"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, November 11, 2013

Mak, betul ke ayam dalam keluarga burung?

Mak,

Minggu ini Abang tidak ke Kuantan. Bukan malas untuk memandu beratus kilometer `pergi balik' tetapi Abang banyak kerja yang harus disiapkan segera. Minggu ini abang balik lewat petang, dan hampir setiap malam Abang ada di kampus. 

Abang siapkan soalan untuk kuiz, mid term dan juga soalan final. Abang juga membaca buku dan buat tutorial sebab semester ini Abang terima subjek baru. Seingat Abang, di sepanjang hayat , Abang tidak pernah menolok apa-apa arahan bila dapat subjek baru. Ada orang tolak selamba jea.

Tapi letihlah bila dapat subjek baru... Namun tidaklah seletih menoreh getah atau bawa teksi. Barang kali...he he he. 

Abang bersyukur. Tapi bila semakin tua, rasa malas ada jugak... 

Mak mungkin gitu jugak kan? He he he. Tapi mak kena tetap siapkan makan minum ayah.

Mak,

Abang teringat pulak kepada rumput-rumput di laman rumah Abang di Kuantan. Apa khabar mereka? Tentu sudah tumbuh menghijau. Minggu lepas Abang suruh orang potong/mesen. Abang bayar RM40. Kalau 10 kali tentu sudah RM400. Dan paling kurang sebulan kena potong sekali. Kalau tidak, tidak cantik mata memandang. Hati tidak ceria.

Bukan Abang tidak mahu membeli mesen potong rumput, Abang mampu. Tetapi Abang mungkin tidak akan menggunakannya. Bimbang pula Abang malas nak potong sebab kononnya tidak berkesempatan masa, he he he. 

Namun kalau dibayangkan Abang potong rumput agak bergaya jugak. Pakai topi segala, pakai baju merah, seluar pendek dan pakai kasut sukan. He he he.

Mak,

Minggu depan Abang akan ke Melaka dengan Kak Tie sekeluarga. Rancangan asal mereka hendak ke Bali. Tetapi nampaknya tak jadi. Tunda lagi kot. Abang ikut sahaja sebab inilah peluang Abang pergi berjalan-jalan. Hendak berjalan-jalan seorang diri Abang agak takut. Abang bukannya orang putih. Orang putih seorang diri pun dia jalan jugak, mereka tidak takut apa-apa.

Tahun depan Tahun Melawat Malaysia. Baguslah kerana sektor perlancungan telah menjadi sektor ke lima terpenting di Malaysia dalam memberikan sumbangan kepada GDP kita. Dan dijangka sektor ini akan menjadi lebih penting pada masa-masa hadapan. Abang juga mahu lebih banyak melancung tahun hadapan (walaupun dalam negara sahaja). 

Tapi melancong ni walaupun dalam negeri mahal harganya terutama hotel. Baik beli pasu kot, he he he. Beli karpet ke...heheh. Haaa.

Mak,

Abang sekarang aktif menjual Tupperware. Entah kenapa tiba-tiba menjadi ejen bagi kali yang entah ke berapa. Sengaja Abang menjual barangan ini untuk penuhi masa lapang yang sebenarnya bukanlah lapang pun sangat. Tetapi Abang akan berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan baru. 

Pejabat Tupperware itu terletak di Kuantan jalan menghala ke Teluk Chempedak. Dalam ambik oder tersebut Abang juga ada `terbeli' beberapa Tupperware untuk kegunaan Abang. Tapi setakat ini tersusun elok di lemari, he he he.

Dan kalau rancangan Abang jadi, Abang nak join kelas masak memasak pulak. Boleh jumpa banyak orang. Bukan jemu berkawan dengan kawan-kawan lama tetapi Abang rasa perlu juga berkawan dengan orang yang bukan orang yang selalu Abang berkawan.( ayah agak berbunga)

(Tapi Abang bimbang jugak untuk cari kawan baru, takut nanti ada yang tergoda kat Abang pulak...he he (perasan!))

Abang beli bekas yang khas kita letak barang dalam tempat ais tu. Tiba-tiba jea Abang rasa peti sejuk Abang ni kecil sangat. Rasanya kalau ada duit nak tukar yang dua pintu. Ina juga ada beritahu peti sejuk Abang kecil.

Mak,

Bila mak sms Abang,  mak selalu tanya "Abang dengan sapa tu?". Abang pun jawab "Abang dengan kawan-kawan mak". Sebenarnya Abang selalu tipu. Sebab Abang sebenarnya sorang diri jea. Abang tipu mak sebab Abang tak nak mak rasa sedih kalau Abang beritahu Abang dok sorang jea, he he he. Abang minta maaf pada mak dengan rasminya...

Sebenarnya dalam usia macam Abang ni mak, kawan-kawan tak boleh duduk lama berkawan dengan Abang ke hulu ke hilir sebab mereka ada keluarga. Ada jea isteri mereka yang menalipon. Maka sebab itulah kebanyakan masa Abang ke hulu ke hilir sorang diri. 

Berseorang diri tak jadi masalah kecuali ketika Abang beli barang-barang. Tak ada nak tolong angkut. Sebab tu Abang beli benda yang kecil sahaja. Tapi masalahnya benda kecil mahal pulak. Tapi Abang nak beli juga Hugo Red tersebut. Baunya mengada-ngada, sesuai benar dengan Abang.

Mak,

Kalau Abang seleberiti terkenal, Abang nak hasilkan minyak wangi buatan Abang sendiri. Baru kelas gitu. Nak guna bunga melor, bunga cengkeh dan daun pandan. Dan ada la beberapa daun dan bunga lain tapi tak boleh lah nak tulis di sini. Kot nanti ada yang ambik idea Abang ni. Sekarang semua boleh jadi.

Abang nak pasarkan perfume tu ke seluruh dunia. Nama dia `Bao Hancing'.  Tentu orang luar tidak tahu apa itu `Hancing', he he he. Mereka bukan pandai sangat. Tapi Abang tak naklah terlibat dalam pasaran sebab Abang akan suruh pembantu Abang Safarina yang mengurusnya. Memasarkannya.

Abang berharap dengan terciptanya minyak wangi Abang tersebut, tidak akan ada lagi orang di atas muka bumi ini hidup dalam kesunyian... 

Itulah sumbangan Abang kepada dunia walaupun Abang bukannya pengerusi tetap PBB.

Mak,

Abang berhenti menulis di sini, bimbang akan jadi semakin mengarut dan merapu. 

Mak kalau Abang ada sayap, sekarang juga Abang Akan terbang balik ke kampung jumpa mak. (maksudnya abang jadi burung yang tak gayat, ada ke burung gayat? Mungkin ayam kot, sebab ayam pun dalam keluarga burung).

Ya ke ayam dalam keluarga burung?

1 comment:

Nong Andy said...

:)

Teringat pula citer kenapa ayam xleh terbang haha..

.