Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, July 13, 2016

Apabila menjadi hebat itu bukanlah suatu perkara yang penting...

Saya adalah sejenis manusia yang tidak bercita-cita tinggi. Dari kecil hinggalah dewasa hidup saya hanyalah terfokus atau mengejar perkara yang biasa-biasa sahaja. Tidak pernah saya mahu menonjolkan diri dalam kelas atau menjadi hebat seperti orang lain yang diwar-warkan hebat oleh orang sekeliling atau pihak media.

Saya juga tidak cepat mengganggap seseorang itu hebat kerana saya biasanya lebih tertarik kepada isu apakah yang terpaksa dia `lepaskan' untuk menjadi seorang yang hebat di mata orang lain. Dan akhirnya apabila saya tahu apa yang dia terpaksa lepaskan...saya sudah tidak lagi anggap dia hebat.

Bagi saya selagi seseorang itu masih harus basuh beraknya sendiri, apalah hebatnya sangat. He he he. 

Mungkin saya seorang yang sukar untuk kagumi orang lain. Contohnya, pada saat-saat orang sangat kagumi Datuk Siti Nurhaliza, saya cuma anggap beliau seorang penyanyi yang mempunyai suara yang biasa dan menyanyikan lagu-lagu yang mudah-mudah sahaja. Saya lebih kagumi suara Liza Hanim. Contohnyalah...

Mungkin kekaguman saya ada tahap-tahapnya, ada sedikit sedikit. Maksud saya saya kagumi atas faktor lain, bukan faktor keseluruhan... Contoh saya kagumi Datuk Siti Nurhaliza kerana dia pandai bawa diri dari segi pergaulan dengan lelaki semasa dia sedang naik.

Namun pada kadang-kadangnya saya berfikir saya tidak menjadi hebat kerana saya tidak ada idola yang hebat dalam hidup. Dan saya tidak pernah ada, apatahlagi mahu mencontohi atau jadi seperti orang tersebut.

Saya tidak pernah mahu jadi orang lain walaupun satu saat. 

Pun begitu menjadi orang biasa seperti saya juga susah. Saya percaya walaupun saya tidak handsum tetapi saya tidaklah pula hodoh. Saya percaya walaupun saya tidaklah kaya tetapi tidaklah pula miskin, saya juga percaya walaupun saya tidaklah pandai tetapi tidaklah pula bodoh. Saya rasa saya biasa-biasa sahaja. Amat biasa sebenarnya.

Melalui kehidupan sebagai orang biasa ada juga cabaran yang maha hebat. Ada kawan saya beritahu menjadi orang kaya atau miskin lebih sukar dari menjadi orang biasa-biasa. saya beritahu menjadi orang biasa juga sukar sebab orang biasa itu bukan sahaja tidak boleh kelihatan sebagai orang kaya, tetapi juga orang miskin.

Tetapi tak kanlah tiada suatu pun yang luarbiasa pada diri saya...?

Namun soalan di atas tidak penting kerana menjadi luarbiasa dan hebat itu bukanlah suatu perkara yang penting dalam hidup saya...

Mungkin ramai yang tidak percaya dengan penulisan ini...emmm.



No comments:

   

.

.

.