"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 13, 2013

Sephia: Keberanian ke rumah Farok.

Saya mahu menyambung cerita Sephia...namun saya tidak pandai menulis. Mulanya saya mahu mencipta watak lelaki namun kemudiannya saya merasakan akan adanya kesukaran dan keanehan dalam menulisnya. Ini kerana umumnya orang lelaki jiwanya tidak halus dan peka, dan kadang-kadang pekak (ini pendapat saya, he he he). Jadi sukar untuk saya menulis dan menerokai perasaan itu. Ia akan jadi janggal.

Saya teringat A Samad Said mengetengahkan watak perempuan bernama Salina dalam novel Salina, juga Shahnon Ahmad dengan watak Jeha dalam Ranjau Sepanjang Jalan dan penulis wanita seperti Khadijah Hashim dengan watak Mazni dalam Badai Semalam. Watak perempuan lebih halus untuk diterokai, dan mencabar. Benarkah?

Pendekatan feminisme dalam sastera bukan sesuatu yang asing, penulis wanitalah yang biasanya beria-ia benar memaparkannya. Malah Fatimah Busu pernah melenting apabila dikatakan dalam karyanya tidak ada watak lelaki!. He he he. Apakah pendekatan feminisme? Saya tidak tahu sangat tetapi ia berkaitan dengan emansipasi wanita. Ia mengumpul segala pengalaman, termasuk harapan, kerisauan dan cabaran (cabaran yang stereotype melawan gender (dari segi ketidakadilan). Rasis terhadap kaum. Sebab mereka kaum perempuan?

Tak apalah kita tinggal teori tersebut, kita serahkan kepada kaum sastera, biar mereka berbalah. He he he.

Saya cuba merungkaikan sesuatu keadaan yang dekat dengan diri saya yang saya dapati dari pengalaman sekeliling (walaupun tidak mewakili semua). Apabila seorang lelaki ditinggalkan kekasih (dan kekasihnya berkahwin selepas itu...) saya percaya duka mereka tidak akan berlarutan, lagikan ada isteri pun ada kekasih gelap dua, tiga. Kita bukannya tak pernah dengar kan? Tetapi tidak bagi seorang perempuan (setidaknya difikiran saya). Jadi saya berterusan menyambung watak Sephia dengan penuh duka dalam keberanian. Contohnya keberanian ke rumah Farok. 

Jadi saya cipta watak perempuan yang bernama Sephia. Saya tidak tahu bagaimana mahu menulis kesengsaraan watak Sephia kerana sebelumnya (sebelum berjumpa Farok) dia sudah banyak kali sengsara dan tersalah jatuh cinta (kepada orang yang salah, he he he). 

Saya juga merasa sukar untuk menggambarkan perasaan, harapan dan kemahuan Sephia. Ini kerana jika saya menulis secara berlebihan, kita akan melihat watak Sephia sebagai manusia yang jelek, tidak bermaruah dan pentingkan diri. Namun sebenarnya bukan mudah untuk menilai apa yang orang lain tempuhi, kita tidak tahu apa yang dia alami. Dan hilangkah maruah seorang wanita apabila dia `tertidor' hanya dengan seorang lelaki? Adakah hanya unsur seks sahaja mewakili maruah manusia? Jawapnnya `ya' bagi sesetengah orang dan mungkin juga `tidak' bagi sesetengah orang.

Kedatangan Sephia ke rumah Farok pada mulanya mahu meminta kepastian adakah Farok masih menerimanya. Sephia yakin kali ini giliran dia pula untuk berbahagia, dia akan buat apa sahaja kerana dia yakin tuhan bersamanya. Dia tidak akan endahkan perasaan isteri dan anak Farok. Dia tergamak ke rumah Farok untuk membuktikan bahawa dia bukan sembarangan perempuan yang boleh ditipu dan dipermainkan. Dia tidak kesiankan isteri Farok kerana dia merasakan kini giliran dia pula untuk berbahagia. Dia yakin.

Sebenarnya saya juga tidak boleh melukiskan watak Farok sebagai lelaki jahat sebab dia bukannya jenis lelaki yang mempermainkan perempuan. Dia `tidor' dengan Sephia kerana cinta dan kasih sayang. Cuma nasib mereka berdua sahaja yang tertulis buruk selepas beberapa peristiwa. Nasib yang menjadikan lelaki bernama Farok menjadi terlalu lemah dan akhirnya menyebabkan dia kehilangan Sephia... Dan sephia menderita. Farok jugak menderita.

Sephia menderita, Farok menderita. Layak kah isteri Faruk bahagia? Atas dua hati yang menderita? Haaa...

Dan apabila masa kian berganti, takdir telah menyimpuh, Farok dan Sephia sepatutnya harus membuat keputusan. Namun Sephialah yang mengambil inisiatif yang penuh riisiko, bukannya Farok (lelaki mungkin memang begitu kot, mereka akan lebih berdiam diri). Contohnya Sephialah mengorak langkah bertemu Farok walaupun ada kemungkinan Sephia sendiri akan dihalau (dan dihina) oleh isteri Farok atau nak lebih tragis lagi oleh Farok sendiri. Haaa...

Maka saya rasa adalah lebih baik saya tidak menulis lagi pasal Sephia... Biarlah dia lenyap terus seperti watak Mankisue... Biarlah Sephia terus menikmati aiskrem perasa vanila tersebut... Lagipun dunia ini memang tidak adil.

Dan akhirnya saya tertanya-tanya kenapakah watak utama dalam penulisan saya selalu sengsara? Adakah ia lambang simboluisnme diri penulis sendiri? (pulak dah)

Allahualam...

Jan: Benarkah Mankisue telah mati bunuh diri?

4 comments:

Ann said...

sir,masa dalam class micro dlu,sayax paham ape yg sir nk smpaikan dlm penceritaan sir.sir suka bercerita, n byk bercerita.tapi saya xpaham(or lmbt paham)heehe.and sekarng, saya rsa saya paham apa yg sir nak sampaikan.senang ckp, untk org yang byk membaca mcm sir, n lecturer2 lain, memg susah nak paham kn bnda simple untk kami, yg bukn budaya membaca.sbb, dunia aliran berbeza mungkin?hehe.

Vivacious O'light said...

"Sephia menderita, Farok menderita. Layak kah isteri Faruk bahagia? Atas dua hati yang menderita? Haaa..." (jankaulu, 2013)
layak le kot..kan tu bini dia. Farok tu apasal dah kawin pun gatai lagi? Yg sephia pun, pls la respect another woman. kot ye pon, bawak bersabar... heh heh heh

Nong Andy said...

mankisui tu sedang bertapa..


saya paham sepenuhnya sebab saya dah baa cerpen sephia dan suka lagu sephia shila on 7 tu hehehehe..

kalau gini macam mana?

sephia yg sedang makan ice cream jumpa lelaki biasa yg tidak sekaya farok.. tapi terima dia seadanya.. ha.. kalau suruh saya sambung.. memang akan jadi happy ending kakakakkaak....

Adie Achim said...

rasanya dengan dunia realiti yang banyak sad endingnya.. adalah molek kita happy endingkannya. Tetapi benarkan dunia terlalu banyak kisah duka atau kerana orang lebih suka bercerita pasal kesengsaraan orang. Pulak dah tetiba mengarut!!!

.