Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 4, 2012

Bintang Youtube yang low profile : Ajek Hassan

Semalam Adnan bertandang tidor di rumah saya. Dia ada beritahu bilik air rumah saya `besar', dia tidak pernah tengok bilik air sebesar itu. Saya tergelak dalam hati... Namun posting ini bukan pasal bilik air di rumah saya, ianya pasal Ajek Hassan. 

Adnan datang bertandang bawa dua keping CD yang dia bakar dari youtube. CD nyanyian Ajek Hassan.


Kata Adnan dengan set hometeater di rumah saya, suara Ajek Hassan akan kedengaran lebih sedap. Bila dipasang, saya dengar dengan teliti suara Ajek Hassan. Terus saya beri komen kepada Adnan.

Ajek Hassan sudah menjadi  bintang youtube. Sekarang ramai yang rakam nyanyi dan letak dalam youtube. Ada yang jadi terkenal namun ramai jugak yang kena maki sebab suara entah apa tetapi ngada jea lebih. Saya suka baca komen-komen penyoutube ni. Rasa nak tergelak. Kesian pun ada.

Namun suara Ajek Hassan ada sesuatu yang sedap didengar, ada getar suara yang agak istimewa. Malah dalam beberapa buah lagu, dia dapat nyanyikan dengan baik lebih baik daripada penyanyi asal. Ada lagu yang sedap didengar bila digubah iramanya dengan menggunakan gitar.

Saya ada juga berniat nak nyanyi dan letak dalam youtube, tetapi mengingatkan betapa tak merdunya suara saya, biarlah saya pendamkan sahaja. Saya akui suara saya tidak merdu didengar. Mungkin begitu hakikatnya... iaitu orang yang lawa suaranya tidak sedap, orang yang tidak lawa selalunya bersuara sedap. Saya akur dengan kententuan ini.

Jan: Tetapi suara Ajek Hassan merdu ditelinga saya.

Pokok teh pagar (pagar pokok teh)


Walaupun saya jenis manusia mengada-ngada namun jauh di sudut hati saya, saya adalah seorang yang amat pemalu. Saya tidak suka menjadi tumpuan orang. Saya lebih senang dan selesa bersendirian. Ya, memang saya mahu membina pagar di belakang rumah saya, pagar yang berbentuk tembok. Agar jiran tidak nampak saya.


Saya tidak suka jiran tahu apa yang saya buat, apa yang saya pakai atau bulu betis saya lebat ke tidak. Biarlah beberapa perkara peribadi tetap menjadi perkara peribadi. Lagipun saya bukan lagi seleberiti (pernah ke jadi? he he he).


Kontraktor tersebut menyebut sebut harga RM9500 untuk tembok belakang rumah tersebut yang sepanjang 155 kaki. Mahal bagi saya, Lagipun kat manalah nak cari duit sebanyak itu.


Maka saya bercadang mahu menanam pokok pagar agar tertutup sedikit. Bukanlah sepanjang 155 kaki tetapi sekadar menutup pandangan hala dapur. He he he.


Maka saya sudah menyemai pokok pagar jenis `teh'. Saya pernah tanam pokok ini semasa di kampung dulu. Senang jaga dan senang bentukannya.

Saya telah beli tanah dan pasu plastik. Saya malas pulak beli polibag sebab malas nak letak tanah dalam polibag. He

Jan: Saya selalu kena ada kerja yang nak dibuat, dirancang...saya mahu ada kehidupan...

Monday, December 3, 2012

Apa yang menyebabkan kita berubah laku?


Perangai kita berubahkah? Maksud saya perbuatan dan sifat kita berubahkah melalui masa? Contohnya semasa kita muda kita cepat marah, tetapi bila semakin berusia kita sudah mula dapat mengawal kemarahan tersebut. Atau tak berubah langsung `perangai' daripada muda sampai tua gitulah gayanya. Haaa...

Cuba tanya orang di sekeliling yang rapat, contohnya tanya ayah/mak, suami/isteri dan sebagainya. Suruh mereka jawab dengan ikhlas. Adakah kita sudah banyak berubah.




Saya semakin meminati siri The Walking Dead. Siri ini sudah masuk musim ke tiga. Dan alhamdulilah semua orang yang saya tak suka sudah mati kena makan dek zombie, he he he. Cuma ada beberapa watak jea lagi. Semoga zombie makan orang yangs aya tak suka, he he he.

Memanglah cerita ini sangat melampau dan seolah tidak logik. Namun apa yang saya fokuskan bukan aspek realismenya sahaja tetapi juga aspek kemanusiaan, contohnya perubahan nilai/sikap manusia apabila digasak cabaran dan kehampaan.

Ya manusia memang berubah jika diasak. Contohnya, watak yang dalam musim pertama dulu sopan santun ala Jaafar Onn sudah bertukar agresif dan ganas. Dulu payah nak buat keputusan tetapi sekarang cepat jea.

Sebab diri dah tak sanggup menepis tekanan..maka kita `terbawa-bawa' dek tekanan tersebut....

Jan: Aku juga zombie (tapi half alive), sejak kau pergi...aku berdiri tanpa urat nadi...


Majlis Sidang Media Makan Malam Amal H4G

Kita semua menyedari apa yang berlaku di wilayah Gaza. Kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis tidak putus-putus menjadikan rakyat Palastine berada dalam kehidupan yang penuh derita, hidup penuh ketakutan. Saya sangat terharu apabila lihat gambar kanak-kanak cedera akibat peperangan. Mereka hidup dalam menderita...tidak seperti anak kita yang setiap kali singgah Seven11 nak beli permainan. He he he.

Kita? Kita juga mungkin derita sebab ditinggalkan kekasih (yang durjana), dapat isteri yang tidak tahu memasak, pasang cadar dan lipat kain, atau dapat suami yang macam tak suami jea gayanya. Atau kita mungkin derita kerana kad kredit... Namun penderitaan rakyat Palsstin jauh lebih kejam, mereka dizalimi tanpa dipinta. Kita mungkin ditinggalkan kekasih sebab kita memang jenis tak pandai memilih, mungkin dapat isteri tak pandai masak sebab dulu kita pentingkan saiz ukur lilit pinggangnya berbanding dengan nilai lain (bukannya pandai memasak, menjahit, pasang cadar atau hormat orang tua). Kita juga mungkin dapat suami sebegitu sebab kita pandang poketnya dan gayanya (yang maskulum). Dan sebenarnya kitalah yang gatal nak kad kredit tersebut dan tak pandai urus. Bank tak paksa pun.


Kita kembali kepada tajuk posting... Pada 24 Okhtober nan lalu telah diadakan satu majlis sidang media makan malam untuk mempromosikan Majlis Malam Makan Amal untuk mengumpul dana. Dana ini adalah bagi membina sebuah hospital khas di Gaza. Khabarnya kos pembinaan hospital tersebut adalah RM16 juta (dijangka siap dibina pada tahun 2017).

Berkenaan dengan hal tersebutlah MAPIM (Majlis Perundingan Islam Malaysia) telah bercita-cita menubuhkan tabung yang diberi nama H4G (Hospital for Gaza). MAPIM bersama Rabbani (selaku duta H4G), bersama juga Datuk Sharifah Aini berkerjasama menjayakan kerja pengumpulan dana ini. 

Rabbani akan mengadakan beberapa siri jelajah di tempat-tempat tertentu bagi menjayakan usaha ini.

Jan: ....semoga hospital itu nanti tidak dibom Zionis .

Aku yang bukan aku?



Saya percaya dalam phasa kehidupan seseorang, pada suatu tahap mereka berubah. Perubahan-perubahan  tersebut ada di antaranya mereka sedari dan ada antaranya mereka tidak sedari (lama kelamaan mereka akan sedar secara sendiri atau kawan-kawan di sekeliling memberitahu).

Antaranya, saya sudah tidak suka keluar malam bercampur gaul dengan orang muda-muda (walaupun setengah daripada mereka nampak jauh lebih tua daripada saya, he he he). Berlama-lamaan sambil makan dan bertepuk tampar, dan minum-minum dan berbual-bual mesra adalah suatu aktiviti yang menarik.  Saya akui ianya suatu aktiviti yang amat menarik sekali. Boleh bersama kawan sekepercayaan, kawan sependapat dan memahami kita, ia adalah anugerah. 

Saya tidak bermaksud untuk mennegatifkannya aktiviti-aktiviti tersebut. Kepada yang masih `menjalani' phasa tersebut, teruskanlah. Tiada cacat celanya aktiviti tersebut. Cuma saya rasa saya sudah agak berumur, sekali sekala mungkin boleh tetapi tidak selalu. Keutamaan saya sudah menjadi lain.

Mungkin saya sudah berumur?  Ah orang lain ada juga yang berumur tapi masih begitu. Atau mungkin saya sudah mahu mengambil nilai lain di dalam sebuah kehidupan? Entah. Bila balik kerja hati saya semahunya mahu terus pulang ke rumah, tidak mahu merayau seperti duulu... Dan semahunya pada malam hari tidak mahu lagi keluar rumah. 

Saya mahu berada di rumah, membaca dan memewahkan diri. Juga membelai diri.

Jan: Saya menunggu sesuatu...?

Sunday, December 2, 2012

Harapan seorang pak saudara...


 Tahun depan mereka naik tingkatan 4

Azlan anak sulung kakak saya, Najib pula anak sulung lelaki adik saya. Kakaknya sedang belajar di Mesir, saya harap najib akan ikut jejak kakaknya. Begitu juga Azlan. Nanti senanglah saya ke luar negara melawat mereka.

 Budak lelaki lambat matang berbanding budak perempuan (bukan semua), saya harap budak dua orang ini cepat matang dan cepat buat benda yang berfaedah. Jangan lalai.
 
 Kalau kita lalai walau sesaat ia akan menjejaskan kehidupan di kemudian hari. Tidak saya melarang mereka berseronok asal tahu akan batasannya.

 Bagi pelajar yang lalai tingkatan empat dijadikan `bulan madu', dan tingkatan lima barulah nak belajar. Saya sudah berpesan kepada mereka belajar dengan rajin di tingkatan empat lagi.

Hidup ini paling penting bernilai ialah keluarga. Kita  harus membahagiakan keluarga. Bila kita berjaya keluarga kita akan bahagia.

Kami bukanlah keluarga yang berada. Cukup makan sahaja. Saya harap mereka berdua sedar akan keadaan ini kerana ilmulah yang paling utama. menjadi payung waktu susah, menjadi perhiasan waktu senang. 

Mereka belajar di zaman senang, tidak seperti saya yang berjalan berbatu-batu hendak ke kelas tuisyen...Dulu saya dan kawan baik saya Hasnah, belajar rajin-rajin. Kami tau kami orang susah.

Akhir kata, saya harap dua oarang anak saudara saya ini jadi orang yang berguna di dunia dan bersinar di akhirat. Amin.


Najb dan Azlan sudah pulang...

Sekarang rumah saya kembali sunyi, bila balik kerja sunyi tak kedengan apa-apa bunyi. Najib dan Azlan sudah balik ke rumah masing-masing. Najib duduk dua minggu di rumah saya, dia datang dulu barulah seminggu kemudian Azlan datang menemani Najib.

Saya rasa sangat gembira bila anak-anak saudara bertandang ke rumah saya. Mungkin itulah sifat Antetua (Anak Teruna Tua, he he he). Iaitu mereka lebih rapat dengan anak-anak saudara mereka. Maklumlah tak ada anak.

Saya ada tangkap gambar mereka dulu tajuk...Najib dan Azlan bercuti di Muadzam

Mantoya (Azlan)

Najib Khan

Kini mereka semakin besar, Najib sudah pandai menggatal dengan perempuan. Manakala Azlan masih lagi malu-malu kucing. Muka mereka kini sudah lain, tidak toya lagi, nampak semakin kemas. 





Mereka dalam keadaan pra remaja. saya pula sudah akhir remaja. dalam beberapa tahun lagi saya bukanlah remaji lagi. Pun begitu saya berharap hubungan kami tetap erat. Saya harap mereka akan sambung pelajaran ke luar negara. 

Saya beritahu mereka cita-cita hendaklah digantung tinggi.

Jan: Menumpang cita-cita mereka...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home