Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, July 27, 2016

Pengalaman berjumpa pelacur...*


SEMASA saya belajar di Universiti Malaya, kawan-kawan saya ada bertanya kepada saya kenapa saya suka baca novel sedangkan saya jurusan ekonomi. Ini kerana adakalanya mereka lihat saya duduk membaca novel di tangga-tangga bangunan fakulti. Kadang-kadang saya sembunyikan novel yang saya baca apabila mereka nampak, saya malu. Bodoh sayakan masa tu?

Saya hanya jawab saya suka membaca, sebenarnya saya mahu kenal dunia orang lain. Saya mahu kenal dunia sebanyak-banyaknya sebab ia terisi dengan seribu cerita. Pahit manis.

Apabila ada pameran buku yang biasanya diadakan di Dewan Tuanku Censelor, saya selalu melepak di sana. Pada suatu pameran saya telah membeli sebuah novel bertajuk Salina, karya agong Datuk A Samad Said, sasterawan negara kita. Yalah kan, kalau dah tersadai pagi petang tak kan tak beli langsung. Jadi saya sambar sebuah novel bertajuk `Salina'. lagipun nama saya `Sukiman', moga nanti ada novel bertajuk `Sukiman'. He he he.


Sebelum saya membeli novel ini saya sudah tahu (melalui media sastera) novel ini berkisarkan kehidupan seorang pelacur yang bernama Salina. Yang tragisnya walaupun beliau seorang pelacur beliau seorang manusia yang penuh kemanusiaan dan penuh dengan sifat kasih sayang.  Saya baca novel ini beberapa kali dan barulah saya sedar tidak semua perempuan yang melacur itu gatal dan  gila seks sahaja tetapi banyak factor lain yang mendorong seorang perempuan itu menjadi pelacur.

Novel ini berlatar belakang di sebuah kampung yang bernama Kampung Kambing,  Singapura sewaktu selepas perang Jepun. Akibat peperangan dan keadaan huru hara watak utamanya iaitu Salina kehilangan segalanya termasuk keluarga. Di tengah-tengah terumbang itu dia berjumpa dengan Abdul Fakar (yang mirip kekasihnya). Dan beliau telah dipergunakan oleh Abdul Fakar tersebut ( namun dia amat sayangi Abdul Fakar tersebut. Perempuan!) 

Peperangan dilukiskan oleh datuk (A. Samad Said) sangat jahat dan memakan nilai kemanusiaan manusia hingga jadi macam binatang. Waktu-waktu begini ugama sudah tidak dapat buat apa-apa…..Wow! tinggi sungguh pengamatan sastera sasterawan negara kita. Kupasan terperinci dalam novel tersebut membuatkan saya benar-benar mengenali Salina dan perit purut hidupnya, saya kesihan kepadanya. Macam mana kalau terjadi kepada keluarga kita?

Mungkin ada yang beranggapan kisah sebegini tidak akan berlaku kepada keluarga kita atau generasi kita. Sebenarnya semua peristiwa dan kejadian ada kebarangkaliannya berdasarkan faktor hidup dan sekeliling kita... Cuba renungkan...

Perlukisan watak yang mendetailkan oleh Datuk membuatkan saya tertarik kepada dunia perlacuran. Bukan tertarik untuk melanggang pelacur (atau turut melacurkan diri, laku ke? he he) tetapi untuk melihat adanya dunia lain selain daripada dunia kita yang senang lenang ni… (yang bila gaji lewat sikit dah macam nak putus nyawa…, bila laki balik lewat sikit rasa macam hilang handphone, atau...bila isteri masak tersalah masin terus tunjuk muka 14).

Dan saya beruntung sebab kawan saya Anuar Rahman (nama sebenar) roommate saya sudi membawa saya ke sarang pelacuran. Katanya di Kuala Lumpur ada banyak  sarang pelacur. Saya amat terhutang budi kepada beliau kerana sudi memperkenalkan saya kepada dunia pelacuran. Kalau saya mintak orang lain tolong pasti saya dihina, dicerca atau disalah anggap, aci potong jari anak patung, mereka akan kata `apa ke faedahnya?. Selamat datang ke masyarakat kita. Selamat datang ke Malaysia.

Kami naik bas mini 12 menuju ke Chow Kit. Saya dibawa ke Jalan Haji Taib belakang Chow kit Road tersebut. Kata kawan saya di sini juga ada pelacur katogeri pondan. 

Bila bas turun kami berjalan sikit sahaja ke lorong-lorong. Saya berasa takut, berdebar-debar maklumlah pada masa itu saya masih lagi anak teruna (dan ketika posting ini dibuat juga). 


Semasa saya melalui bilik-bilik tersebut saya ada nampak katil dan bantal. Tak cantik mana pun dekorasi biliknya, maklumlah pelacur kelas bawahan. Ada juga yang mesra dan memanggil saya `adik-adik mari sini”. Sambil mengeluarkan kopeknya. Ya allah itulah kali pertama saya lihat kopek perempuan dengan mata saya sendiri secara live. Terima kasih sekali lagi kepada kawan saya tersebut. He he he.

Pada masa itu saya juga masuk ke bilik-bilik mereka untuk melihat dan menghayati keadaan pelacur tersebut. Saya terbayangkan pelacur-pelacur tersebut mungkin macam Salina, iaitu ada factor yang menjerumuskannya ke lembah tersebut. Jangan kata semata-mata mereka tak ada asas agama. Ramai berlambak yang tak ada asas agama tetapi tidak menjadi pelacur pun, mungkin kita harus mengkaji hal ini dengan lebih serius, dan kurangkan mengata orang. Banyak factor sebenarnya membawa kepada pelacuran berleluasa. Mungkin permintaan ada…

Bila permintaan ada, wujudlah penawaran...saya teringat kata-kata guru ekonomi saya, cikgu Zaiton. dia suka mengajar sambil duduk atas meja. Kalau zaman sekarang ia jadi isu tu...he he he.

Selepas melawat bilik-bilik pelacuran tersebut saya dikenalkan dengan Mami. beliau agak berumur tetapi tetap vouge. mami tu ketua pelacur rupanya. Mami tu mesra dan baik, siap berbaju kurung lagi. 

 I'm gonna treat you so nice, you're never gonna let me go...he he he

Dan selepas itu saya keluar dan duduk jauh sikit daripada lorong tersebut, menyandar di kereta. Saya nak lihat muka lelaki yang macam mana yang datang dan sanggup mendapatkan khidmat pelacur tersebut. Dan hasilnya dapat saya katakan, muka macam kitalah. Bukannnya muka yang buruk atau tua. Ada yang hondsome, ada yang tua dan muda. Sama je macam kita. Tak ada pun yang berlubang mukanya. Haa...

Semasa saya sedang leka memerhati, tiba-tiba saya melihat 4 orang pemuda india meluru keluar dari sebuah bilik, diikuti dengan seorang wanita hanya bercoli dan berseluar dalam mengejar lelaki-lelaki tersebut. Hingga hari ini masih jelas di ingatan raut wajah perempuan itu, tidaklah cantik sangat tetapi kira dalam katogeri C+, ada rupa. Rupanya dia mengejar seorang lelaki yang tidak mahu membayar perkhidmatannya. Ya allah!

Perempuan tersebut menjerit `Nak konkek je RM5 pun tak nak bayar’. Kesian saya tengok perempuan tersebut, dia ditenteramkan oleh kawan-kawannya yang juga pelacur. Saya tanya kawan saya konkek itu apa? Dan setelah kawan saya menjelaskan maknanya, saya rasa menyesal pulak tanya, he he he.

Betapa susah ya nak dapatkan RM5. Tetapi dia mungkin boleh cari kerja lain. Entahlah saya pun tidak mahu fikir banyak kerana saya tak ada ilmu dalam kehidupan sebegini, tak mahulah jadi macam orang di sekeliling saya yang terus jijik bila dengar perkataan  pelacur.

Saja interframe, jangan marah... (gambar zaman UM, naik bas Mini no 12)

Kawan saya beritahu pelacur ni ada beberapa kelas/katogeri. Iaitu kelas atasan, pertengahan dan bawahan. Dan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan mereka pun berbeza mengikut kelompok kedudukan mereka. Kalau dah bergelar datuk tak kan nak guna yang bawahan. Tetapi jika datuk mereka mungkin simpan sebagai perempuan simpanan tetap. Sediakan rumah, kereta bagai.

Penulisan mengenai pelacur ni dah jadi panjang pulak. Pada hal asasnya saya nak cerita novel Salina tu. Tak apalah… rupanya kesan membaca novel tersebut memberi penukaran atau transformasi bagaimana saya melihat seorang pelacur. 

Antara kesimpulan yang saya dapat seorang perempuan itu tidak perlulah menjadi pelacur,  untuk menjadi jijik, seorang ustadzah pun berupaya menjadi jijik jika salah gaya dan perilaku kehidupannya.

Sekian, selamat membaca.


Abang Jan: Novel salina ni memang mengenai dunia pelacur tetapi bukan ditulis bernada lucah atau erotik, kalau harap nak stim tak perlulah baca buku ni. Kan hampa nanti…

* Posting yang saya edit semula...

2 comments:

Angah said...

saya tahu novel ni sejak saya umur 16 tahun, dapat hadiah dari...GPMS, sempat baca separuh je masa tu, sebab tak paham cerita pasal apa...

Sukiman Ishak said...

Novel ini bagus...ending dia bagus... tak puas baja banyak kali...tapi tema dia berat...tema dan persoalan yang berat dan bertaraf universal...

Selamat hari raya Angah, maaf zahir batin..

   

.

.

.