Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, July 14, 2016

Tarzan 2016

"Di kalangan manusia banyak binatang, di kalangan binatang hanya ada satu manusia, Tarzan!" 




Saya terhibur menonton filem The Legend of TARZAN. Saya peminat cerita tarzan sebab saya percaya (dari kecil lagi) bahawa gorila adalah haiwan yang hidup bermasyarakat dan bersosial, Dan saya selalu percaya makhluk yang paling bahaya bukan binantang, tetapi manusia.

Namun cerita Tarzan ini `lain' sikit sebab ia bukan cerita pasal manusia yang menyesuaikan diri hidup dengan binatang tetapi lebih kepada kesan atau impak akhir daripada hidup dengan binatang. Kisah ini menceritakan Tarzan yang sudah pulang ke bandar dan hidup di bandar kemudiannya kembali semula ke hutan... Ini yang menariknya.

Hero filem ini tidaklah terkenal tetapi pandai berlakon, namun watak yang berjaya menarik perhatian saya ialah watak penjahat yang santun dan budiman.

Kita tidak perlu muka buruk atau perangai kasar untuk watak penjahat sebab dalam dunia nyata yang nampak islamik itu adakalanya raja kencing...manakala yang hidup ala USA itu pula sebenarnya berhati mulia. Haaa...

Image result for Christoph Waltz Tarzan
Christoph Waltz pegang watak jahat, menjadi saikonya

Suasana hutan dan belukar yang cantik.

Kita akan dapat lihat filem ini memaparkan sesuatu yang betul iaitu harimau tinggal di dalam belukar bukannya hutan. Dalam banyak cerita kita lihat harimau tinggal dalam hutan, tetapi di dunia nyata sebenarnya harimau tinggal dalam belukar.

Ada kisah cinta juga...tetapi cinta yang lebih kepada kekeluargaan. Bila ibu Tarzan dibunuh, Tarzan marah sebab walaupun bukan manusia Tarzan tetap anggap gorila itu ibunya. Dan Tarzan sayang kepada Jane, isterinya.

Cerita ini bukanlah ditujukan kepada kanak-kanak sebab banyak persoalan politik, falsafah, falsampah dan serius diselitkan. Ia bukanlah hiburan semata-mata.

Jadi ada satu kejadian anak seorang penonton datang ke kerusi saya (saya pilih kerusi paling tepi) nak memukul saya...(entah apa). Nasib baik maknya panggil semula. Saya rasa anaknya yang dalam lingkungan lima enam tahun tu merasa boring sebab tu dia merayau. Tapi kenapa datang nak pukul saya pulak? Saya bukan gorila...! Huh!

Kes bawak anak ke panggung wayang dan gagal mengawalnya memang selalu terjadi di Malaysia. Tapi niat emaknya baik supaya anak tengok Tarzan Tetapi Tarzan ni tak sesuai untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak tengoklah versi kartun, lagi okey. malas nak komen rumahtangga orang. Titik.



Image result for Tarzan 2016

Adegan yang paling saya ingati adalah ketika Tarzan berjumpa dengan kawan-kawan binatangnya. Setelah lapan tahun tak jumpa mereka berjumpa semula. Maklumlah membesar dari kanak-kanak lagi...

Cerita ini diakhiri dengan yang baik dibalas baik yang buruk dibalas buruk...

"Adakalanya manusia lebih teruk dari binatang kerana bukan sebab manusia itu boleh/mampu buat perkara yang lebih teruk dari binatang, tetapi sebab manusia itu ada otak tapi tidak berfikir..."








No comments:

   

.

.

.