Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Showing posts with label Saya masak. Show all posts
Showing posts with label Saya masak. Show all posts

Friday, February 26, 2021

Ayam kampung panggang Sunquick

 




Ayam kampung panggang Sunquick

1. Saya teringin nak makan ayam kampung, puas makan ayam bandar.  Lalu saya bertanyakan kawan-kawan dalam group wasap. Saya beritahu sudah 2 bulan saya tak makan ayam...(baca dengan nada sedih, dan meminta-minta).

2. Dan sekoyang-koyannya, saya dapat ayam kampung secara `free'. Saya cuba membayarnya tetapi kawan saya menolak, dan beliau berdoa agar gaut saya cepat sembuh.

3. Oleh kerana ini ayam kampung, saya nak buat masakan special sikit. Masih ada lagi oreng Sunquik sebek dalam peti sejuk, saya berhajat nak masak ayam panggang Sunquik.

4. Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji kentang (direbus terlebih dahulu, ni kira leceh ni)
3 sudu kicap (sos tiram pun boleh)
4 sudu pati oren Sunquick
1 secawan magerine (dicairkan terlebih dahulu, panaskan)

Garam, gula dan ajinamoto secukup rasa (sikit jea saya guna, main campak-campak jea)
Sedikit nanas.

P/s: boleh tambah 2 kiub perasa ayam, kalau suka.

4. Blender semua bahan di atas. Selepas itu cuba rasa, kalau apa-apa kurang, tambahlah mengikut selera kita.

5. Ayamnya pula dikerat kepala, kaki dan cuci semua bahagian dalam. Tetapi jangan dikerat-kerat bahagian lainnya, buat ala ayam 'thanksgiving' tu. 

(Dan jangan lupa kelar sikit badan ayam tu agar bahan yang kita blander senang menyerap jauh masuk ke dalam sel-sel ayam tu).

6. Masukan bahan-bahan yang diblender tadi ke bahagian dalam ayam. Sumbat semua. Dan comor juga di bahagian luar ayam. Comor betul-betul. Comor bagi rata.

7. Dan siap sedia untuk di bakar.

8. Boleh juga jika masa nak bakar bubuh nenas, atau bubuh sepuluh minit terakhir. Boleh belaka. Kalau nak ranggup kruk kerak, boleh bubuh last sekali.

9. Bakar selama 1 jam 30 minit, biarkan ayam terbakar dengan kepanasan api 180c. Sudah takdir ayam tu begitu.😄

10. Boleh dimakan bersama nasi, atau ratah begitu saja. Rasanya `best' sebab rasa oren tersulam dengan nanas...dan tidak kering sangat kerana ada air magerine tersulam dengan kentang rebus.

11. Kalau nak rasa, kenalah cuba buat. Selamat mencuba...

Sekian terima kasih...






Biskut Semperit Klasikal




1. Bahan-bahannya:  150 gram Majerine, 80 gram gula aising, 50 gram tepung jagung, 80 gram tepung kastad, 120 gram tepung gandung, 1 biji kuning teor. Bahan-bahan ikut timbangan.

2. Tapi saya guna resepi yang mak saya kirim melalui wasap, senang!. Telur 2 biji, gula halus 1 cawan, butter cap 1 cawan, tepung jagung 2 cawan, tepung gandum 2 cawan. Sedikt esen vanilla dan baking powder. Emak saya pesan kalau tak nak kembang guna telur kuning sahaja.

3. Cara buat, campur telur dan gula, kacau. Bila rata kacau bubuh mentega, kacau. Bubuh airsen vanilla, kacau. Bubuh gandum dan baking powder, gaul. Dan mak saya kata kalau masih lembik, agak-agak la tembah gandumnya.  

2. Mana-mana biskut kebanyakannya memang langkah pertama kita kena sebatikan magerine dengan gula dulu. Tapi untuk biskut ni godel-godel biar sebati gitu jea, jangan godel lama sangat untuk elak biskut kembang bila dimasak.

3. Lepas sebati bubuh kuning telur godel balik biar sekata dan masukan tepung tiga beradik tersebut (Tepung gandum, tepung kastad (tiba-tiba saya bubuh sikit dengan mengurangkan tepung gandum dan tepung jagung sikit) dan tepung jagung). Masuk sedikit demi sedikit, sehingga sebati dan boleh dibentuk.


 4. Peritnya bermula apabila kita guna acuan semperitnya. Tidak seperti acuan menekap, acuan semperit memerlukan tenaga setiap kali kita mahu bentukan kuntuk-kuntumnya. Kadang-kadang saya berdiri dan duduk sekejap. Dan peritnya bertambah kerana saya tidak berjaya membentuk kuntum-kuntum bunga yang sama besar saiznya. Saya musnahkan semula bentuk tersebut dan kembalikan dalam bekas adunan. Masuk dalam sarang semperit dan tekan kembali. Ah... tak reti nak standardedkan saiznya!


5. Acuan biskut semperit adalah unik. Ia ada pecahan di hujungnya yang melahirkan bentuk kuntum. Dan kuntum-kuntum tersebut, Ada pecah 13, ada pecah 16 dan sebagainya. 




6. Sejak berzaman diletakan pulak di tengahnya dengan buah ceri yang dipotong kecil. Letak betul-betul di tengah kuntum. Kalau malas beli ceri yang dah siap dipotong.

7. Setelah siap dibentuk di atas tray, letak tray-tray tersebut dalam peti sejuk. Khabarnya itu petua agar buah ceri itu tak luruh. Saya ikut jelah petua2 ni. Dalam masa yang sama saya panaskan ketuhar.

8. Sementara menunggu, saya juga terasa perit apabila mula membasuh bekas-bekas dan alat-alatan memasak biskut tersebut. Ketika inilah terbayang keperluan memiliki orang gaji.

9. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 C. Syurigia diingatkan kembali, ia bergantung kepada oven yang kita guna.


10. Dan seperti biasa letak di dalam balang dan pukul gambar. Cantik. Juga untuk kelihatan anggun letakan ke dalam bekas Pyrex, Autum Glory design keluaran tahun 1960an, buatan England.

11. Biskut Semperit ni dalam katogeri biskut lama. Khabarnya asal usul biskut ini dibuat dengan penuh keperitan di dapur yang sempit. Sempit dan perit ini akhirnya digabungkan menjadi Semperit. Tiada LR (Literacy Review), namun begitulah ceritanya. 

12. Sekian, boleh cuba. Memang rare sikit semprit klasik ni, zaman sekarang orang lebih suka buat semperit susu atau semperit pandan... letak di lidah cair. Tetapi bagi saya semperit klasikal ini paling best!



 




Tuesday, February 16, 2021

Biskut Susu Bintang Mudah Giler




1. Apabila saya buka peti sejuk, saya terlihat ada susu pekat. Memang dah agak lama, rasanya dah dekat 2 bulan. Memang tak akan habis punya sebab saya sedang jaga pemakanan. Susu pekat tersebut tidak baik untuk kesihatan, bukan susu sebenar pun. Kelapa sawit semata, khabarnya.

2. Terlintas di hati, "Baik aku buat biskut susu, boleh beri ke jaga keselamatan kawasan perumahan". 

3. Cara-caranya: Bubuh 500 gram tepung jagung dalam bekas tipuware (kalau ada bekas Tupperware lebih baik, tahan seumur hidup). Kemudian bubuh pula 250 gram mentega (memang kalau kita beli seketul tu 250 gram) dan akhir sekali bubuh setengah tin susu pekat manis yang sebek dalam peti sejuk tu.

4. Boleh guna apa-apa jenama susu pekat. Saya guna susu cap Junjung, mahal sikit tapi "Apa la nak berkira sangat dengan orang yang kita sayang...".  Memetik kata mak saya (ketika saya komplen susu cap junjung mahal...he he he).

5. Gaul biar/sampai rata guna spatula, bila lenguh guna tangan jealah...uli. Uli bersungguh-sungguh, bayangkan wajah manusia yang kita geram. (Yang hadir dalam hidup kita sekadar beri pengajaran yang pahit)

6. Ambil belakang dulang (ganti papan penerap, sebab tak jumpa cari dalam tong Toyogo yang mana satu, lama tak guna. Itulah masalahnya bila tak label) letak atas meja makan. Senang buat atas meja makan, luas. Dapur saya sempit.

7. Bahan uli yang dah jadi dosh tu sebenarnya boleh diuli bentuk bulat2 kecil dengan tangan jea. Namun sebab ada acuang terap, maka saya gunalah acuan berbentuk bintang. Saya cantikkan penampilan fizikalnya. Untuk jadi nampak comel, tabur hiasan gula yang berwarna. (Tak letak pun tak apa. Lawa juga bila masak, jadi putih seputihnya).

8. Namun setelah beberapa lama dan rasa malas datang, saya bulatkan dengan tangan, tekan dengan garpu... Arwah nenek saya buat dengan tangan jea, bentuk bulat-bulat. 

9. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit, jangan sudah letak tray dalam oven baru nak panaskan. Oh yea jangan lupa pastikan tak ada handpon atau apa2 atas oven tu. Nanti masak dengan handpone2 sekali.

10. Bakar dengan suhu 180'C, selama 30 minit. Sementara menunggu boleh terap lagi untuk pembakaran seterusnya. Nak menerap kena sabar, duduk bangun, duduk bangun. Lenguh. Sakit belakang, kita bukannya muda lagi.


11. Bila masak, biarkan ia sejuk. Hidangkan dalam balang yang dibeli di SOGO. Namun bekas yang dibeli di Tunas Manja/Nirwana pun tak apa... Saya terpaksa guna balang yang dibeli di SOGO tu, khabarnya kalau kita tak guna duduk sebek dalam almari, di akhirat nanti akan dihisab juga adanya. Menakutkan tu...

12. Akhir sekali jangan lupa letak dalam istageram, FB dan sebagainya.

Selamat mencuba puan-puan, dan tuan-tuan. Boleh makan apabila menonton Neflik atau ketika melihat bintang di langit kelama






 

Sunday, February 14, 2021

Sup Ikan Tenggiri Campak-campak




 

1. Saya berhajat untuk kurangkan makan ayam, saya nak kurangkan jumlah asid urik yang ada dalam badan. Bulan satu lalu jumpa doketor dia kata asid urik dah 900 lebih, dah lebih dari sekali ganda (paras normal 400). Jumpa awal bulan 2 hari tu, alhamdulillah dah turun ke 600. Jadi misi untuk normalkan kepada 400 bermula lagi.

2. Kena jaga badan, kena jaga kesihatan. Tak naklah pukul 2 pagi bangun menangis macam budak bila kena gaut. Sakit giler.

3.Dan misi beralih menu kepada ikan bermula. Ikan pun ada yang pantang, ikan kembung tak boleh sangat sebab kandung purin banyak, boleh bawa kepada gaut juga. Jadi saya berhajat masak sup ikan tenggiri sekali sekala. Khabarnya, sup ikan Tenggiri juga baik untuk ibu-ibu yang mengandung. (Namun pastilah baik juga untuk ibu dan ayah yang tidak mengandung).

4. Cara-caranya: Pergi ke supermaket, setelah terkejut lihat harga ikan tenggiri yang berjumlah RM42 sekilo. Saya ambil dua keping sahaja. Surgia diingatkan sejak PKP, harga ikan naik antara 4% hingga 10%. Apa nak dikata...

5. Okey sekarang letak bekas atas dapur (selepas balik dari supermarket tersebut), tumiskan bawang putih 3 ulas dengan seinci halia. Saya campak juga bunga cengkeh, bunga lawang dan kayu manis (tiga beradik). Apa yang ada di dapur campak jea, he he he. Macam biasa, panaskan sehingga berbau sedap.

6. Selepas itu bubuh air. Saya tunggu bila gelegak, saya campak ikan tenggiri tersebut. Campak pula tomato, lada hidup dan batang sup. Akhir sekali bila dah masak bubuh garam dan daun sup. Saya nampak berleming sedikit, itu tandanya terlebih minyak masa tumis tadi. (over).

7. Setelah gelegak 10 minit, masaklah tu. Lihat gambar. Tapi dalam gambar nampak kepingan ikan tu seakan besar. Jangan tertipu Lazada, sebenarnya bekas Corningware tu yang kecil. He he he.

Nak manis ke, nak masim ke, masam ke, nak tawar ke boleh belaka ikut citarasa sendiri. Itulah keistimewaan bila masak sendiri sebab kita sorang jea nak makan. Kita bebas ikut tekok kita.

Sekian sahaja kali ini. Jumpa di lain masakan. Lepas masak jangan lupa kemas balik dapur. Itulah yang leceh. He he he.

Saturday, February 13, 2021

Biskut Telor Rebus 2021

Biskut Telur Rebus


1. Dah 10 tahun lebih tak bakar biskut dan kek. Tiba-tiba rasa nak buat biskut. Mungkin sebab PKP kot.

2. Biskut Telur rebus ni dipilih sebab bahan-bahannya senang. Dan sebab kalau tak jadi, taklah rugi sangat kan.

3. Bahan-bahan, 4 biji telur ayam rebus. Ambil yang kuning, yang putih kerat kecil-kecil boleh bubuh dalam sup sawi.

3. 1 cawan mejerin, 2 cawan tepung gandung, 2 cawan tepung jagung, 2 cawan gula. Sedikit perasa vanila. (sukatan cawan, sukatan mak-mak dulu-dulu) 

4. Ambil bekas bacuhan... ayak tepung gandung  bersama tepung jagung, gaul. Campur gula dan telur rebus yang sudah dilenyek. Gaul.

5. Bubuh mejerin sedikit demi sedikit, gaul lagi sambil lihat berita Tv tentang covid. Bangladesh dah mula program vaksinnya... Kenapa kita lambat?

6. Bila bahan uli dah tak melekat di jari dan bekas, maknanya phase menerap boleh dimulakan. Boleh pilih bentuk, bebas.

7. Saya pilih bentuk hati dan bulan. Bentuk hati melambangkan rindu di hati saya yang tak berkesudahan manakala bentuk bulan sabit melambangkan ramainya ahli politik Malaysia yang disabitkan dengan kes-kes mahkamah.

8. Selepas rasa lenguh dan pinggan rasa macam kena tetas barulah siap menerap... Remeh dan terasa malas, he he he.

9. Oh yea, pecahkan sebiji telur, ambil kuningnya saja dan sapu pada permukaan biskut tadi. Jangan sampai meleleh nanti biskut akan lekat di bekas, payah nak tanggalkan biskut, payah nak basuh tray tu...

Sapu kuning telur di permukaan biskut


10. Bakar dengan suhu 150c.  Tapi bergantung kepada masing-masing ketuhar. 

11. Kena acap tengok. Bila nampak kuning telur di permukaan tu dah masak perang, tanda masaklah biskut tu. Kalau nak ranggup bakar lagi selama lebih kurang 5 minit ke, biar biskut tu pun turut sama jadi warna perang...😁

12. Selamat mencuba...jangan lupa kongsi di media masa.

P/s: Saya buat tambah gula, nak manis sikit sebab kehidupan saya penuh kepahitan...he he he.



Contoh sapuan kuning telur yang tak rata, nak jimat tu...



 

Tuesday, September 8, 2020

Kari ikan merah


 

1. Petang semalam, sebaik sahaja keluar dari tempat kerja...saya menuju pasaraya. 

2. Saya sedikit deman dan berasa mahu makan kari ikan Merah. Bila saya deman tak ada sesiapa yang tanya `Nak makan apa?" bagai. Teringat dahulu mak selalu tanya saya nak makan apa apabila saya deman. 

3. Saya beli ikan merah dua keping, tomato dua biji, lada kecil hijau sedikit. Saya beli juga roti. Cadang nak buat cicah kari. Ikan merah dua keping itu RM16. Saya tak tahu mahal atau tidak.

4. Saya masak kari yang ringkas sahaja. Letak apa yang ada sahaja. Bagi saya tumis biasa pun boleh asal rempah kari itu sedap. 

5. Saya beli rempah kari dari Mafuzah, suaminya menjual rempah-rempah yang sedap. Setakat ini saya juga sudah cuba buat sup dari rempah yang saya beli. Puas hati sungguh supnya.

6. Kita kembali dengan masakan kari tersebut.

7. Saya panaskan periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih, bila mereka sudah mesra, saya masukan terus rempah kari yang saya sudah campurkan dengan sedikit air. Saya tumis sekali lagi. Kemudiannya saya masukan air dan biarkan ia gelegak. Saya terus letak tomato dan kacang bendi. Kemudian saya letak air asam jawa sedikit. Dan letak santan, dan kemudiannya saya letak ikan merah. Last sekali barulah saya letak garam dan gula.

8: Review: Saya dapati kuah kari sedikit cair. Air tomatonya sedikit berlebihan namun sedap. Mungkin terlebih tomato. Namun kesannya sedap dimakan. Ada kacang bendi juga menambahkan kesedapan kari ini. Namun paling utama kari ini diselamatkan oleh rasa rempah yang sedap.  

10. Saya suka masakan kari ini. Pada masa akan datang saya akan tumis lama sedikit, dan saya mungkin letak lebih sikit rempah. Saya tidak kisah sebab saya jarang buat kari memari ni. Dan saya dapati lebih sedap orang lain buat.

11. Namun begitu saya dapati kari yang di buat oleh kakak saya lebih sedap.

12. Dan petang itu juga, nak dijadikan rezeki seorang kawan saya memberikan lauk karinya. Kari udang yang dibuat oleh beliau memang best, 5 bintang.


Tuesday, August 25, 2020

Sup ayam rempah Fuzah...

 



1. Kalau ada masa, kalau hati saya senang dan tidak ada aktiviti ke bandar atau berkebun, saya akan memasak pada hujung minggu. 

2. Memasak sendiri untuk diri sendiri sangat istimewa kerana kita boleh penuhi selera kita. Contohnya jika kita suka sedikit manis atau masing, kita tambah gula dan garam. 

3. Jika saya masak, saya akan masak dengan kuantiti yang banyak. Untuk disimpan dalam peti sejuk. Untuk dimakan berulang kali. Saya perangat semula. Ramai yang halang aksi saya perangat ini kerana tidak bagus untuk kesihatan. Saya tidak peduli. Lagipun bukannya nak simpan sampa PRU15.

4. Terbaru saya masak sup yang dibeli rempahnya dari sahabat saya yang juga merupakan rakan sekerja. Saya termakan sup di rumahnya dan saya terus tanya di mana hendak dapatkan rempahnya?. 

4.5 Rupanya, keluarga beliau memang turun temurun menguruskan perniagaan rempah-rempah.

5. Wah sedap sungguh sup yang saya buat ini. (ambil bakul masuk dalam bakul dan saya angkat sendiri).

6. Ingin sahaja saya hantar gambar masakan sup kepada kawan-kawan dan memberitahunya bahawa sup yang saya masak ini sedap. Tetapi niat itu saya tidak teruskan kerana bimbang sifat menunjuk-nunjuk ini menimbulkan ketidak selesaan. Sedangkan orang buta pun boleh masak sup. Sekadar sup.

7. Namun benar sekali, sup yang saya buat ini sedap. Mungkin kerana rempahnya terdiri dari 17 ramuan herba yang terpilih dan dirahsiakan.

8. Sedapnya...cicah roti.

Sekian.

Monday, March 18, 2019

Masak gulai lemak telor itik... Lemak kuning

 

1. Hujung minggu lepas saya melangkah girang ke dapur.

2. Rumah saya kecil, selangkah dua dah sampai dapur, selangkah dua sampai ruang tamu, selangkah dua sampai bilik tidur, selangkah dua dah di luar rumah! kalau di luar rumah, selangkah dua dah ada di rumah jiran…!

3.Kembali kepada tema post, saya nak masak. Rasa nak makan gulai lemak telur itik, best rasa masam2 ada, pedah ada, manis ada...ahh best. Telur itik bawa dari kampong, ayah bagi.

4. Saya hidu bekas blander, bila sah bekas tu bukan untuk bawang, saya terus letak atas meja. Tak ada masa nak taging.

5. Saya ada dua bekas blander, satu untuk kisar bawang, satu lagi untuk blander buah2 kalau tiba-tiba saya rasa `urban'.

6.Saya campak lada merah, lada hijau,kunyit, lengkuas, bawang merah dan bawang putih...dan kisar dengan girangnya.

7.Panaskan kuali Teafal (bayar bulan, main kutu) masuk kisaran tadi dan godel dengan secuit garam, bila nampak masak letak santan cair, bila didih letaklah telur satu persatu...dan akhir sekali letak santan pekat dan daun kunyit (saya tanam sendiri) dihiris halus ala che wan.

8.Best baunya...jiran2 tentu tertanya2 dan mengata2.

9.Namun bila makan saya rasa kurang umpp, ada sesuatu yang kurang. Seperti dunia politik dan ekonomi Malaysia, saya rasa masakan ni ada sesuatu yang tak kena. Tapi apa dia yea?

10. Selepas makan, semasa saya bawa pinggan ke sink, saya ternampak asam gelugur di tepi meja!. Masih dalam plastik...

11. Memang kena lengkap resepinya, tak boleh tertinggal satu, jadi lain rasanya...tapi tak apalah nasi seperiuk (periuk kecil) habis juga tadi.

12.Saya terus insaf sekejap, kita manusia hanya merangcang, asam gelugur tertinggal jua...
 
Saya makan dengan ayam...tiada sayur.




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home