Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 12, 2014

Indecent Proposal (1993)

Indecent Proposal (1993): Suami, isteri dan jutawan

Kalau ada orang mahu membayar kita dan isteri kita sebanyak RM3.8 juta dengan syarat isteri kita bermalam dengannya hanya satu malam...adakah kita terima tawaran bilionwan itu?
Hanya satu malam, dan wang itu dapat merubah seluruh kehidupan kita dalam mencapai impian hidup...
(Kita tolak ke tepi faktor yang mana laaaa ada orang yang nak bayar sebanyak tu untuk isteri kita. Mungkin standard bini kita dalam perkara sebegitu hanya ratusan ringgit sahaja. He he he. Maaf).


Director: Adrian Lyne
Writers: Jack Engelhard (novel), Amy Holden Jones (screenplay)    
Stars: Robert Redford, Demi Moore, Woody Harrelson     

Ya, cerita ini berkisarkan sepasang suami isteri yang dalam kesempitan mendapat tawaran tersebut!
Pada tahun 1993 dulu kawan saya dan saya ke pangung wayang untuk menonton filem ini. Sebagai mahasiswa, menonton wayang merupakan antara rutin saya. Saya cuma perlu ambil bas mini no 12 untuk ke bandar. Tidak sukar kerana Universiti Malaya terletak tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.
Cerita ini ringkasnya tentang cinta. Cinta sepasang suami isteri muda yang saling berkasih sayang dan mereka diuji oleh wang dan kebandaan.
Tidak akan ada apa-apa pun yang mampu pisahkan kita... (konon!)
Si isteri seorang broker hartanah, si suami seorang arkitek. Hidup tidaklah susah sangat. Makan, minum dan pakai semuanya ada. Meraka sedang ghairah membina rumah impiannya untuk sehidup dan semati. 
Mereka mendapatkan pinjaman untuk membiayainya.  Apabila kemelesetan ekonomi melanda, mereka kehilangan semua yang mereka miliki. Hutang bertambah, kerja tak ada dan terpaksa buat muka tidak malu meminjam dengan keluarga.
Pada suatu malam selepas bersetubuh, si suami mendapat idea untuk ke Vegas. Mereka pergi ke Vegas dengan harapan dapat la menang judi. Di sinilah seorang bilionwan (Robert Redford) terpandang isterinya (lakonan Demi Moore) dan jatuh hati, dan akhirnya menawarkan mereka satu juta dolar untuk malam dengan isteri.
Bermalamlah dengan saya semalaman, saya beri sejuta dollar...
Pada mulanya si suami menolak. Bila balik ke bilik mereka berfikir semula. Dan isterinya beritahu dia sanggup tidur hanya satu malam demi kasih sayang kepada suaminya. Dia rela berkorban. Perempuan. Huh!.
Si isteri beritahu dapatlah nanti langsai hutang keluarga dan mulakan balik projek rumah yang terbengkalai. Lagipun satu malam sahaja guna tubuh dan bukannya perasaan...  Akhirnya mereka bersetuju bahawa ini adalah jalan keluar dari dilema kewangan mereka.
Mereka tidak menduga tindakan itulah yang akhirnya memusnahkan hubungan kasih sayang mereka...
Ceritanya agak logic apabila orang putih buat. Semuanya nampak macam logic belaka.

Saya dapat rasakan mesej yang ingin disampaikan ialah...ada cinta dan kasih sayang yang mendalam.
Si isteri apabila sudah dibawa naik helikokter, berlayar di kapal layar yang indah. Pakai pakaian mahal-mahal...mulalah tidak tetap pendirian. Si billionaire itu pulak walaupun tua, tidak buncit. Masih handsum dan gentleman.
Cerita ini bukan cerita sedih tetapi cerita mahu mengajar kita duit bukanlah segalanya walaupun hampir segalanya dalam rumahtangga.

Akhir cerita isteri meninggalkan jutawan tersebut dan berlari naik bas menuju ke pantai tempat dia rasa suaminya akan melara diri...

Pendeknya ia bukanlah mengenai kisah cinta secara langsung tetapi juga menceritakan duit adalah suatu yang penting dalam hubungan. Ya, hamper 100% tindakan yang kita akan buat akan mengaitkan kita berfikir pasal duit dahulu. Contohnya di mana kita nak bercuti tahun ni?

Saya cadangkan filem ini kepada yang sudah berkawin. Kerana walaupun bini kita tidaklah bernilai sangat (dalam ukuran wang ringgit) tetapi kasih sayang yang dibina memang tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Jan: Namun dalam banyak kes di planet bumi ini...duit selalu menang... 

1 comment:

aima said...

terungin p beraya umoh abg jan...tgk lemari antik tu

   

.

.

.