"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, November 7, 2013

Kembang, kesenangan dan kambing

Ahad lepas, saya jumpa kawan saya yang dah lama jugak tak berjumpa. Saya lihat dia macam dulu juga cuma sekarang semakin tidak menarik. Dia semakin setopok kembang. Dia patut diet. Dulu saya lihat walaupun setopok tapi leher dan pinggan masih ada lagi. Tapi kini semuanya hilang...

Tetapi ini bukan isu kembang tetapi isu lain. Kawan saya ni beritahu anak dia mintak kereta. Dalam hati saya `untungnya budak zaman sekarang, boleh mintak-mintak' gitu. Dan kawan saya cerita lagi dia mahu belikan Myvi, tetapi anaknya demand! Maknanya setakat Myvi anaknya tak ndak...

Saya tidak terkata apa, namun dalam hati saya tetap salahkan dia sebab dia selalu ajar anak -anak dia hidup senang. Mintak duit terus beri, mintak itu-ini terus tunaikan. Kawan saya ni bukannya bergaji besar sangat (tetapi memang laaaa jauh besar berbanding saya). Bukan besar sangat sebab dia masih makan gaji. Maknanya dia bukanlah berduit sangat.

Sesekali saya fikir saya ni pakai sedap fikir jea sebab tak ada anak. Kononnya bila tak ada anak, tak fahamlah pemikiran orang ada anak. Dan akhirnya pandai sedap cakap jea. Ya ke? He he he.

Seperti biasa saya tidak menasihati apa-apa kecuali saya fikir mahu menulisnya dalam blog. Ramai ibubapa senang dan boleh ajar anak senang tetapi hanya sedikit ibubapa yang boleh ajar anak mereka hidup bertahan dalam susah.

Saya rasa ibubapa janganlah puja sangat anak-anak mereka. Kononnya tak mahu anak susah. Dan apabila mereka tak merasa susah macam mana nak hargai kesenangan? Saya tak salahkan anaknya, kalau saya jumpa anaknya mungkin saya beri duit RM10. Dia tak salah 110% pun. Begitu acuan begitulah kuehnya, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana tak diet!.

Kalau setakat jaga anak beri makan minum, kambing pun berupaya. Tetapi untuk membina jati diri dalam anak-anak kita, didik alur pemikiran yang betul, kitalah yang bertanggungjawab ajar secara langsung dan tak langsung. Bukannya tanggungjawab TV3, jiran tetangga, ASEAN atau kambing.

Jan: tepuk air di dulang...(tepuk cepat-cepat depan kawan, pas tu lari cepat-cepat, he he he)




1 comment:

Nong Andy said...

Saya pun tercenderung manjakan anak.. ia sukar di kawal..

.