Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, August 3, 2014

Sebuah pertanyaan yang membuatkan hati saya luluh...

"Awak tidak suka kepada mak saya kan?" Tiba-tiba anak saudara saya yang berumur 8 tahun bertanyakan saya satu soalan. Satu soalan yang sangat sukar untuk dijawap (pada seorang yang sangat budak).
 
Ketika itu saya dalam kereta bersamanya. Saya mahu membawa adik perempuan saya ke kedai beli makanan dan tiba-tiba anak saudara lelaki saya mahu ikut serta juga. Bila adik perempuan saya keluar membeli makanan (untuk berbuka), tinggallah saya bersama anak saudara saya dalam kereta.
 
Dan dengan tiba-tiba itulah anak saudara lelaki itu bertanya...
 
Sukar untuk saya menjawab tetapi saya harus menjawabnya dengan cepat agar tidak timbul satu fikiran negative di kepalanya. Dia baru darjah 2.
 
Seingat saya semenjak perkahwinan kedua adik lelaki saya selama 9 tahun, baru dua kali saya menyapa adik ipar saya tersebut. Itu pun kerana terpaksa dan keadaan sangat janggal jika saya tidak menyapa. Dan sapaan saya itu hanya sepatah perkataan sahaja... Ringkasnya saya memang tidak bercakap dengan adik ipar saya.
 
Perlukan saya menyukai semua orang? Kalau tidak ada perasaan suka? dan hanya perasaan tidak selesa?.
 
Adakah saya mesti menyukai semua orang?
 

 

2 comments:

Lan LoloQ said...

kids say the darndest thing...

sukiman said...

yup...

   

.

.

.