"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 6, 2013

Insidious: Chapter 2 (2013),: Penyakit filem sequel...



Tidak semua filem `sequel' berjaya. Malah ada yang menjadi semakin teruk, contohnya filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Ceritanya bukan sahaja bercelaru malah terdapat babak anti-klimaks yang ketara. Hantu sering muncul tidak mengira siang atau malam (pontianak sudah tidak mengerikan), memanjat atas pokok (ngapa memanjat? kan boleh terbang?), atas rabung dan bawah meja!. Nasib baik filem ini diselamatkan oleh pesona Maya Karim dan senifotografi yang menarik.

"Tidak seseram mana berbanding dengan filem terdahulu, tetapi masih lagi seram" Itulah komen saya atas filem Insidious Chapter 2. Oleh kerana filem pertamanya meninggalkan banyak tanda tanya maka filem kedua ini menjadi pelengkap cerita. Namun filem ini tetap istimewa kerana ia lain daripada tema biasa, tema `merayau dalam mimpi' atau di`tarik ke alam lain' yang digarap oleh Jemes Wan... Beberapa kali saya terkejut besar (jump scares)!

James Wan, berbakat besar.

Insidious pertama dulu meletop. Cuba bayangkan dengan hanya berbelanja $1.5 juta dapat hampir $100juta. Haaa... Dan tentulah ramai yang menanti sequel filem ini. Antara yang galak menanti, sayalah. Maka saya terus menuju ke bandar Kuantan.

Maka pada pagi sabtu saya talipon pemotong rumput supaya datang hari ahad atau isnin. Saya mahu ada di rumah semasa mereka memotonng rumput, senang saya nak arah itu ini. Ada tempat-tempat saya tak nak potong kali ini.

Paginya sabtu saya ke Megamoll Kuantan. Saya ke Pesta Buku terlebih dahulu dahulu. Namun saya tidaklah membeli buku. Saya cuma `bertunang' dulu. Kononnya saya akan datang kembali esok hari untuk membeli. Namun saya asyik sangat kat pesta buku dan rasa malas pulak nak ke ECM. Biasanya saya menonton wayang di ECM sebab ramai orang Cina menonton di situ.

Lakonan mantap mak cik Lin

Bila buat sequel maka diperhebatkan lagi dengan kemunculan yang lebih jelas. Kali ini terlalu banyak hantu muncul. Dan hantu tersebut diperjelaskan imej kemunculannya termasuk juga sebab musabab kemunculan hantu tersebut. Sebagai pengemar cerita seram, saya ada pengukuran saya sendiri. Saya lebih suka kepada penampakan hantu yang tidaklah ketara. Maksud saya biar ada antara nampak tak nampak tapi nampak. Haaa...(cuba faham betul-betul).

Tidak perlulah ditunjukan segalanya. Dok gitu? Ginilah kalau kita berjalan-jalan pada suatu petang yang indah kita lihat ada perempuan berbogel di tepi jalan tentu kita terperanjat sebab dia berbogel habis. Namun kalu setakat seksi dan ada aurat tidak tertutup, mungkin kita tertarik dan mahu ikut pulang. Haaa...

Plot cerita terlalu `melompat-lompat', James seolah mengheret saya (kita) cepat-cepat untuk mengikuti dan memahami cerita ke dua ini. Saya menjadi sedikit `lelah' kerana banyak babak-babak yang seram bertali arus...(namun tetap seram). Rasanya terlalu banyak yang hendak diseramkan (kepada saya babak paling seram adalah bila terjumpanya bilik rahsia yang dipenuhi ramai/banyak mayat yang berbungkus dengan posisi duduk!).

Namun James tidaklah memaparkan lawak seram yang bodoh macam kebanyakan cerita seram kita.


Satu perkara lagi saya merasakan bukanlah satu tanggungjawab bagi pembuat filem sequel untuk `menjawab' segala kekeliruan atau misteri pada filem pertamanya. Sebab nanti hilanglah kemisterian tersebut. Sepatutnya biarlah ia tergantung dan menjadi tandatanya sebagaimaan juga kehidupan kita ini. Haaa...

Entahlah, lain orang lain pendapatnya. Namun saya harap tidak perlulah ada Insidious Chapter 3 kalau tidak dapat menandingi cerita sebelumnya...

Jan: Pendapat saya filem Magadascar adalah filem sequel yang semakin menarik...

2 comments:

Nong Andy said...

Saya tengok direct insidious 2.. kendian baru yg satu.. hahaha... babak paling seram bagi saya ketika the wife kena tempeleng hantu tu..

sukiman said...

babak tu mengejutkan...saya terkejut besar jugak. hantu main tampar-tampar...

.