Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 19, 2013

Lelaki seolah tiada masalah!

" Laaaa, ya allah! Kenapa tak tanya saya? Saya boleh beri tunjuk ajar? Dulukan saya yang ajar subjek tu? Kata saya dengan nada terkejut ibarat drama swasta atau The Walking Dead.

Seumur hidup saya (yang berumur sehingga 40an ini, namun kelihatan agak muda, he he he), berbanding dengan kaum perempuan tidak banyak kaum lelaki datang meminta nasihat daripada saya. Ada dua kemungkinan mengapa ini terjadi. Pertama saya bukanlah penasihat yang baik dan kedua, lelaki tiada masalah.

Bila saya fikir-fikir lagi sebab yang kedua lebih logik. Namun kalau mereka tidak mempunyai masalah masakan hampir 100% penghuni penjara adalah lelaki? Haa...

Nak kata lelaki pemalu? Selisih malikat 44, lelaki biasanya tidak pemalu. Saya pernah melihat gelagat lelaki memikat perempuan dengan tahap mega. Yang selalu malu adalah pihak perempuan. Mereka ini kalau pakai baju dan tudung tak setema pun mereka malu. 

Tetapi lelaki ada jugak pemalunya. Mereka malu bertanya jalan. Mereka lebih suka sesat...

Jan: Memang tak ada lelaki sebaik aku, tetapi yang lebih baik ramai...(lirik lagu...)

3 comments:

Vivacious O'light said...

Mungkin lelaki tak tau mereka ada masalah..

Angah said...

haha...lelaki tak suka pada masalah...

Ann said...

student lelaki ad ego dia sir.tapi kalo lecturer tu permpuan..haaa..rajin je dtg bilik, buat2 tanya soalan asigmnt.padahal, tajuk pun xtau.hahaha

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home