ke atas ekonomi Malaysia, ada juga melibatkan isu APEC.



Secara purata dan maksima, saya berpuashati dengan pembentangan para pelajar saya, sebab saya tidaklah menilainya pada tahap yang tinggi setaraf master. Mereka masih dalam ijazah pertama. Lagipun kalau terlalu formal, ia agak mengada dan memboringkan. He he he. 

Kertas kerja ini lebih kepada pengumpulan maklumat dan bukannya kajian yang mendalam untuk mencipta teori atau analisa yang kritis. Maklumlah markah sedikit sahaja...

Jan: Kubentangkan hatiku terhampar lebar di tujuh benua...tapi sayang kau tak pernah mengerti. Kau kejam...(pulak dah)

2 comments:

Engku Artini said...

Tajuk pembentangan yg sangat menarik! Boleh mintak share hasil pembentangan mereka sbg tambahan ilmu saya yang cetek ni..? hehee

azr said...

btlla... mgkn en jan leh komen/kupas psl gst... sya pun tk brpa mahir tntg itu... i'll wait for the post...

.